Monday, May 29, 2017

10 KEBAIKAN BERPUASA UNTUK KESIHATAN

10 Kebaikan Kesihatan Bila Berpuasa

 

Image result for kelebihan berpuasa untuk kesihatan


Berikut adalah antara 10 kebaikan atau manfaat kesihatan bagi mereka yang berpuasa.

Kurang berat:  
Saya rasa kebanyakkan di kalangan anda akan kurangkan berat badan dalam bulan ramadhan? Kenapa? Kerana susah untuk memenuhi keperluan kalori seharian dengan tiga hidangan (berbuka, makan malam dan sahur).     

Kawalan diri: 
Puasa mengajar kita untuk mengawal pelbagai godaan kehidupan termasuk nafsu makan, merokok dan lain-lain. Dalam usaha anda untuk kawal berat badan, kawalan nafsu makan memang mustahak.    

Kurangkan gula darah.  
Ini kerana pengambilan gula (glukos) yang tersekat dari sahur hinggalah berbuka (lebih kurang 14 jam), ini menstabilkan bukan sahaja glukos darah tapi juga tingkatkan kepekaan (sensitivity) insulin.   
 
Kolesterol: 
Bantu dalam kurangkan kolesterol LDL (low density lipo-protein) dengan meningkatkan kolesterol HDL (high density lipo-protein) dan juga dengan kurangnya berat badan sepanjang bulan puasa.

Kurangkan tekanan darah: 
Puasa memang sesuai untuk kurangkan hypertension (tekanan darah tinggi). Pengurangan tekanan darah adalah hasil gabungan 1) tahap insulin yang lebih rendah 2) glukos darah yang lebih konsisten dan kekurangan water retention.

Ubah gaya hidup: 
Tanpa kewajipan berpuasa, saya rasa memang sukar untuk kita mengubah tabiat-tabiat buruk. Puasa sebulan memberikan peluang keemasan untuk membuang tabiat-tabiat yang kurang elok seperti merokok, makan berlebihan dan lain-lain. 

Rehat: 
Ini penting. Lantas kehidupan dunia ini makin pantas dan jarang memberi ruang untuk kita rehatkan badan. Puasa bukan sahaja rehatkan sistem penghadaman tapi juga dapat rehatkan minda dan badan. Saya sendiri gunakan bulan puasa untuk berehat daripada aktitivi fizikal/senamam supaya beri peluang kepada badan untuk membaiki segala kecederaan ringan sepanjang tahun. 

Bantu buang ketagihan: 
Ingin buang tabiat merokok, minum kopi berlebihan dan lain-lain? Jangan sia-siakan peluang berbuasa sebulan untuk mengambil langkah pertama. 

Kawal stres:  
Ketenangan dan pengubahsuaian fokus utama kehidupan daripada duniawi kepada akhirat bantu kurangkan stres! Ibadat puasa, tilawah, berzikir yang dilebihan pada bulan puasa dapat mengalih fokus dan kurangkan stres dan sememangnya menyenangkan disamping dapat pahala, insyallah. 

Lain-lain:  
Selain kelebihan di atas, berpuasa sepanjang bulan ramadhan atau puasa sunat mempunyai pelbagai kelebihan lain untuk diri, kesatuan keluarga, mengeratkan silaturrahim dan lain-lain lagi.


http://qasehdaania.blogspot.my/

http://qasehdaania.blogspot.my/

http://qasehdaania.blogspot.my/



Selamat menunaikan ibadat puasa semua. Jom dapatkan set ini untuk kekal cergas dan kurang rasa lapar. Ramai pengguna kami berpuas hati dengan set ini, memang hot selling. Untuk penjimatan berganda-ganda, jangan malu segan untuk call saya ye.

 Zainora Hayari
016-5215057
Shaklee Independent Distributor
COD Ipoh, COD Sg Pulai, COD Kampar
Perak
        FB: http://www.facebook.com/Mummyqasehfahim/

PERKARA PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA



Image result for pERKARA Membatalkan puasa



Pertama : Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan dengan sengaja, sama ada daripada jenis makanan atau bukan makanan. Termasuk perkara ini ialah :

1) Menghisap rokok / tembakau, candu, dadah dan sebagainya. Dan menghisap (Nusyuk) melalui hidung.

