Tuesday, January 8, 2019

TIP DAN 9 CARA MENERAN BERSALIN DENGAN BETUL


“Eh, boleh ke bersalin tanpa jahitan? Macam tak percaya je. Apa agaknya tips mudah bersalin yang diamalkan oleh mereka?”




Sekali dengar, memang sukar dipercayai bahawa ada segelintir wanita yang berjaya melahirkan bayi secara normal tanpa memerlukan jahitan. Jahitan bersalin atau secara medikalnya digelar episiotomi adalah potongan yang dibuat pada perineum (antara jalan lahir bayi dan anus). Potongan ini dilakukan bagi membantu melebarkan laluan kelahiran bayi dan mengelakkan koyakan yang serius.


Ibu hamil yang sedang menunggu hari bersalin tentunya tidak dapat lari dari dihantui kebimbangan koyakan pada bahagian perineum atau digunting (episiotomi) ketika bersalin.
Mulalah terbayang besar mana akan terkoyak, berapa banyak jahitan akan dijahit dan macam – macam lagi. Kebiasaannya ibu-ibu akan panik dan lupa teknik – teknik yang dipelajari sebelum ini untuk meneran dengan betul ketika bersalin.

Kenapa koyakan perineum boleh menjadi banyak?

Episiotomi adalah kaedah memotong sedikit bahagian antara faraj dan lubang dubur ketika kepala bayi mula keluar dari faraj. Kaedah ini bagi memudahkan laluan bayi untuk keluar.
Tetapi tak semua ibu yang melahirkan perlu untuk menjalani episitomi ini. Biasanya doktor akan melakukan ke atas kes – kes seperti kelahiran sulung, kelahiran songsang, sebelum vakum atau forceps.

Image result for Episiotomi


Sekiranya doktor telah melakukan episiotomi, kita perlu menjaga dengan betul luka tersebut. Lebih – lebih lagi apabila ia melibatkan saluran darah. Pendarahan boleh menjadi banyak dan luka lambat sembuh.

Kebiasaannya risiko lain berkaitan episiotomi adalah seperti jangkitan kuman, darah beku, jahitan terbuka dan sakit semasa melakukan hubungan suami isteri.

Risiko seperti itu yang membuat ramai ibu hamil bertambah takut nak bersalin. Oleh itu amalkan beberapa tips ini :
  • Elakkan duduk atau berdiri terlalu lama.
  • Elakkan duduk bersila atau berbaring terlalu lama. Bangun sesekali dan berjalan – jalan dalam bilik.
  • Letakkan pek ais pada luka yang dijahit. Ais akan menyebabkan kawasan disekitar luka menjadi kebas dan pada masa yang sama akan mengurangkan sakit dan bengkak.
  • Tukar tuala wanita dengan kerap.
  • Biarkan faraj terdedah kepada udara dengan lebih kerap bagi membantu luka cepat kering.
  • Pastikan luka episiotomi kering setiap kali selepas mencuci bahagian kemaluan mahupun selepas mandi.
  • Rendam punggung dalam air suam yang dicampurkan dengan larutan antiseptic bagi membersihkan kotoran disekitar luka.
  • Ambil setiap hari suplemen zinc bagi mempercepatkan lagi penyembuhan pada luka.
  • Amalkan minum banyak air untuk mengurangkan masalah sembelit
  • Banyakkan makan makanan berunsurkan fiber
  • Amalkan senaman Palvic Floor. Buat senaman kegel secara rutin. Ia membuatkan luka cepat sembuh dengan mengalakkan perjalanan darah ke vagina. Buat 100 – 200 kali sehari. Anda akan dapat melihat perubahannya.
Pastikan tiada jangkitan kuman seperti kesakitan dan pembengkakan. Jumpa doktor sekiranya anda mengalami masalah seperti ini. Yang paling penting sekali jangan percaya pada mitos!

Mitos seperti minum banyak air akan menyebabkan peranakan berair atau makan sayuran akan menyebabkan angin adalah tidak benar sama sekali.

Minum air secukupnya penting kerana selepas 1 – 3 hari bersalin badan secara semulajadi akan membuang lebihan yang terkumpul semasa hamil dan ini akan membuatkan badan kekurangan air mendadak. Jika berterusan ibu akan sembelit dan kekurangan susu badan.


Bagaimana cara meneran yang betul DAN elakkan koyakkan yang besar?

Ketahui tip meneran dengan betul. Ia memang berguna :




1. Angkat kepala sehingga mencecah dada.
2. Mata pandang ke perut.

3. Tangan pegang pergelangan kaki.

4. Elakkan mengeluarkan suara ketika meneran. Simpan tenaga untuk meneran.

5. Jangan sesekali mengangkat punggung agar luka koyakan tidak menjadi besar pada vagina.

6. Tarik nafas dalam-dalam dan teran seperti keadaan membuang air besar. Pastikan anda tidak mengeluarkan nafas dengan kuat.

7. Teran sekuat-kuatnya selama yang boleh. Curi nafas dan sambung teran di setiap kontraksi.

8. Dengar arahan jururawat dan doktor.

9. Elakkan menjerit-jerit sebaliknya banyakkan berzikir dan mengingati Allah sehingga semuanya selesai.

 
Selamat mencuba kawan-kawan yang bakal bergelar ibu! Saya doakan semuanya selamat dan sihat proses bersalin masing-masing. Ameen.



**Kredit :
https://mamaqaireen.com/cara-meneran-dengan-betul-ketika-bersalin-supaya-tak-terkoyak-besar/
https://sinar.my/viral/inspirasi/9-teknik-meneran-ketika-bersalin-untuk-para-ibu

No comments: