Salam semua, hari ni saya nak share percutian kami di Perth, Australia. Baru berkesempatan untuk write up percutian kami di Perth. Kami bercuti selama 5 hari bermula 26 Oktober 2016 sehingga 30 Oktober 2016. Masa ni baru bermula musim Bunga, cuaca cerah dan berangin, suhu dalam 17-24'c. Sejuk smpi ke tulang hitam jgk bila menjelanb petang dan malam. Jom tengok musim-musim di Perth Australia.
Musim di Australia:
Musim panas (summer): Disember-Februari
Musim luruh (autumn): Mac-Mei
Musim sejuk (winter): Jun-Ogos
Musim bunga (spring): September-November
Musim panas (summer): Disember-Februari
Musim luruh (autumn): Mac-Mei
Musim sejuk (winter): Jun-Ogos
Musim bunga (spring): September-November
Time Zone:
Tak perlu setting jam or handphone masing-masing..
Di Kuala Lumpur pukul 5 ptg, di Perth juga pukul 5 ptg.
PERBELANJAAN PERCUTIAN KE PERTH:
Tidak menyusahkan malah dapat mengikut keperluan budget kami sekeluarga. Dari Ipoh kami ke KLIA dan simpan kereta di KLIA airport. Bayaran untuk 5 hari 4 malam dalm RM140.00 yang kami rasa ok dan yang penting senang keluar masuk beg-beg, stroller dan brg keperluan kami. Kami pergi ber-6, husband-saya-Hajjah Maimunah-kids 2 orang dan infant 1 orang. Kami park kereta di sini.
Gambar kami sekeluarga di dalam KLIA 2.
Pintu Gate ke Perth P1 - P21.
Kami sekeluarga di dalam flight.
Alhamdulillah kami selamat melepasi imigresen Perth. Kami isi semua form yang diberikan dan declare semua barang yang kami bawak.. makanan dalam tin ada sup ayam dan curry kambing semua kami declare. Ada jugak pegawai imigresen bertanya mengenai ini dan kami terangkan ianya untuk makanan baby, hihi LEPASSS. Alhamdulillah.
Selamat keluar, saya terus menuju ke counter AVIS www.avis.com (untuk claim kereta yang telah saya booking sebelum ini). Saya print semua details dan tunjukkan pada counter. Yeah dapat kunci.
Keluar daripada airport, kami terus menuju ke car park AVIS untuk dapatkan kereta. Memang sangat mudah urusannya.
Selepas dapat kereta kami pun memulakan perjalanan ke apartment yang telah dibook dia www.airbnb.com
Ini dia.. kami di depan apartment dan dalam apartment. Harga yang saya dapat cukup baik untuk kami sekeluarga dan selesa apartmentnya.
Petang di sana dalam jam 6-7 ptg dah gelap dan semua dah tutup kedai. Hanya terdapat kedai makan dan supermarket Coles dan sebagainya yang buka. Jadi sampai rumah kami siap mandi semua dan cari makan. Restoran pertama yg kami jumpa dan singgah untuk dinner adalah restoren Turkish ini.
Keesokannya bermula la perjalanan kami ke tempat tempat yang menarik yang telah kami rancang.
1) Caversham Wildlife Park
- Open everyday from 9am - 5.30pm (except 25 Dec)
- AUD28 (adult), AUD12.50 (children 3 - 14 years)
- Wombat, koala, kangaroo etc
- Estimated visit time: minimum 3 hours to cover all parks
- Website: Caversham Wildlife Park
Meet the koalas.
Dan nak jumpa koala ni menyebabkan kami terpaksa beratur panjang sebab ramai betul orang nak bergambar dengan koala. Masa lawatan juga singkat sebab koala nak tidur katanya. Kalau tak cukup rehat diorang boleh mati. Sesi yang available adalah seperti berikut:

- 09.00am - 09.30am
- 11.30am - 12.30pm
- 02.30pm - 03.00pm
- 04.00pm - 04.30pm
Farm Shows...
Haa.. farm shows ni pun menarik. Dalam kandang ni, kami dapat melihat cara-cara bulu kambing biri-biri dipotong. Dalam show ni jugak, presenter memilih 4 orang kanak-kanak comel dipilih untuk menyusukan anak kambing biri-biri (billy) yang juga comel-comel.. hehe.. dan yang terpilih itu Fahim, hihi boboy kami. Siapa cepat habiskan susu botol yang diberikan kepada biri-biri baby, he is the winner. Fahim won 1st place.. hehe ok lah pendedahan kepada kanak-kanak.
Feed the kangaroo...
Okay, benda wajib dibuat bila datang sini adalah memberi makan kepada kangaroo. Sesi memberi makan adalah sepanjang hari. Makanan kangaroo (dedak) juga disediakan secara percuma di situ. Boleh bagi diorang makan sampai kenyang. Tidak dibenarkan beri kangaroo makan makanan dari luar ya. Bawak makanan kangaroo keluar juga tidak dibenarkan.
Meet Wombat and friends...
Di dalam kawasan Caversham ni ada bermacam-macam aktiviti yang menarik. Antaranya adalah Meet Wombat and Friends. Kawan-kawan wombat ada banyak, seperti ular, serangga dan lain-lain.
Dalam sehari ada 3 sesi sahaja, so manage your time okay!
- 11.00 am
- 02.00 pm
- 03.45 pm
2) The Margaret River Chocolate Co.
Sebenarnya, ada dua kilang coklat oleh company ni satu di Margaret River dan satu lagi terletak di Swan Valley berhampiran Perth City. Kalau tak silap aku, mereka start beroperasi sejak tahun 1999 lagi dan telah memenangi pelbagai anugerah coklat di seluruh dunia. Kami mencuba chocolate sample yang diletakkan di atas meja je. Cukup banyak ye kami makan sebagai menggantikan 'lunch' pada ketika itu, maklumla free! Haha!
Di dalam kilang ni terdapat jugak sebuah cafe, namanya Chocolate Cafe, so kalau ada sesiapa yang feeling-feeling nak minum hot chocolate dan makan scones tu boleh la lepak kat situ sambil menikmati pemandangan ladang yang terbentang luas. Ha memang best!