2) Suntikan makanan atau menambah vitamin.

Kedua : Memasukkan sesuatu daripada dua jalan (Qubul & Dubur).

Ketiga : Memuntahkan makanan dengan sengaja.

Keempat : Jimak (Bersetubuh)


Sebagaimana Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w, katanya:
Celaka aku, wahai Rasulullah. 

Nabi s.a.w berkata:
Apakah yang mencelakakan engkau? 

Jawab lelaki itu: 
Aku telah bersetubuh dengan isteriku pada waktu siang di bulan Ramadan. 

Rasulullah s.a.w berkata: 
Sanggupkah engkau memerdekakan hamba? 

Jawab lelaki itu: 
Tidak sanggup. 

Rasulullah s.a.w berkata: 
Hendaklah engkau berpuasa dua bulan berturut-turut?

Jawab lelaki itu: Tidak mampu. 

Kata Rasulullah s.a.w: 
Adakah engkau mempunyai makanan untuk diberikan kepada enam puluh orang miskin?. 

Jawab lelaki itu: 
Tidak. 
Kemudian lelaki itu duduk, sekejap lepas itu datang seseorang kepada Nabi s.a.w dengan memberi satu bakul besar berisi tamar. 

Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: 
Sedekahkanlah kurma ini. 

Kata lelaki itu: Kepada siapakah? Kepada yang lebih miskin daripada aku? Demi Allah tidak ada penduduk kampung ini yang lebih berhajat kepada makanan selain dari kami seisi rumah. 

Nabi s.a.w tertawa sehingga terlihat gigi taringnya dan berkata: 
Pulanglah, berikanlah kurma itu kepada ahli rumahmu.  

(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Kelima : Keluar Mani dengan sengaja.
Dengan apa cara yang pada adatnya boleh membawa kepadanya. Atau dengan sengaja memandang, atau berfikir-fikir, cium, sentuh dan sebagainya. Akan tetapi sekiranya keluar kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.

Keenam dan  Ketujuh : Keluar darah Haid dan Nifas .

كنا نحيض عند رسول الله صلى الله عليه وسلم ثم نطهر فنؤمر بقضاء الصوم ، ولا نؤمر بقضاء الصلاة 

Maksudnya : Dari Aisyah r.a, katanya: Kami disuruh oleh Rasulullah s.a.w mengqada' puasa dan tidak disuruhnya untuk mengqada' sembahyang. (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

Kelapan : Gila.

Kesembilan : Murtad terkeluar daripada islam samaada dengan perkataan atau perbuatan atau keyakinan.

وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ

Maksudnya : Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat. [Surah Al-Baqarah, Ayat : 217]

Kesepuluh : Pengsan sepanjang hari ketika berpuasa .



SOAL-JAWAB PERKARA YANG MENJADI KEMUSYKILAN.



Apakah perkara-perkara yang membatalkan puasa? 
Perkara-perkara yang membatalkan puasa adalah seperti berikut: Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga badan yang terbuka dengan sengaja, kecuali kerana darurat yang berkaitan dengan kesakitan. Makan, minum dan merokok membatalkan puasa. Adapun suntikan ubatan tidak membatalkan puasa.  - Muntah dengan sengaja  - Mengeluarkan air mani  - Melakukan jimak (hubungan seks) pada siang hari  - Kedatangan haidh, nifas atau kelahiran bagi wanita  - Menjadi gila  - Pitam sepanjang hari  - Mabuk (yang menghilangkan daya pemikiran waras) sepanjang hari  - Murtad, iaitu keluar dari agama Islam

Adakah mimpi sehingga keluar air mani membatalkan puasa? 
Hadas besar yang disebabkan mimpi tidak membatalkan puasa, sama ada ianya berlaku sebelum atau selepas waktu sahur. Orang yang berhadas tersebut boleh meneruskan puasanya. Yang perlu hanyalah mandi junub. 

