Saturday, April 7, 2018

RESIPI MUDAH UNTUK BULAN RAMADHAN

Salam kepada semua pembaca blog saya, malam ni kita 'out of topic' sekejap ye.. 

Hehe, sempena Ramadhan Al Mubarak yang akan menjengah tak sampai seminggu lagi, apa kata kita mula berkira-kira collect dan share resipi mudah untuk menu berbuka puasa kita nanti.

Seronok sebenarnya bila kita masak sendiri juadah utama untuk berbuka nanti, pilih dan tengoklah mana-mana resipi yang korang minati. Resipi ini semua memang collection saya dalam satu 'file', saya collected dari pelbagai sumber dan ada juga resipi sendiri. Jadi, feel free juga pada korang untuk cuba resipi-resipi ini. Jom jamu mata yg mana satu pilihan hati korang :-)




RESIPI-RESIPI MUDAH


1) NASI AYAM 'CLAYPOT'

Bahan-bahan (A)
11/2 sudu besar minyak masak
2 ulas bawang putih, dicincang
2 ulas bawang merah, dicincang
20g ikan masin, dihiris

Bahan-bahan (B)
250g kepingan ayam
15g halia muda, dihiris
4 keping cendawan cina kering direndam dan dipotong 4
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh minyak bijan

Cara-cara:
· Guna kaserol yang dalam,tumis Bahan A pada tahap HIGH selama 2-3 minit.
· Masukkan ikan masin, tumis selama 1 minit dan kacau sekali-sekala.
· Campur Bahan B dan masak selama 1-5 minit 
• Masuk beras dan air, tutup dan masak pada tahap HIGH selama 7-8 minit dan medium selama 18-20 minit, kacau hanya sekali.




2) NASI BUQARI

Resepi ini asalnya dari Timur Tengah

Bahan-bahan
3 pot beras - basuh dan toskan air
1/2 ekor ayam - dipotong sederhana besar
sebiji terung bulat yg kecil - potong bulat
1/2 biji ubi kentang - potong dadu
bunga kobis - potong biasa
2 inci karet - di potong memanjang dan kurus2
garam
sedikit aji nomoto jika suka

Bahan menumis
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu makan rempah campuran - boleh dapat di supermarket, warnanya perang
bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih - anggaran sendiri

Cara-cara
· Tumis bawang,halia,bunga lawang,kayu 
  manis,buah pelaga,bunga cengkih - hingga 
  kekuningan,  masukkan rempah campuran.
· Kemudian masukkan ayam dan sedikit air,
  biar ayam ½ masak, masukkan terung, ubi
  dan bunga kobis,  garam dan aji.
· Tambah air mengikut sukatan beras, bila 
  air mendidih masukkan beras.
· Masak hingga nasi masak sepenuhnya, 
  akhir sekali masukkan karet , kacau nasi
  agar ia tidak melekat dan cantik.


3) Nasi Goreng AYAM

Bahan-Bahan   
2 mangkuk nasi (digaul rata dengan sedikit garam)
1 sudu besar serbuk perasa ayam
200g udang (dibersihkan)
200g isi ayam (dipotong kecil)
2 sudu besar kicap cair
2 biji telur
2 sudu besar sayur campuran
1 sudu kecil serbuk lada putih
minyak secukupnya
1 batang daun bawang (dihiris)

Cara Cara

· Panaskan sedikit minyak lalu goreng 
   ayam. Kemudian masukkan udang dan 
   telur.
·  Masukkan nasi dan gaul hingga rata.
•. Masukkan kicap cair, serbuk perasa ayam
   dan serbuk lada putih.
·  Masukkan sayur campuran dan daun 
   bawang.



4) NASI PAPRIK 

Bahan-bahan:
5 pinggan nasi putih panas 
1/2 kilo isi ayam/daging 
6 biji cili api, dihiris 
3 ulas bawang merah, dimayang halus 
2 ulas bawang putih, dimayang 
1/2 btg serai dihiris 
5 sudu sos cili 
2 sudu sos tomato 
1 sudu sos tiram 
3 btg kacang panjang dipotong 
2 sudu bawang goreng 
Garam secukup rasa 
sedikit minyak masak 

Cara memasak:
· Panaskan minyak dan tumis bawang 
  merah dan bawang putih. Bila kekuningan,
  masukkan cili api. 
- Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram,
  serai dan sedikit air selepas menggelegak,
  masukkan isi ayam/daging. 
· Masukkan garam secukup rasa kemudian 
  kacang panjang dan nasi putih. Goreng
  selama 3 minit.
• Hidangkan. 





