Selamat Hari Raya Eidulfitri 1438
Salam Lebaran, Syawal 1438H.
Semoga kita semua diberikan kegembiraan dan kebahagiaan menjalani hari bahagia semua umat Islam di dunia. Bagi kami sekeluarga, kegembiraan meraikan hari kemenangan umat Islam ni amat berharga kerana dapat berkumpul bersama-sama seisi keluarga, saudara mara dan sahabat handal taulan.
Persiapan kami biasa biasa saja, cuma Sofa yg dah berusia 7 tahun kami tukar dengan yang baru. Sofa lama kami jual pada yang berminat.
Selepas ibu dan bapa kami meninggal, kami tetap teruskan tradisi berkumpul seisi keluarga. Rumah yg menjadi tempat berkumpul kami adalah di rumah kakak sulong saya, Pn.Haslena Hayari. Pagi-pagi selepas sembahyang Raya, semua akan berkumpul di sini, berjumpa, bermaaf-maafan dan berhari raya lah. hehe.
Gambar di bawah, di pagi Syawal berkumpul di rumah kakak sulong.
Seterusnya, kami menuju ke rumah Abang saya, En Zulkifli Hayari (anak kedua di dalam keluarga). Bergambar lagi kerja kami tau hahaha.
Ini gambar adik-beradik saya, cuma yang tiada abang ke dua yang beraya di Melaka (kampung isteri beliau). Dari kiri kakak sulong saya, sebelah saya kakak no 2, dan yang hujung sekali abang saya.
Seterusnya kami beraya di rumah nenek saya, sebelah bapak. Sekarang beliau berumur 90-an.. tak berapa sihat dah dan beliau tinggal di rumah Mak Su saya.
Kemudian, kami ke rumah makcik saya sebelah bapak.. unluckily beliau tiada di rumah. Kemungkinan beliau pergi beraya dengan keluarganya.
Sememangnya pagi Raya kami jika turn di Ipoh, kami adik beradik akan mengunjungi adik beradik sebelah Bapa dan Mak. Tanpa membuang masa, seterusnya kami semua ke rumah adik lelaki arwah mak, Cik Saer dan Cik Aminah.
Petang Raya 1, kami terus balik kampung suami pulak di Kuala Kangsar. Bertuah sbb kami ni satu Perak je, sorang Ipoh sorang Kuala Kangsar hihi.
Photoshoot kami seisi keluarga esok pagi Raya ke-2. Happening jugak mcm dkt Ipoh. Tengoklah bapa mertua saya.. handsome kan, hehe. Mak mertua pun x ketinggalan, berseri-seri duduk sebelah bapa. So, inilah kemeriahan kami di Hari Raya.
" Happiness is everywhere "
No comments:
Post a Comment