Dalam tak diam, sekarang ni i dh ada anak dara sunti and anak teruna kecik yang masing2 suka bertanya dan suka bercerita itu ini sampai i nak tengok tv pun x dengar suara. Terkadang mulut ni marah jugak sbb banyak sgt celotehnye si Qaseh n Fahim ni.. hihiii, bila tersedar diri salah perkiraan lantas mata pun melirik ke arah putera puteri ni... ye la,skrg ni la masanya diorg nk explore everything. Then mummy diorg ni pun akan jawab semua yang diorg tanye satu-satu.. kdg2 gelihati dgn soalan2 si kakak ni, adik mengikut aje.. bukan tahu bnyk pun.. :-)
Kalau ikut kan numbering si adik lebih cepat dari si kakak, sbb adik die dh ada mentor nye iaitu kakak. one, two, three, four till 10 adik dh dpt dgn cepat menggunakan bahasa die le.. tp my hubby n i faham.. kire ade bunyi nye la.. ngee. Im so proud of u adik n to kakak, im so honoured to have u yg tahu her responsibility to adik. Kakak pandai tolong mummy dia kalau i ask her a favour. Dgn mudah dia assist me, especially bab-bab kemas tempat tidur diorg and lipat kain. Sometimes im so speechless if kakak dalam diam-diam dah lipat baju dia n adik. Im so bless to have my clever girl. Really fast to learn something new and memorise it.
Dalam mendidik anak-anak ni sebenarnya parents kena bnyk motivate them and beri pujian jika mereka dapat melaksanakan sesuatu even not perfect, that's just enough to them for making them proud of their ability. And i terapkan nilai-nilai itu to my adorable prince and princess. I need them to feel appreciated, honoured and enjoy with their own works.
So here, i ada a few tips how to make them feel comfortable woih us (their parents).. i got it from some sources. Enjoy!!! <3
1. Mulakan hidup anak-anak dengan panggilan yang baik.
- apabila
anak-anak diberi nama dan panggilan yang baik, secara tidak langsung ia
turut mempengaruhi dan memberi kesan yang baik dalam perwatakan dan
kelakuan anak-anak. Nama yang baik juga turut dituntut dalam Islam.
2.
Berikan anak-anak pelukan setiap hari
-terdapat kajian yang menyatakan
bahawa anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yang
lebih kuat berbanding anak yang jarang dipeluk. Apabila anak-anak dipeluk,mereka akan sedar bahawa ibu bapa sayangkannya. Anak-anak juga
akan tahu bahawa ibu bapa sentiasa menjadi penyokong mereka.
3. Pandanglah anak-anak dengan penuh kasih sayang
- pandangan ini
akan membuatkan anak-anak berasa lebih yakin kepada diri sendiri apabila
berhadapan dengan persekitaran. Marah itu memang perlu supaya anak-anak
tahu mana yang salah dan mana yang betul,namun kawallah marah,janganlah
pula sehingga anak-anak menjauhkan diri dan berasa takut.
4.
Berikan penghargaan di atas setiap kebaikan
- tidak semestinya hanya
dengan pemberian hadiah, malah senyuman, pujian dan pelukan sudah cukup
untuk membuat diri anak-anak terasa dihargai. Sekurang-kurangnya dengan penghargaan ini dapat dijadikan sebagai satu motivasi bagi anak-anak
untuk melakukan lagi dan melakukan yang terbaik.
5. Jangan
mengharap lebih daripada apa yang anak-anak mampu
lakukan
- sedarlah
bahawa anak-anak masih dalam proses perkembangan dan janganlah
mengharapkan anak-anak akan berbuat sesuatu kebaikan secara berterusan
kerana melakukan kesilapan merupakan proses untuk anak-anak belajar.
6.
Antara masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga
- utamakan keluarga
kerana apabila adanya masalah, selesaikan masalah keluarga terlebih
dahulu. Seseorang hanya akan tenang apabila tiada masalah keluarga.
Anak-anak tetap diutamakan kerana mereka sedang membesar dan proses ini
akan terus berlalu tanpa kembali lagi.Ibu bapa tidak seharusnya bersikap
mementingkan diri bagi menjaga keperibadian yang baik untuk dijadikan
role model bagi anak-anak
7. Jangan mengeluh dalam mendidik dan
membesarkan anak-anak
- ini bagi mengelakkan anak-anak merasa diri
mereka sebagai beban terhadap ibu bapa. Ini juga supaya anak-anak tidak berasa jauh dan sunyi dari ibu bapa.
8. Dengar cerita anak-anak
- tidak dinafikan anak-anak memang suka bercerita. Dengarlah cerita
mereka kerana sedarlah bahawa ibu bapa tidak akan dapat mendengar cerita
itu lagi pada masa akan datang. Melayan anak-anak bercakap dan
bercerita merupakan sesuatu yang sangat menyenangkan.Ianya juga hiburan
yang takkan dapat dibeli.