Saya telah bermimpi sehingga mengeluarkan mani pada siang hari bulan Ramadan, kemudian saya mandi junub. Adakah mandi junub tersebut membatalkan puasa saya?
Bermimpi sehingga mengeluarkan mani dan mandi junub tidak membatalkan puasa. Malahan, sekiranya termasuk air ke dalam telinga atau tertelan air ketika berkumur-kumur (sewaktu mengambil wuduk atau mandi) puasa tidak terbatal kerana ia dikira tidak sengaja. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengampuni umatku yang tersilap, terlupa atau dipaksa melakukan sesuatu.” (Riwayat At-Tabarani) 

Ada yang mengatakan berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung menjejaskan puasa seseorang. Sejauh manakah kebenaran pendapat ini? 
Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk adalah sunat. Bagi orang yang berpuasa pula, maka tidak boleh berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung dengan berlebihan. Sekiranya seseorang berwuduk dengan tidak kelebihan dan air itu termasuk ke dalam kerongkong, maka puasanya tetap sah. (Sila rujuk di atas). Samalah keadaannya jika dimasuki debu jalanan, debu tepung atau lalat yang terbang masuk ke dalam kerongkong. Semua ini dimaafkan kerana tidak sengaja. Namun, jika seseorang berkumur-kumur dengan berlebihan, ia boleh menyebabkan air masuk ke dalam kerongkong, dan jika ini berlaku, maka puasanya batal. 

Adakah seseorang yang sedang berpuasa itu boleh melakukan sukan renang? 
Berenang boleh menyebabkan masuknya air ke dalam hidung dan/atau telinga perenang. Jika air memasuki badan cara sedemikian,  adalah batal puasa seseorang. Dengan ini, sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang berpuasa dinasihatkan agar tidak berenang di siang hari Ramadan untuk mengelakkan dari terbatalnya puasa. (Sila rujuk soalan di atas) 

Apakah hukum menggunakan inhaler (bagi pesakit  semput) ketika berpuasa? 
 Antara perkara yang membatalkan puasa ialah kemasukan sesuatu ke dalam badan melalui rongga yang terbuka. Namun, kemasukan seuatu bahan seperti ubat inhaler di atas dasar darurat, yang berkaitan dengan kesukaran bernafas, dibolehkan syara’. Oleh yang demikian, penggunaan inhaler yang berpatutan tidak membatalkan puasa. 

Adakah suntikan “insulin” membatalkan puasa? 
Suntikan insulin bagi pesakit kencing manis tidak membatalkan puasa. Ini adalah kerana suntikan tersebut bukanlah melalui rongga yang terbuka dan tidak pula memberi sebarang kekenyangan atau kepuasan kepada si pesakit.

Saya pernah terdengar bahawa jikalau seseorang  itu berpuasa, dia dilarang ‘membersihkan’ telinga atau hidungnya. Samada menggunakan cotton bud ataupun jari. Kerana perbuatan itu akan membatalkan puasanya. Adakah benar?
Di antara sebab batal puasa adalah memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan yang terbuka dengan sengaja. Membersihkan telinga atau hidung tidak semestinya membatalkan puasa. Ia dibolehkan dengan  kadar yang sederhana dan berhati-hati. Contohnya, membersihkan telinga di kawasan yang tidak terlalu dalam. Namun, jika anda merasa ragu-ragu sekiranya perbuatan anda boleh membatalkan puasa, maka jangan lakukan dan bersihkanlah telinga dan hidung di waktu malam.

Adakah boleh saya menderma darah sewaktu berpuasa?
Menderma darah di dalam kuantiti yang sederhana dibolehkan dan tidak membatalkan puasa. Namun, pendermaan yang terlalu banyak sehingga menyebabkan kelemahan pada tubuh badan, sehingga tidak dapat menjalani ibadat puasa dengan baik, tidak digalakkan sama sekali. 