5) NASI TOMATO

Bahan-bahan
3 tin susu beras - direndam lebih kurang 15 minit
5 sudu besar susu cair
1/2 tin tomato heinz

Bahan untuk menumis:
5 ulas bawang merah - dimayang
5 ulas bawang putih - dimayang
sedikit buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang
sedikit halia - dimayang
daun pandan
sedikit minyak sapi

Cara-cara

·  Tumis minyak sapi, masukkan bahan-bahan yang hendak ditumis bila sudah naik bau masukkan tomato serta susu cair kemudian masukkan beras dan air.
·  Bila nasi sudah kering masukkan pula kismis jika anda suka.




6) Makaroni Bakar

Bahan-bahan

1 paket macaroni (dicelur dalam air panas sehingga kembang dan ditoskan) 
¼ kati daging cincang 
1 tin susu cair/ideal milk(besar) 
1 tin air 

4 bji telur (dipukul) 

5 biji bawang merah 
3 biji bawang putih 
1 inci halia 
(semua ditumbuk) 

sedikit daun sup dan daun bawang 
sedikit bawang goreng 
3 sudu rempah daging 
minyak utk menumis 

Cara Membuatnya

· Tumis bawang dan rempah hingga kuning.
· Masukkan daging cincang dan goreng 
  sehingga sebati.
· Masukkan makaroni dalam bekas 
  pembakar dan tuangkan adunan daging.
  Gaul rata. Masukkan susu, kacau rata.
· Pecahkan telur dan pukul sedikit kemudian 
  tuang atas macaroni. Ratakan (jgn dikacau) 

  Hias dengan daun sup dan bawang goreng.
        BAKAR dgn api yg sederhana. 




7) MEE GORENG THAI

 Bahan - bahan
1 kg Mee Thai Mah (Mee Chendol seakan-akan mee laksa tetapi pendek)
200gm isi ayam dipotong kecil
200gm udang sederhana (buang kulit)

Bahan Kisar
15 biji cili padi (dikisar halus)
4 ulas bawang putih (dikisar halus)
1 batang lobak dihiris halus
50 sen daun bawang (di potong 2")
30 sen daun kucai
3 kelopak kobis cina (Pek Chye) hiris
15 helai daun selasih
2 sudu makan kicap
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan sos ikan thai
garam & serbuk perasa secukupnya
sedikit air jika perlu
sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara

· Panaskan minyak. Tumis bahan kisar
  hingga garing & masukkan isi ayam &
  udang.
· Setelah setengah masak, masukkan semua 
  sos, garam & serbuk perasa dan kacau rata.
· Masukkan sayur & mee, sedikit air jika
  perlu dan gaul rata. 
• Hidangkan semasa panas.



8) MEE HAILAM

Bahan-bahan
1 kg mie/kueh teow/mee hoon (6/8 orang)
6 biji bawang putih (tumbuk/penyekkan)
rencah ayam/udang/sotong
sos tiram
garam secukup rasa
6 biji cili api
3 sudu besar tepung jagung (cairkan dalam setengah cawan air sejuk)
sayur (kobis bunga/sawi/carrot/baby corn)

Cara-cara

· Tumiskan bawang putih dan cili api. Kalau 
  dah garing letakan rencah, kemudian letak
  air 3 cawan dan garam secukupnya.
· Masukkan sos tiram setengah botol kecil.
• Kemudian masukkan air tepung jagung utk 
   pekatkan kuah.
· Masukkan sayur2 an dan mie.




9) SPAGHETTI SEAFOOD

Bahan-bahan
1 packet Spaghetti direbus
2 ekor sotong dipotong kecil
400 gm udang hidup
6 ulas bawang putih dihiris
2 sudu kecil serbuk lada hitam
2 biji lada besar dihiris (capsicum)
5 biji lada merah dihiris
minyak zaitun 1 cawan
garam secukup rasa

Cara-cara

· Gorengkan bawang putih, lada besar dan 
  cili merah selama 8-10 minit.
· Masukkan udang dan sotong.
· Kemudian masukkan lada sula, garam dan
  serbuk lada hitam.
· Masukkan spaghetti dan goreng selama 10
  minit.
· Hiaskan dengan daun parsley.



