Bagi masyarakat kita, ada amalan
beberapa petua yang sangat bagus untuk diamalkan semasa mengandung, bukan saja
untuk kesejahteraa ibu hamil, malah juga untuk bayi dalam kandungan dan juga semasa
proses bersalin. Selain dari yang berbentuk fizikal (regular check up, elakkan aktiviti lasak,
makan makanan yang pedas) amalan dan petua popular lain ialah yang bersangkutan
dengan kerohanian.
Dengan itu timbullah banyak amalan2, zikir2 serta surah2 yang bagus untuk diamalkan semasa mengandung, antaranya:
SURAH
|
KEBAIKAN
|
* Surah Yusuf
|
untuk
anak yang cantik rupa dan akhlak
|
* Surah Luqman
|
untuk
anak yang cerdik
|
* Surah Yaasin
|
untuk
anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
|
* Surah Maryam
|
untuk
memudahkan bersalin
|
* Surah al-Hujurat
|
untuk
membanyakkan susu ibu
|
DOA SEMASA HAMIL
"Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."
Semasa mengandung juga digalakkan
menjaga lidah, menjaga sikap, menjaga perangai, menjaga hati dan sebagainya,
agar anak yang dikandung beroleh segala kebaikan dan keberkatan.
Malah, termasuk juga si bapa, digalakkan memperbanyakkan amalan sunat, mengaji, bersedekah, bersabar, tenang dan gembira agar proses mengandung dan bersalin berlangsung dengan selamat dan anak yang bakal lahir akan terjaga emosinya dan mendapat rangsangan awal.
Orang2 tua juga ada petua
tersendiri untuk ibu mengandung seperti tidak boleh makan benda-benda sejuk dan
berangin, tak boleh memburu binatang, tak boleh siang ikan, tak boleh potong
binatang, bawa paku dan sebagainya. Tapi biasanya benda ni orang dah tak pakai
sebab tidak berapa relevan lagi di zaman moden serba canggih ni. Iyalah, kalau
dah mak yang masak hari2, tak boleh potong binatang, bagaimana nak makan sayur
setiap hari? Kita bukan herbivor. Tapi bagus jugak kan alasan ni dipakai untuk
upah tukang masak (makan luar ler hehe).
Walau bagaimanapun, agak sayang juga kerana amalan itu cuma dIamalkan semasa mengandung sahaja. Kalau tak mengandung, usahkan nak mengaji, al-Quran pun dah lupa letak di mana. Usahkan nak baca surah Yusuf (yang masa mengandung sehari dalam 10kali baca sebab nak anak hensem), surah al-Ikhlas pun baca masa solat je. Pastu mulut pun ikut lepas sedap dia je, masa mengandung bukan main lagi jaga, takut2 terkena pada anak.
Mungkin sebab itulah Allah berikan nikmat syahid kepada ibu yang meninggal semasa melahirkan anak. Bukan saja pengorbanan sakit melahirkan, tapi juga banyaknya amalan semasa mengandung. Agak2 kalau time lain, memang tak layak langsung nak dapat syahid, tapi masa mengandung memang solehah habis.
Alangkah menariknya jika amalan2 tersebut dapat dilakukan secara berterusan, bukanlah sebab kita sebagai ibu, tapi kerana kita juga sebagai hamba. Allah menyukai amalan yang istiqamah – amalan yang sedikit tapi berterusan. Lagipun, dengan meniatkan amalan2 semasa mengandung untuk dapatkan anak yang begini-begini, dapatlah anak yang begini-begini, tapi apakah kita pernah terfikir akan pahala yang kita dapat kerana niat yang bukan Lillahi Taala?
Tapi bagus juga la, sekurang2nya
ada juga masa dalam hidup ni yang mana kita fokus terhadap ibadat dan menjaga
akhlak kan. Kalau masa lain tu tak tentu lagi.
Sebetulnya, ini hanyalah apa yang saya dapat juga daripada pembacaan buku-buku, majalah dan artikel berkaitan. Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita ibu2 ni untuk melakukan suatu amalan yang istiqamah dan sentiasa dapat dicontohi oleh anak2 kita, dan yang penting membanteras amalan2 yang tidak ada kena mengena dengan hakikat kehidupan sebenar (amalan2 khurafat, etc.) dan roket sains.
Jika anda ingin sebarang konsultansi percuma mengenai vitamin tambahan yang diperlukan, tanpa segan silu moh pm atau call saya di sini, saya sedia membantu anda.
Zainora Hayari 016-5215057
Shaklee Independent Distributor
Ipoh, Kuala Kangsar, Gopeng, Kampar, Perak.
FB: http://www.facebook.com/Mummyqasehfahim/
Shaklee Independent Distributor
Ipoh, Kuala Kangsar, Gopeng, Kampar, Perak.
FB: http://www.facebook.com/Mummyqasehfahim/
2 comments:
mantop, surah yusof tuh, kalau anak perempuan baca, confirm hensem ? hehehehe
Confirm Faiz! 👍😃
Post a Comment