Sumber :
1)http://www.muis.gov.sg/cms/uploadedFiles/RamdanSG/FAQ%20Perkara%20yang%20Membatalkan%20Puasa_4_.pdf
2)http://www.e-mosque.com.my/ibadatfardhu/batal_puasa.html

Wednesday, May 17, 2017

KEBAIKAN DAN KEISTIMEWAAN COLLAGEN SHAKLEE POWDER

Penghasilan kolagen berkurangan dgn kadar 1.5% pd setiap tahun slps usia 25 tahun. Kesan mula dirasai dlm 10 tahun kemudian. Slps usia 45-50 tahun, badan akn kehilangan hampir separuh drpd kolagen yg ada. Semakin tua semakin berkurangan kolagen dlm badan.

Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis (sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik & pelembab kulit.

Shaklee Collagen yang terbukti dapat menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan. Bukan sebarangan collagen tau, Kolagen ikan merah dihidrolisis adalah yang terulung. Ia dianggap satu penyelesaian yang mudah, selamat dan ideal bagi membantu merangsang pertumbuhan kolagen dalam kulit. 


Image may contain: 1 person

TIADA KESAN SAMPINGAN dan TERBUKTI SELAMAT! 

In shaa Allah. 

Kelebihan dan Kebaikan Shaklee Collagen Powder

Keunikan Collagen Shaklee ialah ia bertindak dalam tiga cara. Tidak seperti kolagen yang lain yang hanya tertumpu untuk keanjalan sahaja. Tiga cara yang dimaksudkan tadi ialah :-
  • Keanjalan
  • Penghidratan
  • Antioksidan
Jika amalkan betul betul, hasilnya memang lumayan! Anda akan perasan perubahan pada tekstur kulit. Yang paling nampak pada muka lah kan. Ini antara testimoni pengguna yang telah amalkan Shaklee Collagen Powder

Nampak lah sebelumnya ada pigmentasi, kulit kusam dan textur kasar. Tapi selepas itu tona kulit lebih sekata, lebih gebu dan halus! Bintik bintik hitam pun sudah tiada lagi.

Ramai tertanya-tanya kan.. Perbezaan ESP dan Collagen Shaklee? Keduanya untuk cantikkan kulit, dan ianya juga senang untuk diminum.. ok, jom kita tengok serba sedikit perbezaan di antara ESP dan Shaklee Collagen Powder.

ESP = membekalkan asid amino utk pembentukan protein.
Collagen = sumber protein yg menampung simptom akibat kekurangan asid amino; terutamanya utk memperbaiki kulit, rambut gugur, penuaan & kekuatan tulang/sendi.

Kolagen shaklee merupakan satu2 nya kolagen paling halus dipasaran iaitu 1000 dalton. Jadi kolagen shaklee sangat mudah diserap. Bagi yang pernah mengamalkan kolagen, mereka akan dapat rasakan kesannya seawal 3 hari @ 3 sachet. Manakala untuk kesan yang optimum, esp perlu diambil secara berterusan selama 3 bulan.

Protein esp berfungsi untuk membina sel baru.
Manakala protein kolagen membantu memperbaiki sel yang rosak. Sangat bagus untuk memperbaiki sendi koyak & tulang rapuh.

Gabungkan kedua-duanya utk kesan yang sangat hebat dan bagus untuk kulit yang sihat, gebu dan bersinar.

Faham x kawan2x.. kalau ada yg x faham lagi dn perlu penjelasan lanjut.. boleh je call atau chat dgn saya ye.. free je kita discuss2 ni. 
 
 
TESTIMONI SHAKLEE COLLAGEN POWDER

Statistik Kesan Collagen Powder Shaklee









 Zainora Hayari
016-5215057
Shaklee Independent Distributor
COD Ipoh, COD Sg Pulai, COD Kampar
Perak
        FB: http://www.facebook.com/Mummyqasehfahim/


Tuesday, May 16, 2017

BAGAIMANA MERAWAT GASTRIK DENGAN BERKESAN

Selamat Pagi semua,

Sekarang ni ramai sangat yang kena gastrik, 2-3 orang students saya bila ditanya kenapa cuti sakit, jawapan gastrik, si Mira, si Aniq, Siti, Ina, rata-rata memberikan jawapan gastrik dan ulcer dalam perut. Uishhh, terkejut jugak. Patut la deme ni kurus-kurus, diet ke ape ke sampai selalu dapat gastric attack. Ape pun, cari lah remedi nya, usaha. 


