Sunday, October 12, 2014

HOMEMADE RESIPI TERBAIK DAN MUDAH

Salam dan selamat pagi semua, entri saya kali ini lain sikit dari yang sebelum-sebelum ini. Kali ni saya nak kongsikan resipi yang saya selalu sediakan untuk anak-anak, suami, adik beradik, anak buah dan kawan-kawan saya.

SPHAGETTI MEATBALL BOLOGNAISE SAUSAGE ROLL


Di sini saya kongsikan gambar sphagetti yang telah sedia untuk dijamah. Nampak sedap ke tidak? Hehehe kalau sesiapa yang berminat boleh cuba ya..

Resipi 
======
1/2 packet San Remo sphagetti
5-8 bijik bebola daging Ramly
1/2 pack daging cincang/minced beef Ramly
5 btg sausage Ayamas ayam/daging (potong bulat)
3 keping daging/ayam burger Ramly (potong dadu)
1 botol puri tomato Prego
1-2 labu bawang benggala (potong dadu)
2-3 biji bawang putih (cincang)
1 sudu kecik lada hitam
1 kiub ayam Maggi
Mentega
Minyak

Cara-cara:
========
1- Panaskan air dalam periuk, bila agak agak mendidih masukkan sphagetti ditambah sedikit mentega utk tidak melekat sphagetti antara 1 sama lain.
2- Toskan sphagetti dan letak ke tepi.
3- Panaskan kuali dengan minyak sedikit n mentega sedikit. Goreng bebola daging dan siap letak ditepi.
4- Tumiskan bawang putih dan bawang benggala. Sehingga naik bau tetapi jangan sampai layu atau garing.
5- Masukkan daging cincang sehingga keluar air daging dan tambahkan lada hitam, agak-agak air daging kelihatan hampir kering masukkan daging burger. Goreng sehingga masak.
6- Masukkan sausage yg telah dipotong bulat. 
7-  Semua bahan telah masak, masukkan puri tomato Prego. Kacau sehingga menggelegak. Masukkan kiub ayam. Masukkan meatball yang telah digoreng awal-awal tadi. 
8- Masukkan sedikit garam dan secubit gula. Biar sampai mendidih dan tutup api. Bagi sesiapa yang suka origano spice boleh taburkan sedikit. 
9- 1 acuan Sphagetti diletakkan di aras pinggan, ambik kuah sphagetti yang masih panas lagi dan letakkan di atas sphagetti. 


           * Kuah sphagetti bolognaise

 
* Sphagetti yang telah direbus dan ditoskan

Sedia untuk dimakan pada bila-bila masa dan occassion. Selamat mencuba kawan kawan!!


Jika anda ingin sebarang konsultansi percuma mengenai vitamin tambahan yang diperlukan, tanpa segan silu moh pm atau call saya di sini, saya sedia membantu anda. 

Zainora Hayari 016-5215057

Shaklee Independent Distributor

Ipoh, Kuala Kangsar, Gopeng, Kampar, Perak.

FB: http://www.facebook.com/Mummyqasehfahim/

Thursday, October 9, 2014

VITAMIN PERTAMA MEMBUATKU JATUH CINTA

Selamat pagi semua! Assalamualaikum pagi Khamis ini yang damai dan tenang.

Hari ini seperti dijanjikan saya akan bercerita sedikit mengenai Vitamin pertama yang saya cuba, suka dan JATUH CINTA!! Heheee... menarik bukan, sampai jatuh cinta tau, bukan main-main punya..

Jom kita tengok apa lah vitamin supplement yang boleh membuatkan saya jatuh cinta sangat ni.. dan kenapa?

SID Ipoh Zainora Hayari
* Set Membantu Memberikan Tenaga


Yaa, inilah set pertama vitamin supplement yang saya beli khusus untuk membantu masalah saya yang sering letih selepas melahirkan anak ke dua saya pada tahun 2010. Memang masa tu, bila balik kerja je saya akan terus mencari katil dulu an berehat sehinggakan pernah terlelap. Tenaga masa tu mungkin tinggal 10% je kot, tak cergas dan aktif langsung. Jadi, selepas saya ternampak iklan hanya daripada orang yang saya kenal, barulah saya mula pm beliau, Dilla Jalil yang jugak mentor saya dalam Shaklee. Saya selalu ternampak iklan beliau di dalam facebook, saya pun menghubungi beliau dan order set ini. Selepas consume seminggu, kesan nya sangatlah positif. Saya masuk tidur jam 12 malam, dan saya akan bangun pagi jam 6.00 pagi. Kalau dulu di dalam time range ini, pastinya saya akan kemengantukkan di pejabat. Alhamdulillah saya menapat kesan yg sangat baik selepas penggunaan Set Tenaga Shaklee ini. Balik daripada kerja, saya mampu untuk masak dinner lagi, layan baby dan anak juga bapanya.. hehe, syukur sangat.