9. Tenangkan anak-anak setiap kali
mereka memerlukannya
- ada masanya anak-anak akan berasa sedih di atas
banyak perkara. Bergaduh dengan kawan sekelas,tercederakan anak jiran.Pada masa inilah ibu bapa membantu menyelesaikan masalah anak-anak
supaya mereka tidak merasa keseorangan. Ibu bapa perlu membantu kerana
walaupun masalahnya kecil,namun bagi anak-anak masalahnya sangat besar.
10.
Tunjukkan kepada anak-anak cara untuk menenangkan diri
– setiap masalah
ada jalan penyelesainya. Ibu bapa seharusnya bersikap tenang apabila
berhadapan dengan sebarang masalah untuk menjadi ikutan kepada anak-anak
dan tidak bersikap tidak tentu arah.
11. Buat persediaan
menyambut hari jadinya
– tidak semestinya dengan menyambut secaran
besar-besaran, sudah memadai dengan menyediakan hadiah yang unik walaupun
harganya murah. Keunikan akan membuat anak-anak belajar menghargai.
Anak-anak yang datang dari persekitaran yang menghargai akan mampu untuk
belajar menghargai orang lain.
12. Mengajar anak-anak lebih dari
sekali
– ada sesetengah anak-anak yang perlu diajar secara berkali-kali
barulah mereka dapat memahami sesuatu dengan baik. Jadi, jangan marah
terhadap mereka apabila bertanyakan tentang sesuatu hal yang sama
berulang kali. Ini bagi mengelakkan proses pembelajaran anak-anak terbantut.
13. Luangkan masa bersama anak-anak
– ini bukan sahaja
terhad di dalam rumah, malah turut meluangkan masa di luar.Sama ada
bersiar-siar ataupun berkelah di hujung minggu. Peganglah tangan
anak-anak apabila berjalan bersama. Anak-anak akan merasa kepentingan diri mereka dalam hidup ibu bapa. Memimpin tangan anak-anak tidak
terbatas semasa di luar rumah sahaja,malah apabila anak-anak bangun
tidur,ke meja makan, malah ke dapur untuk membancuh susu mereka.
14.
Dengar mimpi ngeri anak-anak
– mimpi ngeri akan menjadi begitu
realistik dalam dunia
mereka walaupun itu hanyalah sekadar mimpi. Tidak
ada
salahnya mendengar cerita mimpi ngeri anak-anak kerana
ianya
diceritakan secara langsung,tiada skrip,tiada
pengarah dan tiada siaran
ulang tayang.
15. Hargai permainan kesayangan anak-anak
– apabila
permainan kesayangan mereka dihargai,dalam masa
yang sama juga
anak-anak akan menghargai barang-barang
kesayangan ibu bapa. Walaupun
sudah rosak,elakkan daripada
membuang permainan kesayangan anak-anak.
Mintalah
kebenaran daripada mereka terlebih dahulu.
16. Berikan
ciuman selamat malam
– jangan biarkan anak-anak tidur tanpa ciuman
selamat malam.
Biasakan anak-anak dengan salam sebelum masuk tidur.
Selimutkan,dan cium dahinya apabila mereka sudah lena.
17.
Terimalah hakikat kadangkala ibu bapa tidak sempurna
– bagi mengelakkan
stress,jangan terlalu berfikir untuk
menjadi ibu bapa yang sempurna dari
semua aspek. Apabila
terdengar anak-anak berkata ‘papa ni garanglah’.
Itu
teguran sebenarnya. Jadi,tidak salah untuk berubah demi
kepentingan
anak-anak dan bagi mngelakkan anak-anak berasa
rendah diri kerana
merasakan ibu bapa terlalu sempurna.
18. Jangan membawa bebanan
kerja ke rumah
- apabila ini berlaku,anak-anak akan menganggap bahawa
kerja
lebih penting daripada keluarga. Utamakanlah keluarga
ketika
berada di rumah. Ibu bapa juga boleh membantu untuk
menyiapkan kerja
sekolah anak-anak ataupun memberi latihan
di rumah.
19. Anak-anak
menangis
– menangis merupakan cara anak-anak untuk melegakan
keresahan mereka dan kadangkala untuk mendapatkan
perhatian. Walauapapun
sebabnya,dengarilah tangisan mereka
supaya mereka tidak menjauhkan diri
dari ibu bapa di
kemudian hari. 20. Anak-anak juga mempunyai perasaan –
seperti ibu bapa,anak-anak juga mempunyai
perasaan.Hargailah perasaan
anak-anak supaya anak-anak
juga menghargai perasaan ibu bapa.
-
Berdoalah agar anak-anak menjadi penyejuk mata dalam kehidupan
dan
sebagai penenang hati di dunia & di akhirat kelak -