Diari ringkas ibadah puasa menurut sunnah :-
1. Bersahur.
Sahur adalah amalan sunnah walaupun tidak wajib, tetapi amat digalakkan.
Amalan ini adalah pembeza antara puasa Muslim dan puasa Yahudi. Nabi
s.a.w bersabda yang bermaksud :
“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan” (Riwayat Bukhari)
Berakhirnya sahur ialah ketika masuknya waktu solat subuh, bukannya 10 minit atau beberapa minit sebelum azan subuh yang digelar waktu imsak. Sahur bermakna akhir malam, justeru praktikal sunnah bersahur adalah dengan dilewatkan. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :
“Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah tamar.” (Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi)
2. Niat puasa.
Jangan lupa berniat puasa. Bermulanya waktu untuk berniat puasa fardhu
ialah setelah masuk waktu solat Maghrib dan berakhir ketika azan subuh.
3. Solat.
Sepanjang hari berpuasa pada bulan Ramadan, jaga solat berjemaah dan banyakkan solat sunat.
4. Membaca al-Quran.
Banyakkan juga membaca al-Quran dan berusaha untuk mengkhatamkan 30
juzuk, sama ada bersendirian atau berkumpulan (tadarus). Basahilah lidah
dan sibukkan hati dengan kalam Allah.
5. Sedekah.
Diriwayatkan
bahawa Rasulullah s.a.w adalah manusia yang paling dermawan. Sifat
dermawan baginda amat terserlah pada bulan Ramadan.
Baginda s.a.w ditemui jibrail setiap malam pada bulan Ramadan, lalu
baginda bertadarus al-Quran dengannya. Rasulullah s.a.w memiliki sifat
dermawan pada kebaikan lebih daripada angin yang berhembus. (Riwayat
Bukhari)
6. Memberi makanan kepada orang untuk berbuka puasa.
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :
“Sesiapa yang memberikan iftar (berbuka puasa) kepada orang yang berpuasa, nescaya baginya seperti pahala orang yang berpuasa tanpa dikurangi daripada pahala puasanya sedikit pun.” (Riwayat al-Tirmizi)
7. Segerakan berbuka.
Bersegeralah ketika berbuka puasa seperti yang dianjurkan Baginda s.a.w. Baginda bersabda yang bermaksud:
“Umatku senantiasa dalam kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa dan mengakhirkan sahur.” (Riwayat Ahmad)
8. Sunat berbuka dengan kurma.
Cara berbuka puasa dengan kaedah sunnah ialah sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w. daripada Anas b. Malik r.a.:-
“Rasulullah s.a.w. pernah berbuka puasa dengan rutab
(kurma basah) sebelum solat. Kalau tidak ada rutab, maka Baginda
memakan tamar (kurma kering) dan kalau tidak ada tamar, maka Baginda meminum air; seteguk demi seteguk.” (Riwayat Abu Daud)
Solat sunat tarawih hanya ada pada bulan ramadan. Lakukanlah secara
berjemaah di masjid dengan bilangan rakaat yang tidak terbatas selagi
termampu kerana tidak ada had rakaat yang dibuat oleh Rasulullah s.a.w
dalam solat malam sehingga ulama pun berbeza pendapat
tentang bilangan rakaat tarawih bersama solat witir. Antaranya ada
pendapat yang menyatakan 41, 39, 29, 13 dan 11. Semestinya rakaat yang
lebih banyak bersama keikhlasan adalah yang terbaik.
10. Iktikaf.
Ibn Umar r.a. meriwayatkan:
“Rasulullah s.a.w. beriktikaf pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan.”
(Riwayatkan al-Bukhari).
Pakej yang termahal pada musim Ramadan ialah iktikaf pada akhirnya sambil menghidupkan dengan amalan seperti solat, membaca
al-Quran, berdoa, beristighfar, berzikir dan apa-apa sahaja bentuk amalan soleh.
Aisyah r.ha. berkata:
“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. apabila masuk 10 hari terakhir Ramadan, Baginda akan mempertingkatkan amal ibadah, menghidupkan malam (dengan malam ibadah) dan mengejutkan ahli keluarga.” (Riwayat al-Bukhari)
“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. apabila masuk 10 hari terakhir Ramadan, Baginda akan mempertingkatkan amal ibadah, menghidupkan malam (dengan malam ibadah) dan mengejutkan ahli keluarga.” (Riwayat al-Bukhari)
11. Jauhi dosa dan maksiat.
Sesungguhnya limpahan rahmat, berkat dan keampunan dosa dalam bulan
Ramadan tidak terkira. Jadi awasi dan berusaha menegah diri daripada
segala dosa dan maksiat zahir dan batin sepanjang melayari bahtera
Ramadan kerana ujian keimanan tidak pernah kenal erti
penat lelah.
12. Cari ilmu.
Lengkapkan diri dengan ilmu-ilmu asas puasa seperti rukun, syarat sah
wajib puasa serta perkara-perkara yang merosakkan puasa. Kejahilan
tentang ilmu tersebut boleh menjejaskan penerimaan puasa seseorang.
Ramadan ialah sebuah madrasah tarbiah untuk menjadikan
umat ini hamba yang taat lagi patuh serta menanamkan akhlak yang mulia
dan terpenting maksud puasa iaitu membuahkan sifat ketakwaan yang
merupakan sumber kejayaan di dunia dan sebaik-baik bekalan ke akhirat.
Puasa ialah ibadah yang sangat agung sehinggakan Allah s.w.t. mengkhususkan ibadah ini hanya untuk Nya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Allah s.a.w. berfirman : ‘Semua amalan manusia adalah untuknya kecuali puasa. Puasa adalah untuk-Ku dan Aku sendirilah yang akan membalasnya.” (Muttafaq ‘alaih)
Ya Rahman, Ya Karim terimalah ibadat puasa kami dan puasa keseluruhan umat Islam! Amin.
No comments:
Post a Comment