Pertama : Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan dengan sengaja, sama ada daripada jenis makanan atau bukan makanan. Termasuk perkara ini ialah :
1) Menghisap rokok / tembakau, candu, dadah dan sebagainya. Dan menghisap (Nusyuk) melalui hidung.
2) Suntikan makanan atau menambah vitamin.
Kedua : Memasukkan sesuatu daripada dua jalan (Qubul & Dubur).
Ketiga : Memuntahkan makanan dengan sengaja.
Keempat : Jimak (Bersetubuh)
Sebagaimana Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
Seorang
lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w, katanya:
Celaka aku, wahai
Rasulullah.
Nabi s.a.w berkata:
Apakah yang mencelakakan engkau?
Jawab
lelaki itu:
Aku telah bersetubuh dengan isteriku pada waktu siang di
bulan Ramadan.
Rasulullah s.a.w berkata:
Sanggupkah engkau memerdekakan
hamba?
Jawab lelaki itu:
Tidak sanggup.
Rasulullah s.a.w berkata:
Hendaklah engkau berpuasa dua bulan berturut-turut?
Jawab lelaki itu:
Tidak mampu.
Kata Rasulullah s.a.w:
Adakah engkau mempunyai makanan
untuk diberikan kepada enam puluh orang miskin?.
Jawab lelaki itu:
Tidak.
Kemudian lelaki itu duduk, sekejap lepas itu datang seseorang
kepada Nabi s.a.w dengan memberi satu bakul besar berisi tamar.
Lalu
Rasulullah s.a.w bersabda:
Sedekahkanlah kurma ini.
Kata lelaki itu:
Kepada siapakah? Kepada yang lebih miskin daripada aku? Demi Allah
tidak ada penduduk kampung ini yang lebih berhajat kepada makanan selain
dari kami seisi rumah.
Nabi s.a.w tertawa sehingga terlihat gigi
taringnya dan berkata:
Pulanglah, berikanlah kurma itu kepada ahli
rumahmu.
(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Kelima : Keluar Mani dengan sengaja.
Dengan
apa cara yang pada adatnya boleh membawa kepadanya. Atau dengan sengaja
memandang, atau berfikir-fikir, cium, sentuh dan sebagainya. Akan tetapi sekiranya keluar kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.
Keenam dan Ketujuh : Keluar darah Haid dan Nifas .
كنا نحيض عند رسول الله صلى الله عليه وسلم ثم نطهر فنؤمر بقضاء الصوم ، ولا نؤمر بقضاء الصلاة
Maksudnya : Dari Aisyah r.a, katanya: Kami disuruh oleh Rasulullah s.a.w mengqada' puasa dan tidak disuruhnya untuk mengqada' sembahyang. (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)
Kelapan : Gila.
Kesembilan : Murtad terkeluar daripada islam samaada dengan perkataan atau perbuatan atau keyakinan.
وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ
Maksudnya : Dan
sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya
(ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang
demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di
akhirat. [Surah Al-Baqarah, Ayat : 217]
Kesepuluh : Pengsan sepanjang hari ketika berpuasa .
SOAL-JAWAB PERKARA YANG MENJADI KEMUSYKILAN.
Apakah perkara-perkara yang membatalkan puasa?
Perkara-perkara
yang membatalkan puasa adalah seperti berikut: Memasukkan sesuatu benda
ke dalam rongga badan yang terbuka dengan sengaja, kecuali kerana
darurat yang berkaitan dengan kesakitan. Makan, minum dan merokok
membatalkan puasa. Adapun suntikan ubatan tidak membatalkan puasa. -
Muntah dengan sengaja - Mengeluarkan air mani - Melakukan jimak
(hubungan seks) pada siang hari - Kedatangan haidh, nifas atau
kelahiran bagi wanita - Menjadi gila - Pitam sepanjang hari - Mabuk
(yang menghilangkan daya pemikiran waras) sepanjang hari - Murtad,
iaitu keluar dari agama Islam
Adakah mimpi sehingga keluar air mani membatalkan puasa?
Hadas
besar yang disebabkan mimpi tidak membatalkan puasa, sama ada ianya
berlaku sebelum atau selepas waktu sahur. Orang yang berhadas tersebut
boleh meneruskan puasanya. Yang perlu hanyalah mandi junub.