Bagaimana Energizing Soy Protien (Shaklee ESP) boleh membantu Pesakit Gastrik?

Protein adalah makanan sel yang mana kita tahu 25% badan kita adalah protein, unsur kedua terbesar selepas air (75% badan kita adalah air).
.
Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter.
.
Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ianya mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian.
.
Begitu juga dari segi penyusuan susu ibu. Komposisi utama susu ibu adalah protein, diikuti dengan kalsium, dan barulah vitamin, mineral, lemak dan lain-lain. Esp membantu ibu membekalkan cukup nutrien kpd bayi. Apa tunggu lagi wahai cik adik, cik abang, puan dan tuan. Relakah sakit gastrik datang jika salah makan, lambat makan dan sebagainya? Usaha untuk merawat lebih baik daripada biarkan info ini berlalu begitu sahaja.


1. ESP (ENERGIZING SOY PROTEIN)


Dalam setiap hidangan ESP, kandungan karbohidratnya adalah 10 gram manakala kandungan gula adalah 9 gram. ESP juga merupakan kumpulan minuman yang mempunyai Indeks Glisemik yang rendah. Indeks Glisemik ESP adalah 39 sahaja. Indeks Glisemik menggambarkan kadar kecepatan gula dalam darah meningkat apabila kita makan sesuatu makanan. 



2. OSTEMATRIX


set gastrik shaklee 

Ostematrix ni kaya dengan kalsium yang bersifat alkali. Sama macam ESP, ia akan kurangkan keasidan perut. Sebab itulah kita disuruh meminum susu untuk kurangkan gastrik. Kalsium dalam susu akan neutralkan perut.




3. PEPPERMINT GINGER PLUS

Peppermint ginger plus untuk gastrik
Biasa kalau perut banyak angin, kita minum teh halia untuk keluarkan angin dari badan kan. Inilah khasiat produk shaklee ni. 



Ia membantu pencernaan dengan merangsang pengaliran cecair pencernaan semulajadi. Kandungan bahan bahan seperti  herba asli pudina, halia, jintam hitam dan jintan manis memberikan rasa nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut.

4. B COMPLEX

Vitamin b complex shaklee 

Pengambilan Vitamin B Complex Shaklee sememangnya mempunyai khasiat di dalam melegakan stress dan secara tidak langsung melegakan kesakitan. Lagipun ini adalah vitamin, makan ikut sukatan dan in shaa Allah tiada kesan sampingan. Jom kita tengok sedikit testimoni daripada customer: 

 


Ingin dapatakan set ini segera? Jom hubungi kami sekarang!


 Zainora Hayari
016-5215057
Shaklee Independent Distributor
COD Ipoh, COD Sg Pulai, COD Kampar
Perak
        FB: http://www.facebook.com/Mummyqasehfahim/


Thursday, May 11, 2017

BAGAIMANA MERAWAT KEMURUNGAN (DEPRESSION) DENGAN BIJI LABU

Biasa tengok bijik labu tak uolls? Kalau sesiapa pernah belah labu sebijik tu, korang akan nampak bijik2 putih atau kekuningan di tengah2 dalam sebijik labu tu. Orang tua tua dulu mesti akan keluarkan bijik labu tu dan keringkan ianya. Kenapa diorg buat mcm tu? Sebab lps tu boleh makan isi bijik labu tu, sedappp! Lemak2x kacang gitu. Rupanya, bukan rasanya sedap saje.. tapi khasiatnya banyak betul.. kalau tak kaji kandungan dan kebaikan bijik labu, mmg lah tak tahu. Okey, jom kita tengok apa bestnya bijik labu ni. 

 Image may contain: food and text

Bijik labu ni rupa-rupanya ianya penuh dengan vitamin E, K dan mineral seperti magnesium, zink, mangan, fosforus, besi dan tembaga serta antioksidan beta karotena dan lutei. 


