Ramai orang biasa menghadapi sakit kepala yang biasa, yang teruk dan ada juga yang sampai x boleh buat apa-apa yang boleh kita klasifikasikan sebagai migrain. Ok, entri kali ini saya ingin berkongsi mengenai
MIGRAIN.
Apa sebenarnya Migrain?
-----------------------------------
Migrain adalah sakit kepala yang menyakitkan, berdenyut-denyut dan berlangsung antara 4-72 jam sehingga seseorang itu tidak mampu melakukan pekerjaan rutin hariannya. Namun begitu menurut kajian yg dibuat, migraine tidak mendatang kesan jangka panjang yang serius.
Bagaimana Migrain terjadi?
-------------------------------------
Menurut kajian, migrain boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Pada asasnya, apabila berlaku migrain saluran darah akan mengembang dan menguncup menyebabkan kita berasa sakit kepala yang berdenyut-denyut.Migrain boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Jika ibu mengalami migrain semasa muda, anaknya juga boleh mengalami migrain.
SIMPTOM MIGRAIN
---------------------------
1) Migraine biasanya boleh menyebabkan rasa sakit kepala berdenyut-denyut (throbbing headache) pada sebelah kepala dan rasa loya.
2) Namun ada juga sakit kepala di kedua-dua belah kepala. Individu yang berlainan mempunyai tanda-tanda penyakit migraine yg berlainan.
3) Pergerakan, cahaya, bunyi bising dan bau-bauan boleh memburukkan lagi migraine.
4) Kadang kala seseorang itu boleh merasakan aura, iaitu beliau dapat melihat bintik-bintik, gelombang cahaya atau pancaran2 cahaya di depan matanya.
5) Tangan, bahu dan muka akan menjadi kebas. Ianya berlaku 30 min sebelum sakit kepala.
BAGAIMANA MIGRAINE DAPAT DIKENALPASTI?
Selalunya doktor cuba exclude atau mencari kemungkinan2 lain penyebab sakit kepala seperti kerabunan mata, stress atau tidak cukup rehat. Namun begitu doktor akan mengatakan ianya migraine jika :
1) Anda mempunyi 5 kali atau lebih sakit kepala tanpa aura atau 2 kali sakit kepala dgn aura.
2) Sakit kepala yg berlangsung 4-72 jam tanpa makan apa2 ubat.
3) Rasa loya dan mahu muntah, pancaran cahaya dan bunyi menyebabkan sakit kepala bertambah teruk.
Bagaimana merawat Migrain
Migraine biasanya dirawat dgn ubat tahan sakit. Ianya boleh didapati di farmasi. Namun jika ianya tidak berkesan, haruslah berjumpa dgn doktor untuk rawatan lanjut. Migraine juga boleh dikurangkan dengan mengelakkan pengambilan cheese, coklat dan MSG.
Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan.
Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain.
Antara supplement yang boleh disyorkan adalah :-
1) B-Complex
Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang mograin, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.
Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya. Dan timbagkan tentang mengambil vitamin/supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan.
2) Ostematrix
Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.
Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.
Shaklee Independent Distributor
area Ipoh, Kuala Kangsar, Gopeng,
Kampar, Perak.
FB: Mummyqasehfahim
Blog:https://qasehdaania.blogspot.com
(mohon click at "Join This Site" ye)