10) Mee Hoon Nam Pla

Bahan-bahan
80 g mee hoon (dicelur)
40 g dada ayam
20 g udang kering
20 g tauge
1 biji telur
1 sudu besar sos ikan
Garam secukup rasa

Bahan-bahan tumbuk

3 biji cili padi dan 1/2 biji bawang besar

Cara membuatnya

• Panaskan minyak masak dan tumiskan
  udang kering, cili padi, telur, dada ayam
  dan bawang besar.
• Masukkan mee hoon dan digaul rata.
• Kemudian masukkan tauge, garam dan sos
  ikan. Masak selama     5 minit. 



11) AYAM GORENG BERMADU

Bahan-bahan
1 ekor ayam seberat 1.5kg (dipotong lapan)
minyak untuk menggoreng
120g gajus

Perasa

1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu besar madu
2 sudu besar kicap

Cara-cara

· Gaul ayam bersama serbuk lada hitam,
  madu dan kicap.Perap selama 1 jam.
· Panaskan minyak dan goreng ayam itu 
   sehingga garing.
· Kemudian goreng pula gajus itu dan ketika
  menghidangkannya,tabur gajus itu ke atas
  ayam dan hiaskan dengan hirisan 
  timun.Hidangkan panas-panas.


12) Fish Fillet Sos Cendawan

Bahan-Bahan   
4 keping   fish fillet
1/2 camca garam
2 camca   serbuk lada hitam
2 sudu makan   jus limau nipis
1 sudu makan   mentega
1 sudu makan   kunyit

Bahan Sos Cendawan

50 gm    bawang -cincang kasar
100gm   cendawan butang-hiris tipis
75 ml     susu cair
1 camca lada sulah
1 sudu makan   mentega
Sedikit gara

Cara Cara

·   Lumur fillet dengan garam, lada hitam, kunyit dan jus limau nipis. Perap 30 minit. Panaskan mentega, goreng fillet hingga kekuningan.

Untuk menyiapkan sos:
· Panaskan mentega, tumis bawang cincang 
  dan cendawan hingga layu.
· Masukkan susu cair, kacau rata. Masukkan 
  garam dan lada sulah.
· Masak hingga mendidih, siram dan tuang 
  ke atas fillet.


13) Gulai Tempoyak Ikan Kembung

Bahan-bahan:
71 kg ikan kembung (dipotong dua) 
1 ikat taugeh kasar 
1 cawan tempoyak 
1 batang serai 10 biji cili padi 
Serbuk kunyit 
Garam 

Cara memasak:
· Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam 
  periuk bersama cili padi yang telah dikisar
  dan serai yang telah dititik.
· Tempoyak dibancuh dengan sedikit air
   supaya tidak terlalu pekat.
· Masukkan serbuk kunyit dan garam
· Apabila mendidih, masukkan taugeh.
• Sedia untuk dihidang. 


14) IKAN KUKUS CINA

Bahan-bahan
1 ekor ikan bawal / kembung
1 sudu makan minyak masak

Tumbuk
2 sudu makan tauchu
1 biji cili merah (dihiris)
ulas bawang putih (dicincang) 

Perasa 1 sudu makan kicap manis

Cara-cara
· Tumiskan bahan-bahan yang hendak ditumis.
·    Kemudian salutkan pada ikan dan kukus selama 10 minit.


15) IKAN TENGGIRI MASAK TAUCU

Bahan-bahan
3 keping ikan tenggiri
3 sudu makan taucu
3 biji cili merah (dihiris)
3 biji lada hijau (dihiris)
1 biji bawang besar dipotong bulat
1/2 inci halia (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1/2 mangkuk air asam jawa
sedikit serbuk kunyit
minyak
garam secukup rasa

Cara-cara
·  Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan 
   garam. Goreng hingga garing.
· Panaskan minyak, tumis cili merah, cili 
   hijau, bawang besar, halia dan bawang
   putih.
· Masukkan taucu, setelah itu masukkan air 
  asam jawa dan perasa biar sampai
  mendidih. 
· Masukkan ikan tenggiri, angkat dan 
  hidangkan.


16) CHILI KETAM

Bahan-bahan
1 kg ketam yang sederhana
garam dan gula secukupnya
daun bawang untuk hiasan
Air asam jawa

Tumbuk
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar dipotong bulat
5 sudu makan cili kisar

Cara-cara
· Bersihkan ketam dan goreng sebentar.
· Tumis bahan kisar hingga garing. 
• Masukkan air asam jawa, garam dan gula.
· Selepas itu, masukkan ketam dan gaul 
  hingga rata.
· Hiaskan dengan daun bawang.


