Ok, dari dalam kereta lagi Qaseh tak habis-habis bertanya kepada saya dan daddynye, sakit tak bila kita cabut gigi? Itu je lah soalan dia dari dalam kereta sehingga sampai ke pintu tingkat 2 klinik kesihatan. AKhirnya jumpa juga saya dengan Cik Mai kita, kawan sekolah lama saya. Lepas kami berbual _ lama jugak kot sebab excited jumpa kan.. hahaa, tibalah giliran Qaseh untuk membuat rawatan gigi susunya. Dah goyang pun gigi dia, even dah tumbuh pun gigi kekal dia dua batang.. itu lah yang merisaukan saya risau gigi Qaseh nanti tak cantik bila tumbuh nanti.. hikhik, selebihnya jom kita tengok gambar puteri saya dengan doktor giginya (kawan saya)..
** Baru duduk di kerusi
** Meninjau-ninjau ade ke tak picagari.. hakhakhak, nervous puteri saya ni..
** kawan saya sedang cuba bersembang dengan Qaseh
**gusi sedang di paste kan dengan perasa strawberry
** dah selesai cabut 1 batang gigi susu Qaseh, hihi
** mummy yg happy dengan Cik Mai kita..
Jom kita tengok info dulu apakah gigi susu dan susunannya..
Gigi susu akan lengkap 20 batang pada ketika anak berumur di antara 2 hingga 5 tahun. Gigi susu kebiasaannya akan rapuh atau tanggal bermula usia 6 tahun dan ke atas dan akan digantikan dengan gigi kekal. Ketika tempoh masa gigi susu ini, akan biasa kita lihat ada ruang di antara gigi mereka. Ruang ini bertujuan untuk memberi laluan kepada gigi kekal yang akan tumbuh, di mana kebiasaannya gigi kekal ini akan bersaiz lebih besar dari gigi susu.
Susunan gigi yang rapat memang jarang dijumpai pada kitaran masa gigi susu. Tetapi bila ia terjadi, kemungkinan gigi kekalnya akan tumbuh berselisih kerana ruangnya tidak mencukupi. Jom kita periksa gigi susu anak kita untuk ketahui apakah susunan gigi mereka. Jika kita sudah nampak gigi kekal tumbuh berselisih dengan gigi susu anak kita, lebih baik kita bawa mereka segera berjumpa dengan doktor gigi. Buat pemeriksaan dan lakukan rawatan yang sepatutnya.
Mari kita rawat gigi anak-anak kita dan gigi sendiri. Senyuman manis lebih berseri.
No comments:
Post a Comment