Untuk kekal aktif dan bertenaga sepanjang hari, kita memerlukan nutrien yg cukup seharian. Nutrien boleh diperolehi drpd buah, sayuran, susu dan lain-lain dn ianya boleh dikategorikan kepada 5 kumpulan iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan garam minarel. Nutrien-nutrien inilah yang membantu tubuh badan kita supaya sentiasa sihat dan cergas sepanjang masa. Namun disebabkan pencemaran dan gaya hidup ringkas, kebanyakan nutrien dlm makanan ini hilang begitu sahaja. Utk pengekalan ini, kita boleh perolehi daripada supplement bahan semulajadi. Set ini boleh membantu kita utk kekal bertenaga dan aktif sepanjang hari.

Set Family Wellness Program Shaklee ini juga boleh membantu tenaga kita untuk kekal aktif seharian, in shaa Allah.

SID Ipoh Zainora Hayari

Tiap-tiap hari saya rasa bertenaga dan sihat dlm melayan kerenah anak-anak yg masih kecil, buat kerja rumah dan memasak.. semua daripada hasil kerajinan saya consume set Shaklee Family Wellness ini dan atas keredhaan Allah swt! Hehee, boleh dapatkan drpd saya dengan harga yang saangaat berpatutan!



**Nak bertenaga sepanjang hari?** boleh click di sini =  Energy Set

Jom dapatkan konsultansi percuma hanya daripada saya di:


Zainora Hayari 016-5215057
  Shaklee Independent Distributor 
 Ipoh, Kuala Kangsar, Gopeng, Kampar, Perak.

  

Tuesday, October 7, 2014

APA ADA DALAM HANDBAG SAYA.. JENG JENG

H.A.N.D.B.A.G.

Yummehhh, sesedap ABC jika kita bercerita mengenai handbag kan, handbag idaman, koleksi handbag, brand handbag dan segalanya mengenai handbag.. Tak hairan jika wanita mempunyai lebih daripada 1 koleksi handbag mereka. Hehee, para suami jangan pening kepala, layanlah isteri anda kerana pahalanya mudah untuk diperolehi. Hehe.. ok cabaran entri kali ni mengenai #apaadadalamhandbagsaya.

Ni lah namanya perempuan, handbag pelbagai design dan warna. Yang penting keselesaan si empunya duit.

Ini handbag saya yang latest saya beli..



Handbag ni ada wings, sederhana besar dan berwarna hitam. Saya selesa dengan designnya, warnanya dan penting keluasan dalaman beg ini. Maka beg inilah menjadi teman setia saya ke mana saja saya pergi.

Gambar di bawah pula adalah isi kandungan di dalam beg saya. Yang jelas kelihatan adalah "wallet" (yang sudah berkhidmat selama 5 tahun) dan beg "make-up" saya kan.. 2 personal things ini memang penting untuk saya dan tidak salah kalau saya katakan semua wanita.

*Isi Kandungan


Haaa, ini pula segala macam anak benda berada dalam handbag saya tanpa jemu atau miss dibawa. Kesemua personal things ini harus ada dalam handbag saya meskipun saya menukar handbag yang lain pada mana-mana hari.



Benda wajib perlu ada :-

1. #wallet - semua ada dalam tu
2. #makeupbag - compact powder, 2 lipstick
3. #notebook - penting untuk catit nota utk kerja dan order dari pelanggan #Shaklee saya
4. #pen - 2 red ink, 1 black ink, 1 blue ink (academician wajib ada 3 color ini..hehe)
5. #pendrive - softcopy segala bagai
6. #nametag - work matter
7. #Nutriferon - haa ni memang wajib, anak mak kalau sakit tekak harus sesachet or 2
8. #aloelipcare - bibir kering inilah penyelamatnya
9. #nailclipper - harus ada sebab selalu spot check kuku anak-anak, pak, mak..

Makanya, tamatlah entri saya pada kali ini. Saya dapat merasakan yang ada di kalangan para pembaca mempunyai barang yang hampir serupa dengan saya kan.. kan.. hehee

Terima kasih kerana sudi membaca blog saya ini, entri saya ini dan pada masa ini. Saya akan sentiasa update blog comel ini khusus untuk semua pembaca saya yang comel semuanya. 

Sekian, lots of luv! 

** Jika anda berminat dengan vitamin suplement terbaik daripada Shaklee, boleh hubungi saya di sini ya.. :-)

Zainora Hayari 016-5215057
  Shaklee Independent Distributor 
 Ipoh, Kuala Kangsar, Gopeng, Kampar, Perak.