17) KERABU MANGGA SOTONG

Bahan-bahan
1 cawan sotong mesin
½ cawan mangga masam – dihiris
2 biji bawang merah – dihiris
1 sudu besar daun bawang – dihiris halus
1½ sudu kecil udang kering
¼ cawan gajus
5 biji cili padi – dihiris halus
1 sudu besar jus limau
2 sudu besar gula
1 biji cili merah – untuk hiasan.
Sedikit daun ketumbar – untuk hiasan

Cara-cara
·   Campurkan semua bahan-bahan kecuali bahan untuk hiasan ke dalam mangkuk dan gaul rata. 
•. Tambahkan gula atau garam mengikut rasa. Hiaskan dengan cili potong dan daun ketumbar. Sedia untuk dihidangkan.


18) Kerabu Tauge

Bahan-bahan
200 g tauge dicelur
20 ml perahan limau nipis
50 g bunga kantan dihiris
30 g daun ketumbar dihiris
100 g bawang besar dihiris
50 g cili merah dihiris
50 g isi kerang yang direbus
30 g udang kering disangrai
50 g kerisik
Garam secukup rasa

Cara membuatnya
·  Satukan semua bahan dan gaul sebati. Hidangkan segera.



19) SAMBAL TERUNG

Bahan-bahan
2 biji terung panjang (dipotong tiga dan dibelah dua)
1 biji bawang besar (untuk hiasan)
1 tangkai cili merah (untuk hiasan)

Tumbuk
10 tangkai cili kering
3 ulas bawang kecil
1 ulas bawang putih (dimayang halus)
segenggam udang kering

Perasa
garam secukup rasa
2 sudu makan minyak makan
2 sudu makan kicap pekat manis

Cara-cara
·  Panaskan minyak dan goreng bawang putih sehingga garing.
·    Masukkan bahan yang telah dikisar tadi bersama udang kering,kacau sehingga naik minyak.
·  Masukkan terung bersama secawan air dan tutup sehingga terung empuk.
·   Kacau lagi supaya semuanya sebati dan masukkan kicap pekat manis bersama garam.
·  Akhir sekali masukkan bawang besar bersama cili merah dan boleh dihidangkan.


20) CENDAWAN CHEESE OMELETTE

Bahan-bahan
4 biji telur
cheddar shredded Cheese
button mushroom
black pepper powder
1 susu makan susu cair

Cara-cara
·  Potong button mushroom - sederhana tebal.
·   Pecahkan telur, campur sedikit susu cair atau susu segar.
·    Kacau rata (macam telur dadar).
·    Panaskan kuali (letak minyak sedikit 
     sahaja tapi rata satu kuali).
· Dah panas, goreng mushroom then masukkan telur. Jangan api besar.Jangan terbalikan telur. Apabila agak garing bahagian bawah, dan bahagianatas dah kering, taburkan shredded cheese atas telur, lipat dua.
·   Taburkan black pepper atasnya - kalau tak suka tak payah letak.


21) Ayam masak rendang berlada

Bahan-Bahan   
1 ekor ayam - dipotong sederhana
20 tangkai lada kering - dikisar
10 ulas bawang kecil - dikisar
6 ulas bawang putih - dikisar
3 cm halia - dikisar
3 cm kunyit hidup - dikisar
3 cm langkuas - dikisar
4 batang serai - dikisar
500 ml santan
4 helai daun limau perut
2 helai daun kunyit
2 helai daun salam
Sedikit minyak untuk menumis
secukup garam   

Cara Cara
·  Panaskan minyak kemudian tumis bahan
   bahan yang telah dikisar hingga garing.
·  Masukkan ayam, santan dan garam 
   secukup rasa.
· Gaul ayam dengan bahan tumisan tadi 
   hingga sebati. Biarkan ianya mendidih 
   hingga ayamnya betul-betul masak.
· Akhir sekali masukkan daun kunyit, daun 
  salam dan daun limau perut.
· Taburkan bawang goreng sebelum 
   menghidangkannya.



22) Kepak Ayam Berbijan

Bahan-Bahan   
8 keping  kepak ayam
sedikit halia
sedikit minyak bijan
sedikit kicap
sedikit serbuk lada hitam
sedikit garam
sedikit gula   


Cara Cara
·    Perap kepak ayam dengan minyak bijan, kicap, serbuk lada hitam, garam dan gula selama 6 jam di dalam peti sejuk.
· Panaskan minyak, masukkan halia. Apabila kelihatan kering, masukkan minyak bijan, ayam yang telah diperap, gaul rata.
· Masukkan sedikit air, dan biarkan mendidih selama 5 - 7 minit, atau sehingga ayam empuk.