Biji labu jugak mengandungi kompaun yang berkesan dlm melawan sel-sel kanser. Bahkan biji labu ini jugan boleh membantu menjadi perisai kepada pelbagai jenis kanser dan ianya mempunyai sifat anti-inflamasi. 


"Sebuah kajian di Jerman menunjukkan bahawa wanita yang melewati menopaus harus mengambil bijilabu setiap hari dan mempunyai peluang 23% lebih rendah terkena kanser payudara."


Minyak bijik labu juga berkesan dan berguna untuk digunakan pada masalah peningkatan kelenjar prostat. Minyak ini mengandungi fitokimia dan antioksidan yang boleh melawan radikal bebas dalam organisma dan menghalang pembentukan sel kanser.
Related image 
 

Biji labu ini juga boleh menjadi rawatan semulajadi yang sangat berkesan bagi menghapuskan cacing pita yang terdapat di dalam usus.


Kandungan L-trytophan yang terdapat di dalam biji labu sering dicadangkan dalam membantu merawat kemurungan. Fungsi ini sesuai dalam memberi manfaat kepada wanita menopaus. Mengambil 2 gm sehari selama 12 minggu telah menunjukkan peningkatan yang ketara dalam kepekatan kolesterol lipoprotein dan pengurangan dalam tekanan darah diastolik. Ia juga membantu melegakan gejala menopaus dengan pengurangan ‘hot flashes’, sakit kepala dan sakit sendi. 


Ramai sukar percaya bahawa biji labu dapat memberi kesan yang terbaik terhadap kesihatan prostat. Tapi biji labu ni boleh membantu mengecutkan prostat sebab biji labu mengandungi phytosterols, ia selalu digunakan untuk merawat di peringkat awal pembesaran kelenjar prostat atau BPH (Benign pristatic hypertrophy), ini disarankan oleh Jabatan Kesihatan Jerman. 


Sering masuk ke dalam diet harian, selain dapat memelihara hormon, ia juga boleh mencegah batu karang buah pinggang, mengurangkan gejala arthritis dan risiko osteoporosis, menurunkan kadar kolesterol LDL dan melindungi folikel rambut serta kesihatan mata. Biji labu ini juga boleh menjadi rawatan semulajadi yang sangat berkesan bagi menghapuskan cacing pita yang terdapat di dalam usus.


Tak hairan lah biji labu ni dikatakan "Superfood" kerana khasiatnya banyak utk badan kita. Susah sgt nk cari bijik labu ni? Senang aje kalau korang perlukan khasiat seperti yg saya ceritakan tadi ni, Nutriferon Shaklee mempunyai kandungan bijik labu ni. Senang utk di ambil, senang utk dibawa dan sesuai utk semua peringkat umur. Bagi meningkatkan tahap imun atau rintangan kepada penyakit, cubalah Nutriferon Shaklee. Nutriferon Shaklee adalah “immune booster” ciptaan pakar imun dari Jepun, Dr. Yasuhiko Kojima. 


No automatic alt text available.


Nak tahu khasiat mengenai Nutriferon, click link kt bawah ni.. nak tahu lg banyak, call atau pm sy k. http://bit.ly/2mM8xcX

Calling2x or pm2 ai ye 0165215057. Free Gift menanti anda yang menjadi AHLI dengan kami! Best kan!
Zainora Hayari
016-5215057
Shaklee Independent Distributor
COD Ipoh, COD Sg Pulai, COD Kampar 
Perak



Monday, May 8, 2017

CARA MENGHILANGKAN STRESS DENGAN MUDAH

STRESS





Siapa kt sini selalu mengalami stress?? 

Bangun pagi tempuh jammed.. stress! 

 Masuk keje boss bg task baru.. stress! 

Nak pergi lunch pun stress sbb tak tau nak makan ape, pendek kata semua stress la.. bahaya tau kalau asyik stress ni, cuba elak perkataan stress tu seharian. 




Bila stress, motivasi kita pun jadi rendah, nak buat kerja pun tak bermotivasi. Bahaya dan x elok utk bdn kita bila asyik murung, depresi, stress semua tu. 

