10 Kebaikan Kesihatan Bila Berpuasa
Berikut adalah antara 10 kebaikan atau manfaat kesihatan bagi mereka yang berpuasa.
Kurang berat:
Saya rasa kebanyakkan di kalangan
anda akan kurangkan berat badan dalam bulan ramadhan? Kenapa? Kerana
susah untuk memenuhi keperluan kalori seharian dengan tiga hidangan
(berbuka, makan malam dan sahur).
Kawalan diri:
Puasa mengajar kita untuk mengawal
pelbagai godaan kehidupan termasuk nafsu makan, merokok dan lain-lain.
Dalam usaha anda untuk kawal berat badan, kawalan nafsu makan memang
mustahak.
Kurangkan gula darah.
Ini kerana pengambilan gula
(glukos) yang tersekat dari sahur hinggalah berbuka (lebih kurang 14
jam), ini menstabilkan bukan sahaja glukos darah tapi juga tingkatkan
kepekaan (sensitivity) insulin.
Kolesterol:
Bantu dalam kurangkan kolesterol LDL
(low density lipo-protein) dengan meningkatkan kolesterol HDL (high
density lipo-protein) dan juga dengan kurangnya berat badan sepanjang
bulan puasa.
Kurangkan tekanan darah:
Puasa memang sesuai untuk
kurangkan hypertension (tekanan darah tinggi). Pengurangan tekanan darah
adalah hasil gabungan 1) tahap insulin yang lebih rendah 2) glukos
darah yang lebih konsisten dan kekurangan water retention.
Ubah gaya hidup:
Tanpa kewajipan berpuasa, saya
rasa memang sukar untuk kita mengubah tabiat-tabiat buruk. Puasa sebulan
memberikan peluang keemasan untuk membuang tabiat-tabiat yang kurang
elok seperti merokok, makan berlebihan dan lain-lain.
Rehat:
Ini penting. Lantas kehidupan dunia ini
makin pantas dan jarang memberi ruang untuk kita rehatkan badan. Puasa
bukan sahaja rehatkan sistem penghadaman tapi juga dapat rehatkan minda
dan badan. Saya sendiri gunakan bulan puasa untuk berehat daripada
aktitivi fizikal/senamam supaya beri peluang kepada badan untuk membaiki
segala kecederaan ringan sepanjang tahun.
Bantu buang ketagihan:
Ingin buang tabiat merokok,
minum kopi berlebihan dan lain-lain? Jangan sia-siakan peluang berbuasa
sebulan untuk mengambil langkah pertama.
Kawal stres:
Ketenangan dan pengubahsuaian fokus
utama kehidupan daripada duniawi kepada akhirat bantu kurangkan stres!
Ibadat puasa, tilawah, berzikir yang dilebihan pada bulan puasa dapat
mengalih fokus dan kurangkan stres dan sememangnya menyenangkan
disamping dapat pahala, insyallah.
Lain-lain:
Selain kelebihan di atas, berpuasa
sepanjang bulan ramadhan atau puasa sunat mempunyai pelbagai kelebihan
lain untuk diri, kesatuan keluarga, mengeratkan silaturrahim dan
lain-lain lagi.
Selamat menunaikan ibadat puasa semua. Jom dapatkan set ini untuk kekal cergas dan kurang rasa lapar. Ramai pengguna kami berpuas hati dengan set ini, memang hot selling. Untuk penjimatan berganda-ganda, jangan malu segan untuk call saya ye.
Zainora Hayari
016-5215057
Shaklee Independent Distributor
COD Ipoh, COD Sg Pulai, COD Kampar
Perak
FB: http://www.facebook.com/Mummyqasehfahim/
016-5215057
Shaklee Independent Distributor
COD Ipoh, COD Sg Pulai, COD Kampar
Perak
FB: http://www.facebook.com/Mummyqasehfahim/
No comments:
Post a Comment