23) AYAM BERIANI

Bahan-bahan

1 ekor ayam dibelah empat
1 tin susu cair
2 sudu besar rempah beriani
1 sudu besar madu
sedikit daun pudina, tomato untuk hiasan
minyak sapi untuk menumis

Tumbuk
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
Sedikit halia

Cara-cara
· Bersihkan ayam dan goreng separuh 
   masak.
· Tumis bahan yang telah ditumbuk hingga 
   ada bau.
· Masukkan rempah beriani, cili, bawang 
  goreng yangtelah diramas, telur rebus, 
  madu dan susu cair.
· Tambahkan sedikit air. Kemudian  
   masukkan ayam.
· Tambah garam untuk menyedapkan rasa. 
  Bila pecah minyak, baru padamkan api.



24) Udang Harimau Masak Keju


Bahan:
·  200 g udang harimau
·  1/2 liter minyak masak 


Bahan kuah:
·  100 g marjerin
·  100 g susu sejat
·  3 tangkai daun kari, dihiris halus
·  1 biji cili padi, dihiris halus
·  1/3 camca teh keju Parmesan
·  1/4 camca teh garam
·  1 camca teh gula 


Cara membuat: 

1. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng 
    terendam udang sehingga garing.
2. Panaskan kuali dan masukkan marjerin 
    sehingga cair. 
3. Masukkan susu sejat tadi dan masak 
    menggunakan api perlahan sehingga 
    pekat. 
4. Masukkan bahan lain dan panaskan. 
    Masukkan udang dan kacau sehingga 
    sebati. 




25) Ayam Lemak Kuning


Bahan:
·  1 kg ayam, dipotong 12 keping
·  3 cawan santan pekat
·  3 cawan santan cair
·  3 batang serai, dititik
·  15 biji cili padi, dikisar
·  10 biji bawang kecil, dikisar
·  5 biji bawang putih, dikisar
·  3 keping asam keping
·  Sedikit serbuk kunyit
·  Sedikit garam,
·  3 biji ubi kentang, dipotong dadu 


Cara membuatnya: 

1. Panaskan periuk dan masukkan santan 
    cair, barang yang dikisar serta serbuk 
    kunyit. 
2. Apabila mendidih, masukkan ayam, asam 
    keping, serai dan ubi kentang. 
3. Apabila mendidih, masukkan santan 
    pekat kacau sebati dan masukkan garam 
    secukup rasa. 
4. Apabila ayam dan ubi kentang masak, 
    boleh diangkat untuk hidangkan.



26) Udang Celur Bercili


Bahan:
·  10 biji cili kering
·  5 biji bawang kecil
·  5 ulas bawang putih
·  100 gram udang besar
·  5 cawan air
·  Minyak
·  5 biji bawang besar
·  Garam
·  1 camca teh gula 


Cara membuat: 

1. Kisar cili kering, bawang kecil, bawang 
    putih sehingga halus. 
2. Bersihkan udang dan buang kulit. 
3. Panaskan air sehingga mendidih 
    kemudian celur udang sehingga warnanya 
     jingga kemerahan. 
4. Panaskan minyak dan tumis sehingga 
    bahan yang dikisar sehingga garing. 
5. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. 
6. Masukkan udang dan kacau sehingga 
     sebati.




27) Ketam Masak Lemak 


Bahan:
·  1/2 kg ketam
·  1/2 biji kelapa/serbuk santan
·  15 biji cili api/cili kering
·  5 ulas bawang merah
·  5 ulas bawang putih
·  2.5 sm kunyit
·  1 batang serai
·  Garam
·  Gula 


Cara membuatnya: 
1. Ketam dipotong dan dibersihkan. 
2. Kelapa diperah dan diambil santannya 
    (asingkan patinya.) 
3. Cili, bawang merah, bawang putih dan 
    kunyit ditumbuk. 
4. Masukkan santan dan serai di dalam 
    periuk di atas api yang sederhana. 
5. Masukkan bahan tumbuk dan kacau 
    sehingga mendidih. 
6. Masukkan ketam dan masak sehingga 
    ketam berwarna jingga kemerahan. 
7. Tambah garam secukup rasa dan gula jika 
    perlu. 



