Monday, October 6, 2014

10 TEMPAT PERCUTIAN IDAMAN DI ISTANBUL, TURKI

KENAPA ISTANBUL, TURKEY?

Percutian idaman saya selepas ini semestinya Istanbul, Turkey!! Istanbul aku datang!! Tak sabar rasanya nak menjadikan ianya kenyataan.

Istanbul merupakan salah satu bandar terbesar di Turkey. Turkey menjadi idaman pemerintah zaman dahulu untuk menjadikannya jajahan takluknya termasuklah empayar Rom. Istanbul atau Constantinople namanya satu ketika dahulu terbahagi kepada dua bahagian, satu sebelah Eropah sementara satu lagi sebelah Asia yang dahulunya dikenali sebagai Anatolia ataupun Asia Minar. Kota ini terletak antara dua laut iaitu laut Hitam dan laut Marmara di samping selat Bosphorus.

Kota Istanbul terdapat kira-kira 20 juta penduduk, 3 peratus tinggal di bahagian Istanbul sebelah Eropah atau Barat sementara bakinya 97 peratus mendiami sebelah Asia. Setiap hari bekerja lebih 6 juta rakyatnya dari Asia akan menyeberani selat Bosphorus untuk bekerja di sebelah bahagian Barat.

Baiklah, sedikit mengenai sejarah Istanbul dan Turki itu sendiri. Berbalik kepada percutian idaman saya, kenapa Istanbul, Turki menjadi senarai pertama saya untuk bercuti selepas ini. 

Yes, pastinya tempat-tempat menarik yang ada di dalamnya. Kita tengok satu persatu. 


Tempat Pertama - Masjid Biru




(bahasa Turki: Sultanahmet Camii) adalah masjid bersejarah di Istanbul, bandaraya terbesar di Turki dan ibu negara Empayar Uthmaniyyah (dari 1453 hingga ke 1923). Masjid ini adalah salah satu dari beberapa buah masjid yang dikenali sebagai Masjid Biru oleh kerana jubin birunya menghiasi dinding di bahagian dalamnya. Ia dibina di antara 1609 dan 1616, sewaktu pemerintahan Ahmed I. Seperti banyak masjid lain, ia mengandungi suatu kubur penemunya, sebuah madrasah dan sebuah hospis. Masjid Sultan Ahmed telah menjadi salah satu dari tarikan pelancong yang terhebat di Istanbul.



Tempat Kedua - Istana Topkapi 

Istana Topkapi adalah istana di Istanbul, Turki, yang merupakan kediaman resmi kesultanan Utsmaniyah atau dikenal juga dengan sebutan kekaisaran Turki Ottoman selama lebih dari 400 tahun (1465-1856). 

Pembangunan Istana Topkapi ini dimulai pada tahun 1459 atas perintah Sultan Mehmed II. Kompleks Istana Topkapi terdiri dari empat lapangan utama dan banyak bangunan-bangunan kecil. Pada puncaknya, istana ini dihuni oleh 4.000 orang. 

Masih di lingkungan Istana Topkapi, juga ada peninggalan sejarah khususnya sejarah Islam, benda-benda yang pernah dipakai Nabi Muhammad Saw. Para pengunjung seperti dibawa ke zaman Rasulullah Saw dan para sahabatnya. Berbagai peninggalan itu ditempatkan di dalam suatu ruang khusus yang terpisah dari Istana Topkapi. Ruangan itu bernama Paviliun Relikui Suci. Lebih menarik lagi, sepanjang dan selama para pengunjung melihat barang-barang bersejarah itu kita bisa mendengar alunan bacaan Al-Quran oleh 24 orang Hafiz Quran secara bergantian 24 jam nonstop. Dan bayangkan, lantunan ayat suci itu sudah berlangsung tanpa jeda sejak tahun 1517.


Tempat Ketiga - Muzium Rahmi M Koc



Tempat Keempat - Spice Bazaar



Pasar yang juga dipanggil Bazaar Mesir ini adalah hentian terakhir karavan yang datang melalui Laluan Sutera dari China. Ia juga merupakan pasar rempah paling penting untuk Istanbul. Namun begitu, lokasinya sebenarnya ialah di Beyoglu. Ia dipindahkan ke sini sewaktu demonstrasi anti-Greek kerana Perdana Menteri ketika itu dikatakan tidak mahu restoran kegemarannya dimusnahkan oleh perusuh. 

Jika Grand Bazaar tempat membeli permaidani dan pelbagai kraf, Bazaar Rempah (Spice Bazaar) pula tempat ada membeli cenderamata boleh makan seperti saffron, kopi dan teh bunga hinggalah kepada wangi-wangian seperti sabun dan minyak pati. Pasar kedua terbesar di Istanbul selepas Grand Bazaar ini dikatakan adalah antara pasar rempah dan herba terbesar di dunia. Ia juga tempat terbaik untuk melihat kepelbagaian makanan dunia disamping makanan dan rempah ratus tempatan. Kita juga akan dapat melihat saffron dari Iran, teh bunga dari China dan kaviar dari Russia di dalam kedai-kedai di sini.