3 FAKTA MENARIK MENGENAI SAYA YANG RAMAI ORANG TIDAK TAHU

 

Assalamualaikum pembuka bicara, sebelum saya memulakan entri menarik saya kali ini izinkan saya kongsikan gambar keluarga saya yang lengkap dan tercinta. Inilah keluarga saya, di mulai dengan suami saya En. Khairul Faizi, saya sendiri Zainora Hayari, anak puteri saya Qaseh Daania dan anak putera saya Khairul Fahim Aqil. Alhamdulillah syukur ke atas hadrat Illahi kerana kami telah dikurniakan sepasang anak yang kami idamkan, in shaa Allah bakal menyusul seterusnya.. hehehe

Baiklah, entri kali ini agak menarik sedikit kerana ianya berkenaan 3 Fakta mengenai saya yang ramai tidak ketahui. Tapi diharapkan para pembaca blog saya tidak berfikir bukan-bukan kerana ini adalah sebahagian cabaran yang telah diberikan oleh mentor saya di dalam dunia blogging.

Ok, jom eksplorasi sedikit antara 3 Fakta Menarik mengenai saya yang anda tidak ketahu.


#FaktaPertama : Saya adalah PENGUMPUL KASUT TEGAR (HOBI).

Hahaha.. pelikkan, tapi siapa yang mempunyai hobi seperti saya ini mungkin tidak pelik. Tapi ini adalah fakta mengenai saya. Hobi atau "desire" ini bermula sejak saya sekolah menengah lagi. Budak sekolah dulu duit tak banyakkan, tapi cukup lah saya mempunyai 2 pasang kasut yang akan dibeli oleh ibu saya, dan apabila perayaan Hari Raya nanti abang-abang dan kakak-kakak saya akan menghulurkan duit sebelum Raya untuk saya membeli keperluan Raya saya. Di sini saya akan membeli lagi 2 pasang kasut. Jadi jumlah semuanya 4 pasang kasut utk saya, hahaha best tak ingat.


*Gambar ekadar hiasan - tapi quantity sama 

Bermula saya bekerja dan 'earn my own money'.. hobi ini semakin meluas dan tidak terkawal.. Hahaha! Pantang 'window shopping', pasti akan ada beg kasut yang saya bawak pulang. Sampaikan arwah ibu saya pernah berkata yang kereta comel saya adalah stor kasut saya.. sebab apa tau, dalam bonet bukan ada barang lain, tapi semua koleksi kasut saya, belum lagi di rumah. Hihiihi, miss my mother.. Itulah Fakta pertama saya..


#FaktaKedua : Saya amat suka TRAVELLING.

Ini adalah aktiviti yang tenang, damai dan mampu menghilangkan masalah. Tidak kira dekat atau jauh, saya amat suka berjalan-jalan kerana bagi prinsip saya.. Jauh perjalanan luas pengalaman. Tidak kira dalam Malaysia atau Luar Malaysia. Untuk ini, jika travelling ke tempat yang di luar Malaysia, suami dan saya akan menabung dr bulan ke beberapa bulan untuk kos keseluruhan. Aktiviti ini dari saya sebelum berkahwin sehingga berkahwin tetap menjadi pujaan hati saya. Mendaki Gunung Kinabalu pada tahun 2001 adalah kenangan paling manis saya rasai, sangat indah dan sangat puas hati bagi saya yang menyukai aktiviti lasak. Saya juga suka aktiviti bukan lasak, makna kata semua saya suka lah kalau part travelling ni.. hihihi

 Seol, Korea
   




 Bandung, Indonesia


 Ho Chi Minh, Vietnam


 Perth, Australia


 Kundasang, Sabah


 Kundasang, Sabah




Sahabat since primary school


**Sebahagian Koleksi Aktiviti Travelling bersama-sama Keluarga dan Kawan-Kawan**

Yang penting, ikut kemampuan kita untuk meluaskan pandangan dan fikiran. Apa pun orang kata, ini adalah aktiviti yang sangat indah bagi saya. In shaa Allah dalam masa terdekat saya akan ke Madinah dan Makkah untuk ibadah umrah saya. Pegangan saya mudah, jika Allah swt ingin memanggil saya sebagai tetamuNya, masa itu akan sampai juga. In shaa Allah.


#FaktaKetiga : Saya dan Suami adalah pasangan Bongsu

Punyalah jodoh bertemu, rupanya saya dan suami adalah anak bongsu di dalam keluarga masing-masing. Bezanya seorang lelaki dan seorang perempuan.. tentulah kan, hahaha! Tapi karakter kami agak berbeza, suami seorang yang tidak banyak bercakap jika tidak mengenali seseorang, tetapi saya memang peramah jika bertemu dengan orang yang dikenali atau baru kenal. Pro n contra bukan, hihi. Suami juga bukanlah seorang yang manja sangat dan tidak mudah merajuk, tetapi saya amat manja dengan adik beradik dan rakan-rakan serta mudah je merajuk.. semudah ABC.. haha entah ape-ape kan.. hehe itulah perbezaan kami berdua..


