Monday, July 14, 2014

DIARI RAMADHAN

Diari ringkas ibadah puasa menurut sunnah :-
 

1. Bersahur

Sahur adalah amalan sunnah walaupun tidak wajib, tetapi amat digalakkan. Amalan ini adalah pembeza antara puasa Muslim dan puasa Yahudi. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : 

Pembeza antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur.” (Riwayat Muslim)

Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”  (Riwayat Bukhari)

 
Berakhirnya sahur ialah ketika masuknya waktu solat subuh, bukannya 10 minit atau beberapa minit sebelum azan subuh yang digelar waktu imsak. Sahur bermakna akhir malam, justeru praktikal sunnah bersahur adalah dengan dilewatkan. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : 


Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah tamar.” (Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi)

               


2. Niat puasa
Jangan lupa berniat puasa. Bermulanya waktu untuk berniat puasa fardhu ialah setelah masuk waktu solat Maghrib dan berakhir ketika azan subuh.
                        


3. Solat

Sepanjang hari berpuasa pada bulan Ramadan, jaga solat berjemaah dan banyakkan solat sunat.

               


4. Membaca al-Quran
Banyakkan juga membaca al-Quran dan berusaha untuk mengkhatamkan 30 juzuk, sama ada bersendirian atau berkumpulan (tadarus). Basahilah lidah dan sibukkan hati dengan kalam Allah.
                



5. Sedekah
Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w adalah manusia yang paling dermawan. Sifat dermawan baginda amat terserlah pada bulan Ramadan. Baginda s.a.w ditemui jibrail setiap malam pada bulan Ramadan, lalu baginda bertadarus al-Quran dengannya.   Rasulullah s.a.w memiliki sifat dermawan pada kebaikan lebih daripada angin yang berhembus. (Riwayat Bukhari)

                
 

6. Memberi makanan kepada orang untuk berbuka puasa.
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :  

Sesiapa yang memberikan iftar (berbuka puasa) kepada orang yang berpuasa, nescaya baginya seperti pahala orang yang berpuasa tanpa dikurangi daripada pahala puasanya sedikit pun.” (Riwayat al-Tirmizi)

 

7. Segerakan berbuka. 
Bersegeralah ketika berbuka puasa seperti yang dianjurkan Baginda s.a.w. Baginda bersabda yang bermaksud: 

Umatku senantiasa dalam kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa dan mengakhirkan sahur.”    (Riwayat Ahmad) 


8. Sunat berbuka dengan kurma.   
Cara berbuka puasa dengan kaedah sunnah ialah sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w. daripada Anas b. Malik r.a.:-
    
“Rasulullah s.a.w. pernah berbuka puasa dengan rutab (kurma basah) sebelum solat. Kalau tidak ada rutab, maka Baginda memakan tamar (kurma kering) dan kalau tidak ada tamar, maka Baginda meminum air; seteguk demi seteguk.” (Riwayat Abu Daud)
                          

9.Solat Tarawih. 
Solat sunat tarawih hanya ada pada bulan ramadan. Lakukanlah secara berjemaah di masjid dengan bilangan rakaat yang tidak terbatas selagi termampu kerana tidak ada had rakaat yang dibuat oleh Rasulullah s.a.w dalam solat malam sehingga ulama pun berbeza pendapat tentang bilangan rakaat tarawih bersama solat witir. Antaranya ada pendapat yang menyatakan 41, 39, 29, 13 dan 11. Semestinya rakaat yang lebih banyak bersama keikhlasan adalah yang terbaik.
                


     10. Iktikaf. 
     Ibn Umar r.a. meriwayatkan: 
      
“Rasulullah s.a.w. beriktikaf pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan.” 
                                                                         (Riwayatkan al-Bukhari). 
 
Pakej yang termahal pada musim Ramadan ialah iktikaf pada akhirnya sambil menghidupkan dengan amalan seperti solat, membaca al-Quran, berdoa, beristighfar, berzikir dan apa-apa sahaja bentuk amalan soleh.