Tempat Kelima - Cappadocia



Cappadocia sebenarnya terkenal kerana belon udara panasnya dan pemandangan yang berbatu. Memang sangat cantik dan kalau sudah sampai cappadocia ini jangan lepaskan peluang untuk mencuba belon udara panasnya. Kebiasaan belon udara panas ini akan membawa lebih kurang 10 hingga 30 orang pada satu-satu masa. Manisnya Cinta di Cappadocia lakonan mantap Shaheizy Sam dan Fazira. Best tengok scenery di situ dan dapat naik belon panas. Bestnya! 



Tempat Keenam - Pamukkale


Inilah tempat yang ditunggu-tunggu oleh saya untuk lawati. Teruja sangat jika sampai di sini, sangat-sangat cantik dan memang akan berendam di sini suatu hari nanti, Jadi untuk tempat idaman ini, panjang sikit lah saya ulas okey.. hehehe

Keindahan Taman Kapas Di Bumi Turki..Jom Kita Tengok..
Ada sebuah tempat pelancongan menarik di Turki yang disebut istana kapas (cottoncastle), atau dalam bahasa Turki ”Pamukkale”. Lokasinya di Wilayah Denizli, di lembah Sungai Menderes, merupakan laman web alam berisi air panas. Bentuknya menarik,berupa teres mineral karbonat. Kota Greek-Rom dan Byzantine kuno Hierapolis dibina di atas ”istana” putih ini.Panjangnya sekitar 2.700 meter (8.860 kaki), dengan lebar 600 m (1.970 kaki) dan tingginya 160 m (525 kaki)

Pelancongan di tempat ini sudah terkenal sejak ribuan tahun lalu. Banyak orang yang menggunakan kolam ini sebagai mandi-manda. Namun, baru-baru ini sejak pertengahan abad ke-20, hotel dibina di atas runtuhan Heropolis, yang secara tidak langsung sebenarnya menyebabkan kerosakan pada Pamukkale. Untungnya, ketika daerah itu dinyatakan sebagai situs warisan dunia, hotel-hotel yang ada akhirnya dihancurkan dan dijadikan kolam-kolam buatan.

Di Pamukkale juga terdapat muzium berisi sejarah artifak dari Hierapolis, artifak dari Laodiceia, Kolose, Tripoli, Attuda dan kota-kota lain dari Lycos (Çürüksu) lembah. Selain itu, koleksi muzium juga berisi artifak yang ditemukan di Beycesultan Huyuk yang mencakup beberapa contoh yang paling indah dari Zaman Perunggu.

Menurut lagenda purba, air di dalam tangki seperti ini boleh digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi, penyakit jantung, artritis, masalah peredaran darah, gangguan saraf, gangguan pencernaan, keletihan, penyakit mata, penyakit kulit dan gangguan pemakanan.

Di kawasan ini terdapat kira-kira 17 mata air panas suhu 35 darjah C hingga 100 ° C.

Tempat Ketujuh - Hargia Sophia 




Dari gereja menjadi masjid. Ramai yang sedia maklum mengenai sebuah binaan yang tersergam indah yang dikenali sebagai Hagia Sofia yang terletak di Istanbul. Namun tahukah anda semua sebelum menjadi masjid asalnya binaan ini merupakan sebuah gereja. Sebelum menjadi masjid, Hagia Sofia merupakan gereja bagi umat empayar Kristian Timur (Byzantine) yang dibina oleh Constantius, iaitu putera pemerintah Byzantine iaitu Constantine Agung. Gereja ini dari dahulu seringkali dibaikpulh akibat dilanda gempa bumi.

Ketika Konstantinopel jatuh ke tangan tentera Islam di bawah pimpinan Sultan Muhammad II bin Murad II Turki Usmani (yang terkenal dengan julukan ‘al-Fatih’/sang penakluk) pada tanggal 27 Mei 1453.

Ketika memasuki kota itu, al-Fatih turun dari kudanya dan melakukan sujud syukur kepada Allah SWT. Lalu beliau pergi ke Gereja Hagia Sofia dan memerintahkan untuk mengubahnya menjadi Masjid yang terkenal dengan nama Masjid Aya Sofia. Nama Konstantinopel akhirnya beliau ganti menjadi Islam Pol yang bermaksud Kota Islam yang ucapannya akhirnya berubah menjadi Istanbul


Tempat Kelapan - Galata Bridge



Di Istanbul, tempat menarik yang wajib singgah adalah Galata Bridge. Jangan salah faham, Galata Bridge adalah bukan jambatan biasa seperti jambatan-jambatan yang selalu kita lihat. Apa yang menarik tentang Galata Bridge ini adalah restoran-restoran yang berada dibawahnya. Apa kata kalau dah singgah di Galata Bridge, cuba untuk makan di restoran dibawah jambatan dan menikmati pemandangan luas terbentang merentasi Teluk Gordon Horn. Menarik kan.



Tempat Kesembilan - Ephesus Ancient City


Kota Purba yang telah musnan. Kota purba zaman silam yang teletak 3km daripada bandar Selcuk. Selcuk tiada bezanya dengan bandar-bandar lain di Turkey. Tetapi disini banyak kesan-kesan sejarah Rome yang boleh dilihat terpelihara sehingga ke hari ini.