 * Gambar semasa honeymoon di sebuah pulau tercantik di Malaysia

Mengikut teori daripada psikologi Barat Dr Kevin Leman mengatakan, jika bongsu bertemu bongsu hubungan ini akan menjadi sekiranya salah seorang daripada mereka boleh menjadi dominan.. Tetapi boleh jadi sebaliknya jika kedua pasangan bersikap terlalu mengharap pasangan mereka melayan mereka seperti anak kecil mahupun puteri raja.. Dan jangan terkejut jika mereka sentiasa menyerah kepada pihak ketiga untuk membuat keputusan ataupun mengatur hubungan mereka. Wallahualam.. ape pun, bagus jugak dua-dua bongsu sebab kami selalu mendapat perhatian daripada keluarga.. hihiii..

Inilah antara Fakta Menarik mengenai saya yang ramai tidak tahu, terima kasih kerana sudi membaca entri saya kali ini. 

Jom teruskan membaca entri saya mengenai Percutian Idaman yang sangat mengujakan..
Klik sini Percutian Idaman.


*Jika anda berminat dengan Shaklee, boleh hubungi saya di sini..


Zainora Hayari 016-5215057
  Shaklee Independent Distributor 
 Ipoh, Kuala Kangsar, Gopeng, Kampar, Perak.

Monday, October 6, 2014

10 TEMPAT PERCUTIAN IDAMAN DI ISTANBUL, TURKI

KENAPA ISTANBUL, TURKEY?

Percutian idaman saya selepas ini semestinya Istanbul, Turkey!! Istanbul aku datang!! Tak sabar rasanya nak menjadikan ianya kenyataan.

Istanbul merupakan salah satu bandar terbesar di Turkey. Turkey menjadi idaman pemerintah zaman dahulu untuk menjadikannya jajahan takluknya termasuklah empayar Rom. Istanbul atau Constantinople namanya satu ketika dahulu terbahagi kepada dua bahagian, satu sebelah Eropah sementara satu lagi sebelah Asia yang dahulunya dikenali sebagai Anatolia ataupun Asia Minar. Kota ini terletak antara dua laut iaitu laut Hitam dan laut Marmara di samping selat Bosphorus.

Kota Istanbul terdapat kira-kira 20 juta penduduk, 3 peratus tinggal di bahagian Istanbul sebelah Eropah atau Barat sementara bakinya 97 peratus mendiami sebelah Asia. Setiap hari bekerja lebih 6 juta rakyatnya dari Asia akan menyeberani selat Bosphorus untuk bekerja di sebelah bahagian Barat.

Baiklah, sedikit mengenai sejarah Istanbul dan Turki itu sendiri. Berbalik kepada percutian idaman saya, kenapa Istanbul, Turki menjadi senarai pertama saya untuk bercuti selepas ini. 

Yes, pastinya tempat-tempat menarik yang ada di dalamnya. Kita tengok satu persatu. 


Tempat Pertama - Masjid Biru




(bahasa Turki: Sultanahmet Camii) adalah masjid bersejarah di Istanbul, bandaraya terbesar di Turki dan ibu negara Empayar Uthmaniyyah (dari 1453 hingga ke 1923). Masjid ini adalah salah satu dari beberapa buah masjid yang dikenali sebagai Masjid Biru oleh kerana jubin birunya menghiasi dinding di bahagian dalamnya. Ia dibina di antara 1609 dan 1616, sewaktu pemerintahan Ahmed I. Seperti banyak masjid lain, ia mengandungi suatu kubur penemunya, sebuah madrasah dan sebuah hospis. Masjid Sultan Ahmed telah menjadi salah satu dari tarikan pelancong yang terhebat di Istanbul.



Tempat Kedua - Istana Topkapi 

Istana Topkapi adalah istana di Istanbul, Turki, yang merupakan kediaman resmi kesultanan Utsmaniyah atau dikenal juga dengan sebutan kekaisaran Turki Ottoman selama lebih dari 400 tahun (1465-1856). 

Pembangunan Istana Topkapi ini dimulai pada tahun 1459 atas perintah Sultan Mehmed II. Kompleks Istana Topkapi terdiri dari empat lapangan utama dan banyak bangunan-bangunan kecil. Pada puncaknya, istana ini dihuni oleh 4.000 orang. 