3) Watertown Brand Outlet (formerly Harbour Town Factory Outlet)
Watertown memang dikenali ramai samada para penduduk tempatan, apatah lagi para pelancong. Kompleks beli-belah secara terbuka (open air) ini sangat sesuai untuk dijadikan tempat wajib datang di Perth,WA ini. Stuktur kompleks dua tingkat dan dalam susun bulatan, memudahkan para pembeli untuk bergerak bebas didalam kompleks ini.
Makanan HALAL di Watertown? Terdapat beberapa kedai makan yang Halal di sana, sebagai contoh ISPA Kebab.
SOLAT di Watertown?
Para penziarah usah gusar memikirkan waktu untuk mengerjakan solat. Ini kerana terdapat tempat solat (Praying Room) disediakan di Watertown. Bagusnya adalah tempat solat lelaki dan wanita diasingkan. Cuma perlu berkongsi tempat wudhu sahaja. DILARANG sama sekali mengambil wudhu di dalam tandas. Ianya bahaya, kerana licin dan tidak manis dipandang oleh orang bukan Islam. Berdakwah secara HIKMAH. Insya Allah. Tempat solat atau Musolla Watertown terletak di dalam Pejabat Pengurusan dan Ruang Pelancong (Tourism Lounge), bersebelahan tandas. Untuk memasuki Watertown Tourism Lounge, perlu melalui pintu cermin automatik dibahagian luar kompleks Watertown.

4) Kailis Fish and Chips.
Ini tempat wajib pergi kalau datang Fremantle.. memang fresh dan sedap seafood menu di sini. Kami order set Fish and Chip, dan set Calimari, Fish and Chip.
5) Araluen Botanic Garden
Jangan lepaskan peluang untuk ke Araluen untuk melihat bunga Rose besar-besar.. 3-4 kali ganda dari Rose di Malaysia dan bunga tulip yang sedang rancak berkembang sekarang ya! Jaraknya dari bandar lebih kurang 40-50km dan mengambil masa kira-kira 40 minit perjalanan. Kawasan ini adalah kawasan berbukit. Pemandangan sepanjang jalan mmg cantik sekali, dapat tengok rumah2 di lereng bukit dan kebun buah2an.
Tak dapat nak ceritakan betapa indahnya bunga2 dan tumbuh2an di taman ini, membuatkan kita sedar betapa hebatnya ciptaan Tuhan.. mari saya tunjukkan sedikit sebanyak bunga-bunga rose yang gedabak besar dan cantik sangat.
6) The Pinnacles
Hangover bay: dekat je dari Pinnacles
Lancelin Sand Dunes
Lancelin Beach: kami solat kat taman sebelah Lancelin Beach. Tandas dia lengkap ada air dan siap ada shower lagi.
BigW (supermarket jual Corelle murah. Di supermarket lain ada jual juga tapi BigW banyak pilihan)
7) Kings Park and Botanical Garden
Di Kings Park ni u guys akan jumpa pelbagai spesis tumbuhan dan pokok liar yang tumbuh, di samping pemandangan yang cantik. Korang nak berkelah pun boleh tau, bawak mini tikar lipat. Angin memang sejuk di sini, sebab kedudukannya yang terletak tinggi daripada banyak kawasan di sini.
8) E-SHED MARKET
Di E-Shed market ni banyak kedai-kedai yang menjual barangan cenderamata, banyak blog mengatakan beli di kedai Megabes sebab murah, tapi saya sarankan, kalau boleh masuk sini pusing semua kedai dan survey harga dulu, tapi pengalaman kami, kedai di Megabes tu memang agak murah harga barang berbanding di pasar sini. Berbaloi beli t-shirt di Megabes.
Berakhir lah percutian kami yang manis ini, di masa akan datang kami plan ke Melbourne pulak.. in shaa Allah menjadi. Saya sertakan Itinerari percutian kami di Perth untuk kawan-kawan yang memerlukan. Terima kasih kerana sudi membaca. Di sini saya sertakan Itinerari kami semasa di Perth. Boleh gunakan jika berminat. Jumpa lagi.