Ancient City of Ephesus.  Didalamnya terdapat apa yang di namakan sebagai Basilica, Theatre, Roman Bath dan Necropolis. Dalam kawasan Ephesus ini terdapat tapak2 sejarah yg. penting seperti Celsus Library, Coliseum, House of Mary dan yg. seangkatan dengannya. Tiket TL 30! 

Di kota Ephesus ini jugaklah letaknya gua yang menjadi tempat peraduan Ashabul Kahfi selama lebih dari 300 tahun. Dikatakan ada 3 buah gua yg. dipercayai mempunyai ciri2 yg. diterangkan dalam Al-Quran: Ephesus, Jordan & Syiria. Namun tempat sebenarnya hanya Allah yang lebih tahu. 



Tempat Kesepuluh - Miniaturk


Inilah antara tempat-tempat yang saya ingin lawati di Turki. Semoga menjadi kenyataan! :-). Perancangan saya adalah tahun hadapan cuti sekolah atau cuti semester Politeknik. Amin, semoga menjadi kenyataan.


Jika anda ingin sebarang konsultansi percuma mengenai vitamin tambahan yang diperlukan, tanpa segan silu moh pm atau call saya di sini, saya sedia membantu anda. 



Zainora Hayari 016-5215057
  Shaklee Independent Distributor 
 Ipoh, Kuala Kangsar, Gopeng, Kampar, Perak.


12 comments:

Unknown said...

bestnye turki..

Zainora Hayari said...

Jom ma kita g turkey sesama...

Anonymous said...

Istanbul best

pija said...

hehe..baru balik turki.

jempot singgah blog saya

Unknown said...

Assalammualaikum..
jika ada sesiapa teringin bercuti pakej budget ke istanbul boleh turut serta bersama trip kami.. utk 6D4N RM3,600 per pax, mean harga utk seorang la..
Jika ada budget lebih boleh tambah hari.. xde masalah
termasuk tiket pergi balik + ground tour..
cuma makan minum harian dan cukai penerbangan sebelum balik sahaja tidak termasuk dalam pakej.

jika ada yg berminat ingin ketahui info lebih lanjut, boleh hubungi saya di talian +6010-7173707 sms / whatsapp. jika xdpt whatsapp sila sms sy dahulu ya..
page fb : Budget Travel & Tourism
terima kasih.

Unknown said...

Assalammualaikum..
jika ada sesiapa teringin bercuti pakej budget ke istanbul boleh turut serta bersama trip kami.. utk 6D4N RM3,600 per pax, mean harga utk seorang la..
Jika ada budget lebih boleh tambah hari.. xde masalah
termasuk tiket pergi balik + ground tour..
cuma makan minum harian dan cukai penerbangan sebelum balik sahaja tidak termasuk dalam pakej.

jika ada yg berminat ingin ketahui info lebih lanjut, boleh hubungi saya di talian +6010-7173707 sms / whatsapp. jika xdpt whatsapp sila sms sy dahulu ya..
page fb : Budget Travel & Tourism
terima kasih.

Unknown said...

Assalammualaikum..
jika ada sesiapa teringin bercuti pakej budget ke istanbul boleh turut serta bersama trip kami.. utk 6D4N RM3,600 per pax, mean harga utk seorang la..
Jika ada budget lebih boleh tambah hari.. xde masalah
termasuk tiket pergi balik + ground tour..
cuma makan minum harian dan cukai penerbangan sebelum balik sahaja tidak termasuk dalam pakej.

jika ada yg berminat ingin ketahui info lebih lanjut, boleh hubungi saya di talian +6010-7173707 sms / whatsapp. jika xdpt whatsapp sila sms sy dahulu ya..
page fb : Budget Travel & Tourism
terima kasih.

Unknown said...

Assalammualaikum..
jika ada sesiapa teringin bercuti pakej budget ke istanbul boleh turut serta bersama trip kami.. utk 6D4N RM3,600 per pax, mean harga utk seorang la..
Jika ada budget lebih boleh tambah hari.. xde masalah
termasuk tiket pergi balik + ground tour..
cuma makan minum harian dan cukai penerbangan sebelum balik sahaja tidak termasuk dalam pakej.

jika ada yg berminat ingin ketahui info lebih lanjut, boleh hubungi saya di talian +6010-7173707 sms / whatsapp. jika xdpt whatsapp sila sms sy dahulu ya..
page fb : Budget Travel & Tourism
terima kasih.

Sue NaR said...

Assalam.. Nak tnye bbrape soalan.
1st pegi istanbul kena apply visa ke x?
and tempat2 tu semua dalam isntabul ke or daerah lain?

Zainora Hayari said...

Sue Nar, x perlu Visa yang.. international passport saje, kalau Visa ni Negara USA, India, China dan Arab Country..

zaidi emas public gold said...

best...banyak tempat menarik dari sejaramh turki...thanks

Zainora Hayari said...

Wah ye ke.
Pija kasi link blog ye