Sedikit sebanyak cara untuk kita menangani stress dengan mudah:

  1. Sentiasa berbincang dengan orang tersayang ataupun yang paling rapat dengan anda hati ke hati mengenai tekanan yang anda alami 
  2.  Menyenaraikan satu-satu masalah di atas kertas sambil menuliskan pros dan kons juga penyelesaian kepada masalah tersebut
  3. Melakukan apa juga terapi yang anda suka seperti bershopping, pergi ke spa, bersukan, meluangkan masa bercuti bersama keluarga
  4. Merujuk kepada pihak yang bertanggungjawab atau yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam isu tekanan yang anda hadapi
  5. Meningkatkan kualiti pengetahuan dengan ilmu dengan banyakkan membaca supaya anda akan lebih terdedah kepada penyelesaian yang lebih berilmu dan memperluaskan pemikiran dengan pengalaman orang lain
  6. Menjaga kesihatan secara optima dengan menjaga kebersihan diri, menjaga waktu makan dan sebagainya supaya diri sentiasa terurus dan lebih bertenang


Korang tahu yang semua ini berkait rapat dengan aktiviti neurotransmitter atau pindahan maklumat antara sel-sel dalam otak. Penting sangat tau untuk kita menjaga neurotransmitter agar sentiasa seimbang. Bila well balance, baru la kita akan rasa lebih motivasi, semangat tinggi, bertenaga dan dapat beri tumpuan terhadap apa saje yg berlaku.

Saintis menemui SEROTONIN iaitu cecair baik yang ada dalam neuron transmitter dalam otak. Cecair ni dikatakan punca kepada kehidupan yang lebik baik, lebih tenang, lebih bermotivasi. Kekurangan cecair ni membawa kepada kemurungan, stress, dan macam macam yg berkaitan dengan psikologi negatif. Untuk mencapai ketenangan ni, serotonin ni perlu cukup ditambah dgn amalan zikir dan juga permakanan yang sihat.

Saintis juga temui asid amino bagus untuk penghasilan serotonin dalam otak nih. Tambahan lagi vitamin yang baik seperti lecithin, omega 3,  omega 6, vitamin b kompleks dan elektrolit yg mencukupi, dapat membantu untuk membuatkan otak kita lebih  cerdas, dan sentiasa tenang. 

Gambar di bawah adalah set dicadangkan untuk kekal cergas, tenang, positif, dan untuk kesihatan badan kita.

No automatic alt text available.

Sebab itu apabila orang sakit/pening kepala atau migrain, bagus sangat untk ambil/makan vitamin B Complex Shaklee. B Complex kami mengandungi kesemua 8 vitamin iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana yg dinyatakan di dalam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yg sama). 

Lecithin pulak bagus untuk otak dan memori kerana ianya dirembeskan oleh tubuh yang akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu. Leicithin ini juga bertindak sebagai "pembersih" salurdarah, pengambilan tambahan boleh membantu mengemulsi dan metabolisme lemak, kolestrol dan trigliserid di dalam tubuh. 

DHA dalam omega 3 bagus untuk memori dan elakkan alzeimer kerana Omega Guard Shaklee adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan, berbanding dengan produk omega yg bersepah di pasaran, Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. 1 sajian Omega Guard Shaklee dapat membekalkan 905mg-asid lemak omega-3 EPA dan HDA.

Banyak syarikat mendakwa produk mereka. Tetapi pada Shaklee, kami mempunyai bukti yang ada dapat lihat dalam lebih 100 kertas kerja saintifik, 90 daripada mereka yg disiarkan dalam jurnal ulasan selaras, yang membuktikan keberkesanan produk Shaklee. Seterusnya ia akan membantu kita untuk mendapat pemikiran yg tenang dan pemakanan yg seimbang akan lebih membuatkan diri kita lebih teratur dan baik.

Berminat dengan set set produk kami? Call/pm kami di 016-5215057.


Zainora Hayari
016-5215057
Shaklee Independent Distributor
COD Ipoh, COD Sg Pulai, COD Kampar
Perak
        FB: http://www.facebook.com/Mummyqasehfahim/