Tuesday, October 7, 2014

3 FAKTA MENARIK MENGENAI SAYA YANG RAMAI ORANG TIDAK TAHU

 

Assalamualaikum pembuka bicara, sebelum saya memulakan entri menarik saya kali ini izinkan saya kongsikan gambar keluarga saya yang lengkap dan tercinta. Inilah keluarga saya, di mulai dengan suami saya En. Khairul Faizi, saya sendiri Zainora Hayari, anak puteri saya Qaseh Daania dan anak putera saya Khairul Fahim Aqil. Alhamdulillah syukur ke atas hadrat Illahi kerana kami telah dikurniakan sepasang anak yang kami idamkan, in shaa Allah bakal menyusul seterusnya.. hehehe

Baiklah, entri kali ini agak menarik sedikit kerana ianya berkenaan 3 Fakta mengenai saya yang ramai tidak ketahui. Tapi diharapkan para pembaca blog saya tidak berfikir bukan-bukan kerana ini adalah sebahagian cabaran yang telah diberikan oleh mentor saya di dalam dunia blogging.

Ok, jom eksplorasi sedikit antara 3 Fakta Menarik mengenai saya yang anda tidak ketahu.


#FaktaPertama : Saya adalah PENGUMPUL KASUT TEGAR (HOBI).

Hahaha.. pelikkan, tapi siapa yang mempunyai hobi seperti saya ini mungkin tidak pelik. Tapi ini adalah fakta mengenai saya. Hobi atau "desire" ini bermula sejak saya sekolah menengah lagi. Budak sekolah dulu duit tak banyakkan, tapi cukup lah saya mempunyai 2 pasang kasut yang akan dibeli oleh ibu saya, dan apabila perayaan Hari Raya nanti abang-abang dan kakak-kakak saya akan menghulurkan duit sebelum Raya untuk saya membeli keperluan Raya saya. Di sini saya akan membeli lagi 2 pasang kasut. Jadi jumlah semuanya 4 pasang kasut utk saya, hahaha best tak ingat.


*Gambar ekadar hiasan - tapi quantity sama 

Bermula saya bekerja dan 'earn my own money'.. hobi ini semakin meluas dan tidak terkawal.. Hahaha! Pantang 'window shopping', pasti akan ada beg kasut yang saya bawak pulang. Sampaikan arwah ibu saya pernah berkata yang kereta comel saya adalah stor kasut saya.. sebab apa tau, dalam bonet bukan ada barang lain, tapi semua koleksi kasut saya, belum lagi di rumah. Hihiihi, miss my mother.. Itulah Fakta pertama saya..


#FaktaKedua : Saya amat suka TRAVELLING.

Ini adalah aktiviti yang tenang, damai dan mampu menghilangkan masalah. Tidak kira dekat atau jauh, saya amat suka berjalan-jalan kerana bagi prinsip saya.. Jauh perjalanan luas pengalaman. Tidak kira dalam Malaysia atau Luar Malaysia. Untuk ini, jika travelling ke tempat yang di luar Malaysia, suami dan saya akan menabung dr bulan ke beberapa bulan untuk kos keseluruhan. Aktiviti ini dari saya sebelum berkahwin sehingga berkahwin tetap menjadi pujaan hati saya. Mendaki Gunung Kinabalu pada tahun 2001 adalah kenangan paling manis saya rasai, sangat indah dan sangat puas hati bagi saya yang menyukai aktiviti lasak. Saya juga suka aktiviti bukan lasak, makna kata semua saya suka lah kalau part travelling ni.. hihihi

 Seol, Korea
   




 Bandung, Indonesia


 Ho Chi Minh, Vietnam


 Perth, Australia


 Kundasang, Sabah


 Kundasang, Sabah




Sahabat since primary school


**Sebahagian Koleksi Aktiviti Travelling bersama-sama Keluarga dan Kawan-Kawan**

Yang penting, ikut kemampuan kita untuk meluaskan pandangan dan fikiran. Apa pun orang kata, ini adalah aktiviti yang sangat indah bagi saya. In shaa Allah dalam masa terdekat saya akan ke Madinah dan Makkah untuk ibadah umrah saya. Pegangan saya mudah, jika Allah swt ingin memanggil saya sebagai tetamuNya, masa itu akan sampai juga. In shaa Allah.


#FaktaKetiga : Saya dan Suami adalah pasangan Bongsu

Punyalah jodoh bertemu, rupanya saya dan suami adalah anak bongsu di dalam keluarga masing-masing. Bezanya seorang lelaki dan seorang perempuan.. tentulah kan, hahaha! Tapi karakter kami agak berbeza, suami seorang yang tidak banyak bercakap jika tidak mengenali seseorang, tetapi saya memang peramah jika bertemu dengan orang yang dikenali atau baru kenal. Pro n contra bukan, hihi. Suami juga bukanlah seorang yang manja sangat dan tidak mudah merajuk, tetapi saya amat manja dengan adik beradik dan rakan-rakan serta mudah je merajuk.. semudah ABC.. haha entah ape-ape kan.. hehe itulah perbezaan kami berdua..


 * Gambar semasa honeymoon di sebuah pulau tercantik di Malaysia

Mengikut teori daripada psikologi Barat Dr Kevin Leman mengatakan, jika bongsu bertemu bongsu hubungan ini akan menjadi sekiranya salah seorang daripada mereka boleh menjadi dominan.. Tetapi boleh jadi sebaliknya jika kedua pasangan bersikap terlalu mengharap pasangan mereka melayan mereka seperti anak kecil mahupun puteri raja.. Dan jangan terkejut jika mereka sentiasa menyerah kepada pihak ketiga untuk membuat keputusan ataupun mengatur hubungan mereka. Wallahualam.. ape pun, bagus jugak dua-dua bongsu sebab kami selalu mendapat perhatian daripada keluarga.. hihiii..

Inilah antara Fakta Menarik mengenai saya yang ramai tidak tahu, terima kasih kerana sudi membaca entri saya kali ini. 

Jom teruskan membaca entri saya mengenai Percutian Idaman yang sangat mengujakan..
Klik sini Percutian Idaman.


*Jika anda berminat dengan Shaklee, boleh hubungi saya di sini..


Zainora Hayari 016-5215057
  Shaklee Independent Distributor 
 Ipoh, Kuala Kangsar, Gopeng, Kampar, Perak.

4 comments:

hananiahanin said...

Alhamdulillah...Menarik Kam...

Zainora Hayari said...

Ye ke? Hahaha syukur, tq hanania hanan.. Nnt tinggalkan blog mai ye dkt sini

Unknown said...

alhamdulillah..

Zainora Hayari said...

hahaaaa