Masih di lingkungan Istana Topkapi, juga ada peninggalan sejarah khususnya sejarah Islam, benda-benda yang pernah dipakai Nabi Muhammad Saw. Para pengunjung seperti dibawa ke zaman Rasulullah Saw dan para sahabatnya. Berbagai peninggalan itu ditempatkan di dalam suatu ruang khusus yang terpisah dari Istana Topkapi. Ruangan itu bernama Paviliun Relikui Suci. Lebih menarik lagi, sepanjang dan selama para pengunjung melihat barang-barang bersejarah itu kita bisa mendengar alunan bacaan Al-Quran oleh 24 orang Hafiz Quran secara bergantian 24 jam nonstop. Dan bayangkan, lantunan ayat suci itu sudah berlangsung tanpa jeda sejak tahun 1517.


Tempat Ketiga - Muzium Rahmi M Koc



Tempat Keempat - Spice Bazaar



Pasar yang juga dipanggil Bazaar Mesir ini adalah hentian terakhir karavan yang datang melalui Laluan Sutera dari China. Ia juga merupakan pasar rempah paling penting untuk Istanbul. Namun begitu, lokasinya sebenarnya ialah di Beyoglu. Ia dipindahkan ke sini sewaktu demonstrasi anti-Greek kerana Perdana Menteri ketika itu dikatakan tidak mahu restoran kegemarannya dimusnahkan oleh perusuh. 

Jika Grand Bazaar tempat membeli permaidani dan pelbagai kraf, Bazaar Rempah (Spice Bazaar) pula tempat ada membeli cenderamata boleh makan seperti saffron, kopi dan teh bunga hinggalah kepada wangi-wangian seperti sabun dan minyak pati. Pasar kedua terbesar di Istanbul selepas Grand Bazaar ini dikatakan adalah antara pasar rempah dan herba terbesar di dunia. Ia juga tempat terbaik untuk melihat kepelbagaian makanan dunia disamping makanan dan rempah ratus tempatan. Kita juga akan dapat melihat saffron dari Iran, teh bunga dari China dan kaviar dari Russia di dalam kedai-kedai di sini.



Tempat Kelima - Cappadocia



Cappadocia sebenarnya terkenal kerana belon udara panasnya dan pemandangan yang berbatu. Memang sangat cantik dan kalau sudah sampai cappadocia ini jangan lepaskan peluang untuk mencuba belon udara panasnya. Kebiasaan belon udara panas ini akan membawa lebih kurang 10 hingga 30 orang pada satu-satu masa. Manisnya Cinta di Cappadocia lakonan mantap Shaheizy Sam dan Fazira. Best tengok scenery di situ dan dapat naik belon panas. Bestnya! 



Tempat Keenam - Pamukkale


Inilah tempat yang ditunggu-tunggu oleh saya untuk lawati. Teruja sangat jika sampai di sini, sangat-sangat cantik dan memang akan berendam di sini suatu hari nanti, Jadi untuk tempat idaman ini, panjang sikit lah saya ulas okey.. hehehe

Keindahan Taman Kapas Di Bumi Turki..Jom Kita Tengok..
Ada sebuah tempat pelancongan menarik di Turki yang disebut istana kapas (cottoncastle), atau dalam bahasa Turki ”Pamukkale”. Lokasinya di Wilayah Denizli, di lembah Sungai Menderes, merupakan laman web alam berisi air panas. Bentuknya menarik,berupa teres mineral karbonat. Kota Greek-Rom dan Byzantine kuno Hierapolis dibina di atas ”istana” putih ini.Panjangnya sekitar 2.700 meter (8.860 kaki), dengan lebar 600 m (1.970 kaki) dan tingginya 160 m (525 kaki)

Pelancongan di tempat ini sudah terkenal sejak ribuan tahun lalu. Banyak orang yang menggunakan kolam ini sebagai mandi-manda. Namun, baru-baru ini sejak pertengahan abad ke-20, hotel dibina di atas runtuhan Heropolis, yang secara tidak langsung sebenarnya menyebabkan kerosakan pada Pamukkale. Untungnya, ketika daerah itu dinyatakan sebagai situs warisan dunia, hotel-hotel yang ada akhirnya dihancurkan dan dijadikan kolam-kolam buatan.

Di Pamukkale juga terdapat muzium berisi sejarah artifak dari Hierapolis, artifak dari Laodiceia, Kolose, Tripoli, Attuda dan kota-kota lain dari Lycos (Çürüksu) lembah. Selain itu, koleksi muzium juga berisi artifak yang ditemukan di Beycesultan Huyuk yang mencakup beberapa contoh yang paling indah dari Zaman Perunggu.

Menurut lagenda purba, air di dalam tangki seperti ini boleh digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi, penyakit jantung, artritis, masalah peredaran darah, gangguan saraf, gangguan pencernaan, keletihan, penyakit mata, penyakit kulit dan gangguan pemakanan.

Di kawasan ini terdapat kira-kira 17 mata air panas suhu 35 darjah C hingga 100 ° C.