Aisyah r.ha. berkata: 

“Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. apabila masuk 10 hari terakhir Ramadan, Baginda  akan mempertingkatkan amal ibadah, menghidupkan malam (dengan malam ibadah) dan mengejutkan ahli keluarga.” (Riwayat al-Bukhari)


 
11. Jauhi dosa dan maksiat. 
Sesungguhnya limpahan rahmat, berkat dan keampunan dosa dalam bulan Ramadan tidak terkira. Jadi awasi dan berusaha menegah diri daripada segala dosa dan maksiat zahir dan batin sepanjang melayari bahtera Ramadan kerana ujian keimanan tidak pernah kenal erti penat lelah.
                 


12. Cari ilmu. 
Lengkapkan diri dengan ilmu-ilmu asas puasa seperti rukun, syarat sah wajib puasa serta perkara-perkara yang merosakkan puasa. Kejahilan tentang ilmu tersebut boleh menjejaskan penerimaan puasa seseorang. Ramadan ialah sebuah madrasah tarbiah untuk menjadikan umat ini hamba yang taat lagi patuh serta menanamkan akhlak yang mulia dan terpenting maksud puasa iaitu membuahkan sifat ketakwaan yang merupakan sumber kejayaan di dunia dan sebaik-baik bekalan ke akhirat.
                 


Puasa ialah ibadah yang sangat agung sehinggakan Allah s.w.t. mengkhususkan ibadah ini hanya untuk Nya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Allah s.a.w. berfirman : ‘Semua amalan manusia adalah untuknya kecuali puasa. Puasa adalah untuk-Ku dan Aku sendirilah yang akan membalasnya.” (Muttafaq ‘alaih)

Ya Rahman, Ya Karim terimalah ibadat puasa kami dan puasa keseluruhan umat Islam! Amin.

Thursday, July 10, 2014

MENCEGAH DIABETES

 Ø§Ù„سلام عليكم dan Salam Ramadhan yang ke 12.. 

Pagi Jumaat yang barakah ini mari kita sama-sama berselawat ke atas Nabi junjungan kita semua Rasulullah s.a.w. dan mendoakan kesejahteraan saudara Muslim kita di Gaza yang sedang bertarung nyawa mempertahankan tanah dan hak mereka. 

Pagi ni saya nak kongsikan sedikit info mengenai penyakit DIABETES yang merbahaya jika tidak dirawat atau merawat. Jangan main-main ye dengan panyakit ini, nampak mudah sbb hanya mengenai GULA. Tapi tahukah anda, gula ini jugalah yang boleh menyebabkan kaki anda dipotong, luka tidak berkesudahan, bayi mati dalam perut, gout, rabun, stroke, sakit jantung, kebas-kebas kerana kerosakan pada saraf, hyperglycaemia dan banyak lagi kesan daripada kadar gula yang tinggi dalam badan seseorang.



https://www.facebook.com/Mummyqasehfahim


Bacaan glukose yang Normal dalam darah ialah kurang dari 5.5 mmol/L, apabila seseorang itu berpuasa dan kurang dari 7.0 jika diuji 2 jam selepas makan. Selepas 2 jam, kandungan gula akan turun kurang dari 6.0 mmol/L. 

Jika bacaan glukose melebihi daripada bacaan ini, kebiasaannya akan berlaku komplikasi mata, buah pinggang dan jantung. Oleh itu bacaan gula yang baik harus rendah iaitu kurang 5.0 mmol/L sebelum makan dan kurang 6.0 mmol/L selepas makan

Oleh itu, seseorang pesakit diabetes perlu tahu pengujian gula dalam darah adalah sebahagian daripada pengurusan diri mereka yang amat penting. Mereka harus mengetahui berapa kerap dan bila ujian pemeriksaan harus dilakukan. 



https://www.facebook.com/Mummyqasehfahim


Di sini, kami turut mencadangkan set kesihatan daripada Shaklee yang bagus untuk pesakit diabetes. Ini mungkin dapat membantu anda dalam usaha untuk menstabilkan kadar gula dalam badan. Di antaranya adalah :-

1- VIVIX
2- CoQ Health
3- ESP
4- Vitalea
5- GLA Complex
6- Zinc Complex
7- Vita C Sustained Released

Banyak testimoni yang sangat positif dan berjaya mengawal kadar gula daripada 21 kepada 11, 9, 7. Ini sangat bagus bagi mereka yang sudah mencuba pelbagai produk tetapi tiada kesan yang diinginkan.