Saya
telah bermimpi sehingga mengeluarkan mani pada siang hari bulan
Ramadan, kemudian saya mandi junub. Adakah mandi junub tersebut
membatalkan puasa saya?
Bermimpi sehingga mengeluarkan
mani dan mandi junub tidak membatalkan puasa. Malahan, sekiranya
termasuk air ke dalam telinga atau tertelan air ketika berkumur-kumur
(sewaktu mengambil wuduk atau mandi) puasa tidak terbatal kerana ia
dikira tidak sengaja. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah mengampuni umatku yang tersilap, terlupa atau
dipaksa melakukan sesuatu.” (Riwayat At-Tabarani)
Ada
yang mengatakan berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung
menjejaskan puasa seseorang. Sejauh manakah kebenaran pendapat ini?
Berkumur-kumur
dan memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk adalah sunat. Bagi
orang yang berpuasa pula, maka tidak boleh berkumur-kumur dan memasukkan
air ke dalam hidung dengan berlebihan. Sekiranya seseorang berwuduk
dengan tidak kelebihan dan air itu termasuk ke dalam kerongkong, maka
puasanya tetap sah. (Sila rujuk di atas). Samalah keadaannya
jika dimasuki debu jalanan, debu tepung atau lalat yang terbang masuk ke
dalam kerongkong. Semua ini dimaafkan kerana tidak sengaja. Namun, jika
seseorang berkumur-kumur dengan berlebihan, ia boleh menyebabkan air
masuk ke dalam kerongkong, dan jika ini berlaku, maka puasanya batal.
Adakah seseorang yang sedang berpuasa itu boleh melakukan sukan renang?
Berenang
boleh menyebabkan masuknya air ke dalam hidung dan/atau
telinga perenang. Jika air memasuki badan cara sedemikian, adalah batal
puasa seseorang. Dengan ini, sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang
berpuasa dinasihatkan agar tidak berenang di siang hari Ramadan untuk
mengelakkan dari terbatalnya puasa. (Sila rujuk soalan di atas)
Apakah hukum menggunakan inhaler (bagi pesakit semput) ketika berpuasa?
Antara
perkara yang membatalkan puasa ialah kemasukan sesuatu ke dalam badan
melalui rongga yang terbuka. Namun, kemasukan seuatu bahan seperti ubat
inhaler di atas dasar darurat, yang berkaitan dengan kesukaran
bernafas, dibolehkan syara’. Oleh yang demikian, penggunaan inhaler yang
berpatutan tidak membatalkan puasa.
Adakah suntikan “insulin” membatalkan puasa?
Suntikan
insulin bagi pesakit kencing manis tidak membatalkan puasa. Ini adalah
kerana suntikan tersebut bukanlah melalui rongga yang terbuka dan tidak
pula memberi sebarang kekenyangan atau kepuasan kepada si pesakit.
Saya
pernah terdengar bahawa jikalau seseorang itu berpuasa, dia dilarang
‘membersihkan’ telinga atau hidungnya. Samada menggunakan cotton bud
ataupun jari. Kerana perbuatan itu akan membatalkan puasanya. Adakah
benar?
Di antara sebab batal puasa adalah memasukkan
sesuatu ke dalam rongga badan yang terbuka dengan sengaja. Membersihkan
telinga atau hidung tidak semestinya membatalkan puasa. Ia dibolehkan
dengan kadar yang sederhana dan berhati-hati. Contohnya, membersihkan
telinga di kawasan yang tidak terlalu dalam. Namun, jika anda merasa
ragu-ragu sekiranya perbuatan anda boleh membatalkan puasa, maka jangan
lakukan dan bersihkanlah telinga dan hidung di waktu malam.
Adakah boleh saya menderma darah sewaktu berpuasa?
Menderma
darah di dalam kuantiti yang sederhana dibolehkan dan tidak membatalkan
puasa. Namun, pendermaan yang terlalu banyak sehingga menyebabkan
kelemahan pada tubuh badan, sehingga tidak dapat menjalani ibadat puasa
dengan baik, tidak digalakkan sama sekali.
Sumber :
1)http://www.muis.gov.sg/cms/uploadedFiles/RamdanSG/FAQ%20Perkara%20yang%20Membatalkan%20Puasa_4_.pdf
2)http://www.e-mosque.com.my/ibadatfardhu/batal_puasa.html
No comments:
Post a Comment