Tempat Ketujuh - Hargia Sophia 




Dari gereja menjadi masjid. Ramai yang sedia maklum mengenai sebuah binaan yang tersergam indah yang dikenali sebagai Hagia Sofia yang terletak di Istanbul. Namun tahukah anda semua sebelum menjadi masjid asalnya binaan ini merupakan sebuah gereja. Sebelum menjadi masjid, Hagia Sofia merupakan gereja bagi umat empayar Kristian Timur (Byzantine) yang dibina oleh Constantius, iaitu putera pemerintah Byzantine iaitu Constantine Agung. Gereja ini dari dahulu seringkali dibaikpulh akibat dilanda gempa bumi.

Ketika Konstantinopel jatuh ke tangan tentera Islam di bawah pimpinan Sultan Muhammad II bin Murad II Turki Usmani (yang terkenal dengan julukan ‘al-Fatih’/sang penakluk) pada tanggal 27 Mei 1453.

Ketika memasuki kota itu, al-Fatih turun dari kudanya dan melakukan sujud syukur kepada Allah SWT. Lalu beliau pergi ke Gereja Hagia Sofia dan memerintahkan untuk mengubahnya menjadi Masjid yang terkenal dengan nama Masjid Aya Sofia. Nama Konstantinopel akhirnya beliau ganti menjadi Islam Pol yang bermaksud Kota Islam yang ucapannya akhirnya berubah menjadi Istanbul


Tempat Kelapan - Galata Bridge



Di Istanbul, tempat menarik yang wajib singgah adalah Galata Bridge. Jangan salah faham, Galata Bridge adalah bukan jambatan biasa seperti jambatan-jambatan yang selalu kita lihat. Apa yang menarik tentang Galata Bridge ini adalah restoran-restoran yang berada dibawahnya. Apa kata kalau dah singgah di Galata Bridge, cuba untuk makan di restoran dibawah jambatan dan menikmati pemandangan luas terbentang merentasi Teluk Gordon Horn. Menarik kan.



Tempat Kesembilan - Ephesus Ancient City


Kota Purba yang telah musnan. Kota purba zaman silam yang teletak 3km daripada bandar Selcuk. Selcuk tiada bezanya dengan bandar-bandar lain di Turkey. Tetapi disini banyak kesan-kesan sejarah Rome yang boleh dilihat terpelihara sehingga ke hari ini.

Ancient City of Ephesus.  Didalamnya terdapat apa yang di namakan sebagai Basilica, Theatre, Roman Bath dan Necropolis. Dalam kawasan Ephesus ini terdapat tapak2 sejarah yg. penting seperti Celsus Library, Coliseum, House of Mary dan yg. seangkatan dengannya. Tiket TL 30! 

Di kota Ephesus ini jugaklah letaknya gua yang menjadi tempat peraduan Ashabul Kahfi selama lebih dari 300 tahun. Dikatakan ada 3 buah gua yg. dipercayai mempunyai ciri2 yg. diterangkan dalam Al-Quran: Ephesus, Jordan & Syiria. Namun tempat sebenarnya hanya Allah yang lebih tahu. 



Tempat Kesepuluh - Miniaturk


Inilah antara tempat-tempat yang saya ingin lawati di Turki. Semoga menjadi kenyataan! :-). Perancangan saya adalah tahun hadapan cuti sekolah atau cuti semester Politeknik. Amin, semoga menjadi kenyataan.


Jika anda ingin sebarang konsultansi percuma mengenai vitamin tambahan yang diperlukan, tanpa segan silu moh pm atau call saya di sini, saya sedia membantu anda. 



Zainora Hayari 016-5215057
  Shaklee Independent Distributor 
 Ipoh, Kuala Kangsar, Gopeng, Kampar, Perak.


Saturday, October 4, 2014

Salam Eiduladha

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.. Laailahaillallah huwallah huakbar..
Allahuakbar walillah hilham.. 

Takbir di malam Eiduladha untuk sekalian umat Islam di muka bumi ini.. Bisa mencetuskan 1001 perasaan di dalam diri kita, syahdu, sebak, sayu, dan pelbagai rasa yang hanya empunya diri merasakannya.. 


“Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat karena Tuhanmu, dan sembelihlah haiwan ( qurban). Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus” (QS. Al-Kausar : 1-3) 

Salah satu bukti bahawa seorang mukmin telah lulus cubaan dalam nikmat harta kekayaan adalah ia dengan ikhlas mengunakannya untuk ibadah haji. Sehingga bagi orang demikian akan memperoleh haji yang mabrur. Sedang haji mabrur pahalanya hanyalah surga, sebagaimana sabda Nabi SAW : 

“Orang yang dapat mencapai haji yang mabrur tiada pahala yang pantas baginya selain surga”. (Al-Hadis).