Jika anda inginkan set 'budget', kami turut menawarkan set mengikut keperluan anda. Anda juga boleh mencuba dengan set ini.

1- VIVIX

Berminat? Nak ORDER? Jom click di sini Order Set STOP DIABETES



https://www.facebook.com/Mummyqasehfahim

https://www.facebook.com/Mummyqasehfahim

  Zainora Hayari 016-5215057
  Shaklee Independent Distributor 
 area Ipoh, Kuala Kangsar, Gopeng
               Kampar, Perak.
        FB: Mummyqasehfahim

Blog:https://qasehdaania.blogspot.com (mohon click at "Join This Site" ye)

Saturday, June 28, 2014

SELAMAT BERSAHUR 2014!

Salam Subuh kepada semua kawan-kawan saya yang membaca blog ini..
Makan apa tadi? As for me, Sahur Pertama ini alhamdulillah dapat berkumpul dan bersahur bersama mak dan bapak mentua di kampung - Kuala Kangsar. Bila balik kampung ni meriah la, sup ayam ada, taucu masak ikan ada, rendang ayam pun ada. So much blessing kan.. Nyum nyum!!




Sahur Pertama 2014 kami :-

1. Rendang Ayam

Lagi....

2. Tauchu Ikan

Dan..

3. Sup Ayam

Dan akhir sekali..

4. Sup Sawi Putih

Alhamdulillah, kenyang syukur dengan rezeki sebelum subuh ini. Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa tahun ini dengan sempurna ye. 




Monday, June 23, 2014

MENCEGAH KOLESTROL TINGGI

Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah Manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.

Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil “chylomicron”.


** chylomicron = Kolestrol bersalut proetein **


Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).

Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.

Pembunuh Utama - Serangan Jantung

Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung apabila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.

Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil “atherosclerosis”, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung dan akan menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil “atherosclerosis”.



**Saluran darah yg normal 
**Saluran darah telah membentuk plak kolestrol
**Saluran darah menjadi sempit sehingga blok darah dan oksigen ke otot jantung

Pencegahan bermula daripada makanan. Namun jika kita tidak mampu mengawal jumlah kalori yang diperlukan oleh badan seharian, cadangan kepada supplement yang sesuai turut membantu di dalam pencegahan ini. Antara yang dicadangkan oleh kami adalah Set Shaklee ini :-


Phytocol-ST!!

Terbaru daripada Shaklee mengkhusus kepada masalah kolestrol tinggi. 

Apa fungsi Phytocol-ST ni ?

Ia adalah supplement yang mampu menurunkan paras kolesterol secara semulajadi. Ia membantu menurunkan paras LDL iaitu kolesterol jahat dalam darah kite. Istimewanya Phytocol-ST ni ialah ia mengandungi Fitosterol.


Ia mampu menurunkan paras kolesterol. Kolestrol yang tinggi menyumbang kepada masalah jantung yang akhirnya boleh membawa maut. Awas, paras kolestrol yang tinggi boleh membahayakan kesihatan! 

Berfungsi menghalang kolesterol daripada diserap kedalam salur darah walaupun bermula dengan jumlah yang minima, namun apabila kita kekalkan penggunaannya, in shaa Allah akan membantu.

Jom dapatkan segera dengan click pesanan anda di sini -- Order Phytocol


  Zainora Hayari 016-5215057
  Shaklee Independent Distributor 
 area Ipoh, Kuala Kangsar, Gopeng
               Kampar, Perak.
        FB: Mummyqasehfahim
Blog:https://qasehdaania.blogspot.com (mohon click at "Join This Site" ye)