28) Gulai Daging Nangka Muda


Bahan:
  • 600g daging bahagian atas 
    (topside)
  • 150g santan
  • 5g serai, diketuk
  • 20g lengkuas, diketuk
  • 250g nangka muda, dibersihkan dan dipotong kecil


Bahan kisar:
  • 200g cili merah
  • 100g bawang kecil
  • 20g halia
  • 20g kunyit hidup


Cara membuatnya:
  1. Rebus daging di dalam periuk bersama bahan kisar dan biarkan ia empuk.
  2. Kemudian masukkan santan, serai dan lengkuas kacau sehingga mendidih.
  3. Masukkan nangka dan masak sehingga ia empuk dan berminyak.Angkat dan hidangkan.


29) Sambal Udang Terung Belanda


Bahan:
  • 1kg udang harimau
  • 100g bawang besar, dipotong bulat
  • 200g cili merah
  • 50g bawang kecil
  • 2 biji tomato
  • 3 camca besar minyak masak
  • Garam secukup rasa
  • 200g terung belanda


Cara membuatnya:
  1. Udang dibersihkan kemudian digoreng dengan garam. Angkat dan ketepikan
  2. Cili merah dikisar kasar bersama bawang kecil dan tomato. Ketepikan
  3. Panaskan minyak di dalam periuk, masukkan bawang besar, kacau sebentar. Masukkan bahan dikisar tadi dan tumis sehingga terbit bau wangi
  4. Masukkan garam secukup rasa, kacau sebentar. Masukkan udang dan kacau sehingga sebati. Akhir sekali masukkan terung belanda . Kacau rata sehingga masak. Angkat dan hidangkan


30) Jojeh Kebab


Bahan
  • 1/2 cawan minyak zaitun
  • 2 biji bawang besar, dipotong dadu
  • 1/2 camca kecil kuma-kuma
  • Garam secukup rasa
  • 10g lada hitam, dicincang kasar
  • 1kg ayam, dipotong kecil dan dibuang kulit
  • 5 biji tomato, sederhana besar


Cara membuatnya
  1. Sediakan bahan perap, satukan minyak zaitun, bawang besar, kuma-kuma, garam dan lada hitam ke dalam mangkuk, gaul rata.
  2. Masukkan ayam yang dibersihkan tadi dan gaul rata. Perapkan ia semalaman di dalam peti sejuk.
  3. Sediakan pencucuk besi kebab dan cucukkan ketulan ayam satu persatu seperti sate. Kemudian cucukkan semua tomato ke dalam pencucuk besi yang berasingan.
  4. Bakar kedua-dua kebab ayam dan tomato di atas pemanggang api selama 5 hingga 10 minit. Balik-balikkan ia selalu.
  5. Kebab ini juga boleh dibakar di ketuhar pada suhu tinggi. Setelah kebab ayam dan tomato masak, angkat dan hidangkan bersama nasi beriani atau roti Arab.


*Resipi Jurumasak Masakan Timur Tengah, Hotel Nikko Kuala Lumpur, Chef Reza Seifi Balasi




31) Pasta Primavera


Bahan
  • 500 g pasta
  • 100 ml minyak zaitun
  • 50 g bawang putih
  • 50 gm kubis Romaine
  • 150 g lada Benggala merah
  • 150 g lada Benggala hijau
  • 100 g bawang besar
  • 400 g tomato, dibuang kulit
  • 4 camca besar sos tomato
  • 50 g daun selasih
  • 10 g garam


Cara membuatnya
  1. Celur pasta sehingga masak, sejat dan ketepikan.
  2. Panaskan kuali, masukkan minyak zaitun dan tumis sebentar bawang putih. Kacau sebentar..
  3. Kemudian masukkan kubis Romaine, lada Benggala hijau dan merah, bawang besar, tomato dan biar ia masak 15 hingga 20 saat..
  4. Masukkan sos tomato, daun selasih dan kacau rata. Angkat dan ketepikan.
  5. Hidangkan pasta di dalam pinggan dan tuangkan kuah di atasnya..


SELAMAT MENCUBA





5 comments:

Unknown said...

Jemput layari blog saya ye


http://fareedahahmad.blogspot.com/2015/06/set-berpuasa-shaklee.html?m=1

shamyheart said...

terima kasih berkongsi

Faē Z. said...

Tq =)

Unknown said...

Banyaknya resepi...buntu juga nk fikir menu 30 hari...tq sharing...

Zainora Hayari said...

Alhamdulillah kawan-kawan, kita sharing mane yg mudah dan cepat utk dimasak hihi.. cuba ye