Kisah ketika Nabi Ibrahim diperintahkan untuk menyembelih anaknya Ismail, telah menjadi tradisi turun-temurun bagi umat muslim. Nabi Ibrahim yang sulit untuk menyembelih anaknya sendiri, mengabaikan perasaannya itu demi menjalankan dan mendekatkan diri kepada Sang Pencipta Allah swt. Nabi Ibrahim diperitahkan oleh Allah swt untuk mengorbankan Ismail lewat mimpi. Nabi Ibrahim yang gundah gulana akhirnya menceritakan mimpinya kepada isterinya. Jika memang itu merupakan perintah Allah, maka laksanakanlah!

Kesungguhan dan keihklasan Nabi Ibrahim menjalankan perintah Allah, dibalas dengan pergantian Ismail dengan haiwan kurban. Hingga akhirnya Ismail pun tidak jadi disembelih. Keteguhan dan kesabaran Nabi Ibrahim telah memberikan kesedaran bahwa Allah memiliki jawapan atas segala perintah yang Ia berikan. Allah dengan segala maha kesempurnaanNya memiliki alasan tertentu dalam setiap ujianNya kepada manusia.

Dari keteguhan dan ketabahan hati Nabi Ibrahim. Umat muslim dapat menarik tiga tujuan penting makna berqurban. 




Pertama, makna berkurban iaitu mendekatkan diri kepada Allah swt. Berkurban bererti kesunggguhan manusia dengan menyerahkan segalanya kepada Sang Pencipta. Seperti halnya Nabi Ibrahim yang mengikhlaskan Puteranya yang paling ia cintai untuk dikurbankan, merupakan wujud penyerahan dirinya kepada Allah swt.

Kedua, dengan berkurban manusia diajarkan untuk berkongsi kepada mukmin lain yang kurang mampu. Seperti hal yang telah dipaparkan sebelumnya. Allah swt selalu mempunyai alasan untuk memerintahkan manusia berkurban. Dengan adanya kurban kaum muslim yang kurang mampu ikut merasakan indahnya islam dengan adanya kurban.

Ketiga, dengan berkurban keikhlasan manusia diuji, diuji dari sifat tamak dan rakus akan harta dunia yang disenangi. Kurban bererti memberikan apa yang kita cintai dan kita sayangi, dalam hal ini ialah harta yang kita miliki, iaitu dengan cara berkurban.






Semoga dengan ibadah Qurban yang kita laksanakan setiap tahun ini dapat mengikhlaskan, menyucikan dan membersihkan hati, jiwa dan raga kita hanya untuk keredhaan Allah swt. 

Sesungguhnya redha Allah itulah yang kita cari untuk kita mendapat tempat yang terbaik disisiNya. 

Salam Eiduladha kepada semua pembaca blog saya. Saya sentiasa mendoakan semua keluarga, saudara mara dan rakan-rakan semua mendapat Rahmat dan Redha Allah swt. Amin! 

Thursday, October 2, 2014

MERAWAT RESDUNG DENGAN BERKESAN

ANDA kerap batuk, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung pula rasa berair dan tersumbat. Anda terasa yang anda demam. Apabila ubat-ubatan yang diambil tidak meredakan gejala-gejala demam biasa, bangun pagi akan mulai diiringi dengan sakit kepala dan rasa berat pada bahagian muka.

Selepas doktor mendengar sejarah gejala, memeriksa bahagian muka, dahi dan mungkin menjalankan sinaran-X pada bahagian sinus, anda disahkan menghidap penyakit sinusitis. Di kalangan masyarakat setempat, ia lebih popular sebagai resdung dan sangat biasa terjadi di kalangan rakyat negara ini. 

Resdung atau sinusitis merupakan satu masalah yang sangat lazim di seluruh dunia. Jika kita membuat ujian untuk penyakit resdung pada 10 orang normal, ujian tersebut akan mendapati bahawa 8 dariapda 10 orang tersebut ada mengalami masalah sinusitis ringan yang tidak perlu akan apa-apa rawatan. Di Malaysia, dianggarkan bahawa antara 60 hingga 65 peratus rakyat negara ini mengalami masalah resdung. Walaubagaimanapun, daripada jumlah ini kurang daripada 50 peratus sahaja yang datang untuk mendapatkan rawatan dan ramai yang tidak mahu berjumpa doktor untuk pemeriksaan kerana menganggap gejala sinusitis yang mereka alami hanyalah sekadar selesema atau alahan yang biasa-biasa sahaja.



Sebenarnya, penyakit resdung atau sinusitis adalah satu penyakit yang sukar untuk diatasi dan dihadapi oleh ramai orang termasuklah orang dewasa mahupun kanak-kanak. Menurut perubatan moden, resdung atau sinusitis merupakan keradangan yang berada di lapisan membran yang meliputi dinding ruang sinus. Ruang-ruang sinus pula merupakan beberapa ruang kosong yang berisi udara dan terletak di tengkorak di bahagian muka. Ruang tersebut turut diselaputi dengan mucus atau lendir dan mempunyai bukaan yang bersambung dengan kaviti (ruang) hidung. Dan punca berlakunya keradangan sinus selalunya adalah disebabkan oleh jangkitan kuman atau virus, alergik atau masalah sistem imun badan seseorang itu.


Aktiviti menyelam ataupun berenang merupakan antara beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko resdung selain asap rokok yang dikenal pasti sebagai pencetus radang hidung. Oleh itu, adalah sangat penting `mengharamkan' tabiat merokok di dalam persekitaran rumah mahupun kenderaan pesakit resdung, sekali gus mengelakkan tempat-tempat yang seumpamanya.


Serangan resdung berulang-ulang juga boleh berlaku. Puncanya mungkin disebabkan oleh faktor penyebab penyakit ini yang tidak dirawat sepenuhnya, lazimnya susunan tulang dalaman sinus yang tidak normal dan sempit. Dalam kes-kes begini, pembedahan endoskopi dilakukan. Pembedahan sinus endoskopi ini sama sekali tidak memerlukan belahan pada kulit kerana segala prosedurnya dilakukan di dalam rongga hidung. Sekiranya gejala resdung masih berterusan, kaedah baru ini akan dilakukan di mana rongga-rongga sinus terlibat akan dibuka menggunakan alat-alat khas di bawah penglihatan kamera skop.


Ini berbeza dari kaedah lama pembedahan di mana belahan terpaksa dibuat di sekeliling kawasan hidung. Walaupun begitu, gejala alahan hidung masih boleh terjadi selepas pembedahan dan hanya dapat dikawal melalui penggunaan ubat-ubatan. Cara terbaik untuk mencegah serangan resdung ialah dengan merawat gejala-gejala hidung dengan segera sebelum ia melarat. 


SIMPTOM RESDUNG
  • Batuk-batuk sehingga kerongkong dan anak tekak berasa gatal-gatal.
  • Telinga sering terasa tersumbat.
  • Lelehan air atau mukus keluar melalui hidung.
  • Gatal-gatal mata yang apabila digaru, semakin menjadi-jadi sehingga mengakibatkan masalah mata merah dan berair.
  • Bersin yang melampau dan terlalu kerap.
  • Simptom yang paling ketara adalah apabila hidung kerap tersumbat dengan lendir dan kahak sehingga amat sukar untuk dihembus keluar. Akibatnya, suara pengidap menjadi agak 'sengau' apabila berkata-kata.


PUNCA RESDUNG
  • Susunan tulang dalaman hidung yang sempit
  • Hidung bengkok
  • Mandi dan terjun di dalam air yang kotor
  • Jangkitan gigi atas
  • Ketumbuhan di dalam hidung
  • Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, maik dan kertas
  • Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.




KOMPLIKASI RESDUNG
  • Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
  •  Jangkitan otak (meningitis)
  •  Sakit tekak yang kronik
  •  Jangkitan tulang muka
  •  Memburukkan keadaan lelah
  •  Berdengkur yang kronik
  •  Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
  •  Alahan hidung atau hidung sensitif
  •  Selesema biasa yang melarat.


RAWATAN

Berdasarkan gejala pesakit dan hasil diagnosis, rawatan bersesuaian akan disyorkan.

  1. Antibiotik (10 hingga 14 hari bagi resdung akut)
  2. Ubat selesema
  3. Dekongestan; ubat titis atau semburan hidung
  4. Pembedahan hanya akan dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain tidak berkesan ataupun jika ada sesuatu yang menghalang sinus dan ia tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan.

Anda boleh juga mencuba set ini jika berminat, kerana ramai pelanggan kami telah mencuba set ini dan maklumbalas yang ditikberikan sangat positif. Rata-rata menyatakan bahawa "bersin setiap pagi dah tiada", "gatal-gatal hidung dan mata dah tak muncul lagi", "selsema juga cepat kering". Alhamdulillah syukur! Segalanya dengan bantuan Allah swt. Kita berikhtiar mencuba, set-set ini hanyalah vitamin supplement untuk badan kita sekaligus mempunyai tugas yg tersendiri di dalam setiap rongga badan kita. 





Zainora Hayari 016-5215057
  Shaklee Independent Distributor 
 Ipoh, Kuala Kangsar, Gopeng, Kampar, Perak.
        FB: http://www.facebook.com/Mummyqasehfahim/


Blog:https://qasehdaania.blogspot.com (mohon click at "Join This Site" ye)