Baru-baru ni, saya ada menonton semula Filem Bollywood lakonan Amir
Khan.. sy sukakan karya beliau dan jugak beliau as actor, hihiiii. Kalau
kita masih ingat dalam sorotan filem "3 Idiots" pasti kita akan ingat
di mana satu watak yang bernama Ranchodas Shamaldas Chanchad yang cuba
mencabar autoriti pensyarahnya di dalam kelas. Maka pengetua kolej
tersebut, Viru Sahastrabdue menyuruh dia menjadi guru ganti bagi kelas
tersebut. Lalu Ranchodas menulis dua patah perkataan yang tiada
disebut dalam mana-mana buku kejuruteraan dan mengarahkan seisi kelas
mencari apakah makna dua perkataan tersebut. Hasilnya tiada seorang pun
dapat menemui maknanya, dan ternyata dua patah perkataan tersebut
hanyalah nama dua orang sahabatnya yang diubah agar berbunyi
kejuruteraan.
Menonton
filem 3 Idiots rasanya boleh membuatkan kita belajar banyak perkara.
Dalam filem ini dikisahkan 3 orang yang bersahabat akrab, sehingga pada
satu waktu mereka melalui banyak masalah bersama. Persahabatan adalah
yang utama. Selain itu banyak pelajaran yang boleh didapati di dalam
filem ini. Mencuba dan terus mencuba, memang dijadikan manusia itu dalam
keadaan lemah dan ingin mengetahui sesuatu yang baru, apatah lagi
perkara itu merupakan idea kebijaksanaan dalam perjalanan kehidupan.
Perkara yang dapat disimpulkan adalah sifat manusia yang diciptakan
Allah dengan rasa ingin belajar, mencuba dan berteori dengan sesuatu
yang baru dan tidak pernah dipelajari. Maka kerana itu hendaklah kita
merenung firman Allah Taala yang meminta kita agar "fasiru fil ardh"
iaitu berjalan di muka bumi melihat alam dan kesan akibat bila mana
manusia mula mendustakan Allah. Dengan itu manusia akan belajar,
berteori dan mengambil iktibar akan peringatan Allah Taala dalam setiap
perkara yang berlaku sepanjang singkapan alam kehidupan manusia.
ALL IS
WELL! Tak kira apa jua masalah atau ujian yang melanda, senyumlah...
Have fun. Senyuman kita mungkin dapat membahagiakan orang lain.
Zainora Hayari
Shaklee Independent Distributor
Ipoh, Kuala Kangsar, Gopeng, Kampar, Perak.
No comments:
Post a Comment