Thursday, February 22, 2018

CARA MENGURUSKAN AKAUN PERNIAGAAN KECIL KECILAN

Pengurusan kewangan. 

Di awal-awal buat business, saya selalu jugak ambil duit company untuk kegunaan sendiri. Kadang2 guna duit pun untuk belian barang company jugak tapi resit selalu entah ke mana. Memang tak bagus kan mcm ni, kerana ia akan membuatkan akaun tak cantik, mana perginya duit tu lebih lagi jika tiada resit. Jadi apa perlu kita lakukan? Mana duit yang kita perlu simpan, yang perlu rolling dan untuk kegunaan sendiri?

Okey, saya share sikit permulaan saya uruskan akaun business. Contoh, saya ada saving dalam bank RM2000, saya ambik RM1000 untuk rolling bisnes dan RM1000 simpan dulu untuk kecemasan.
Duit kecemasan tu macam nak bayar bil, isi minyak, makan (bukan bermewah-mewah).

Kemudian, dari RM1000 tadi, saya laburkan jadi modal dan beli stok habis RM1000. Dan saya akan target semua stok akan terjual dan dapat balik paling kurang RM1500-2000.
Target sales itu sangat penting. Lagi cepat target kita, lagi cepat kita dapat besarkan modal kita tanpa perlu meminjam. Dari 1k jadi 2k, tambah lagi duit kecemasan 1k. Boleh lah topup dekat duit rolling ataupun buat saving.

Okey, di atas tadi saya dah cerita pasal rolling modal, jadi ingat.. key point nya ialah Jangan Membazir! Beli untuk simpan stok yang lakukeras bg customer korang. Lepas tu, usaha dan usaha untuk simpan duit setiap minggu plus work hard/smart dari awal bisnes tau, In Shaa Allah berjaya. Even keuntungan dan bonus growth sikit, takpe.. asalkan ianya terus growth dan lama kelamaan ianya akan terus membesar. 



Lagi satu, korang perlu untuk simpan resit dan kategorikan resit, tampal dekat kertas A4 dan filing kan. Amalkan masuk resit dalam kotak bila sampai rumah, bila ada waktu lapang atau kalau korang ada staff, minta dia tampal resit dekat A4. Di sini kita akan nampak duit keluar untuk segala perbelanjaan business kita hatta utk utiliti bil. 

Dan apa saja yang kita lakukan untuk business kita, ianya berbalik kepada NIAT kita, saya memang mulakan perniagaan untuk mencari nafkah sampingan dan teruskan kehidupan yang serba mencabar ni. Bukan untuk glamor glamor dan luaskan empire. Jika ada hutang.. cuba langsaikan secepat mungkin. Sebab, hutang itu yang akan membebankan dan menolak rezeki kalau kita lewa-lewakan pembayaran.

Paling cantik dan bagus, asingkan kan duit sendiri dengan duit akaun business. 
 
Bukak 1 akaun semasa (current account) untuk company sendiri. Segala perbelanjaan, pendapatan, bonus, etc.. kita hanya guna akaun semasa sahaja. Jadi bg korang yang mcm saya ada 2 kerja ni, kita tak campur adukkan pendapatan dr dua kerja ni. Business hanya untuk akaun business sahaja. Jadi kita tak terguna lah duit yang ada dalam akaun simpanan kita sendiri. 
 
 
Sekian dari saya yang masih lagi belajar dan memantapkan business sendiri. Jika ada nak share yg lebih baik, saya amat sudi untuk baca semua sharing teknik daripada korang semua. 
 
 
Jika anda berminat untuk vitamin dan supplement Shaklee atau berminat untuk menambah pendapatan, boleh hubungi saya bila-bila masa di sini:

1. LIKE fanpage Mummyqasehfahim Shoppe 

2. PM saya di FB, Zainora Hayari 

3. Emel: zainora_79@yahoo.com
    
4. SMS/Whatsapp saya di 016-5215057

No comments: