Thursday, August 3, 2017

SENARAI PEMAKANAN SEMASA BERPANTANG

Semasa dalam tempoh pemulihan pelbagai rawatan yang perlu dilakukan supaya para ibu kembali segar. Keperluan ini penting kerana semasa kita hamil keseimbangan hormon badan telah terganggu. Antara perkara penting di dalam tempoh berpantang ialah amalan pemakanan berpantang. 




Jom kita tengok senarai semak panduan pemakanan yang sesuai di dalam tempoh ini.

(1) Waktu Makan

  • Minggu 1: Digalakkan makan makanan kering bagi pengecutan rahim
  • Minggu 2: Boleh mula makan makanan berkuah (sup sayur dan sup ikan, buah supaya mendapat makanan berkhasiat)
  •  Makanan yang dilarang: 
         (i)  Bersifat sejuk, berangin, gatal dan berbisa, berlemak dan berminyak. 
         (ii) Minuman berais dilarang sama sekali.  


(2) Elakkan makanan berlemak

  • Digalakkan mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan ulam-ulaman dgn menggunakan pelbagai rempah ratus.


(3) Minum Air

  • Tidak dibenarkan dalam jumlah yang banyak dalam satu masa. Keadaan ini akan membuatkan perut menjadi buncit, peranakan kembang, melambatkan pengecutan rahim dan faraj longgar.
  •  Namun air mesti diambil tetap kerap dalam jumlah yang sedikit dalam satu masa.
  •  Air amat penting untuk pengeluaran susu ibu dan proses penyembuhan.


(4) Membuang Angin

  • Biasanya selepas bersalin badan akan berangin dan perlu diurut.
  • Selain halia, sayuran sawi dikatakan dapat membuang angin. Seeloknya sayur-sayuran ini dicelur terlebih dahulu dan dimakan bersama nasi panas.


(5) Anti oksida
  • Semasa dalam pantang, anda perlu membuang toksin dalam badan supaya kembali segar. Antara ulam yang sesuai dimakan ialah pegaga, cekur, pucuk mengkudu, ulam raja, kunyit hidup, daun kesum dan halia.

  • Ulam-ulaman ini bersifat anti oksida kerana mengandungi serat, zat galian dan pelbagai vitamin antaranya A, C dan E.

(6) Proses penghadaman

  • Biasanya halia adalah herba wajib yang mesti ada. Sifatnya dipercayai panas dan kering. Kita digalakkan mengambil halia dengan banyak semasa berpantang untuk membantu memecahkan angin, menghilangkan sejuk badan dan melancarkan proses penghadaman.


(7) Sumber penambah susu ibu

  • Sangat disarankan untuk mengambil makanan yang dipercayai boleh menambah susu ibu dan mengatasi masalah kesukaran membuang air besar. 

  • Makanan tersebut adalah seperti cekur manis, lobak merah dan putih; peria dan pegaga. Sekiranya diambil secara kerap, ia juga membersihkan dan melancarkan peredaran darah dalam tubuh. Jadi, ia baik untuk kesihatan anda.

(8) Keletihan dan kemurungan


  • Ibu-ibu perlu banyak berehat dan tidak memikirkan masalah-masalah yang diluar jangkauan. Tumpukan perhatian pada baby dan keperluan si kecil sahaja.  

  • Untuk memudahkan ibu berasa tenang dan selesa, digalakkan ibu dalam pantang mengambil vitamin B-Complex untuk memberikan kesan tenang dan selesa. 

(9) Sumber tenaga

  • Boleh mengamalkan minuman rebusan serai (dititik), halia, kulit kayu manis dan lada hitam. Minum air rebusan ini setiap pagi dan malam untuk memastikan badan anda kembali bertenaga. 

  • Amalan pengambilan sumber protein juga baik untuk memberikan tenaga kepada para ibu.

(10) Kecutkan rahim

  • Amalan makan kunyit bersama nasi panas selama 40 hari, mampu mengembalikan kecergasan tubuh dan menyembuhkan luka dalaman. Malah kunyit juga dijadikan minuman untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah.

  • Namun, perlu jugak mengelakkan makan kunyit buat sementara waktu sekiranya bayi masih lagi dijangkiti jaundis.

(11) Penyembuhan


  • Untuk memastikan luka kembali sembuh, buah oren  mempunyai khasiat penyembuhan. Ia mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi untuk mengembalikan kesihatan badan anda. Untuk lebih mudah, amalkan pengambilan Vitamin C untuk pemulihan luka dalaman dan luaran.

  • Selain itu, elakkan makanan yang menjalar, berangin dan sejuk. Antaranya seperti kangkung, timun, sayur keladi, bayam dan rebung. Minuman seperti tebu dan cincau juga tidak boleh. Buah seperti jambu, nanas, pisang, cempedak pun sama. Larangan makanan ini kerana ia boleh mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot dan lemah sendi.

(12) Ikan segar


  • Pemilihan ikan segar sebagai makanan pantang juga penting. Ikan segar dan tidak gatal yang sesuai untuk ibu berpantang ialah haruan, tenggiri, jenahak, siakap, selar, merah dan banyak lagi.

  • Elakkan pengambilan ikan gatal dan berbisa seperti ikan kembung, cencaru, tongkol, bawal hitam dan terubuk. Jika salah pengambilannya, ibu-ibuberisiko mengalami alahan dan boleh menyebabkan bentan.

Di sini juga kami ada sediakan pengambilan set berpantang atau set dalam pantang yang mampu membantu kecergasan dan luka dalaman dan luaran tubuh badan para ibu. Set ini in shaa Allah dpt memberi keselesaan para ibu di dalam tempoh berpantang dan membekalkan nutrisi badan dan susu yang bagus untuk si kecil.


SET BERPANTANG



mummyqasehfahim
TESTIMONI SET BERPANTANG



 

 

Makanan ketika berpantang serta khasiatnya:

 

Ikan tenggiri, salmon, tuna, kacang walnut, biji labu, telur, minyak ikan, minyak flaxseed
  • Mengurangkan risiko kemurungan selepas
    bersalin
  • Memperbaiki fungsi otak
  • Membantu membina sistem saraf bayi
Produk tenusu rendah lemak
  • Membekalkan vitamin B, vitamin D dan protein
Daging tanpa lemak, hati, daging kambing, kerang, tiram, biji bunga matahari, kekacang
  • Sumber penting untuk zat besi
  • Kekurangannya akan menyebabkan tahap tenaga rendah
  • Zat besi penting sebagai komponen sel darah merah

Buah-buahan – pengambilan dua atau lebih hidangan sehari
  • Buah dengan warna yang terang seperti anggur, betik dan blueberries – mengandungi kandungan antioksidan yang paling tinggi
  • Oren – mengandungi vitamin C yang tinggi
Sayur-sayuran - Brokoli dan bayam
  • Tinggi kandungan vitamin A – penting untuk fungsi mata dan kesihatan kulit
  • Mengandungi kalsium
  • Tinggi kandungan antioksida dan serat makanan

Air
  • Pilihan yang baik ialah air suling
  • Minum air secukupnya kerana dehidrasi (kekurangan cecair badan) adalah salah satu punca utama kepada kehilangan tenaga. Ianya boleh menyebabkan gangguan pelbagai fungsi fisiologi tubuh

Ibu-ibu juga boleh click link di bawah ini jika inginkan pesanan dihantar dengan segera. Hanya buat pesanan di sini, buat pembayaran dan tunggu barang sampai. Mudah bukan, kami menyediakan kemudahan ini untuk para ibu atau bapa yang sangat 'time-constraint'. Click sini..

 Related image

1. Click button "Agree" dan "Next"
2. Pilihan produk akan keluar, jika inginkan ke semua set terus tekan "Checkout" atau
3. Boleh pilih pilihan produk yang bersesuaian dengan budget para ibu.. lps itu tekan "Checkout"
4. Isi data para ibu dan alamat semua.
5. Click "Proceed for Payment"
6. Isikan maklumat Debit Card atau Credit Card then click "Confirm Payment"
7. Selesai, tunggu set sampai ke rumah.

Mudah bukan.
  

Semoga kita sama-sama mendapat kebaikan daripada set ini, in shaa Allah.


Zainora Hayari
016-5215057


Shaklee Independent Distributor
COD Ipoh, COD Sg Pulai, COD Kampar
Perak
        FB: http://www.facebook.com/Mummyqasehfahim/

No comments: