Wednesday, March 21, 2018

CoQ-Trol Plus Shaklee. Manfaat Dan Kebaikan.

Salam dan salam sejahtera semua kawan-kawan. Hari ni saya nak share sedikit mengenai satu supplement yang sangat bagus untuk tenaga dalam sel.

CoQ-Trol Plus Shaklee! 

Apa itu CoQ-Trol Plus Shaklee? Produk ini adalah produk yang baru dilancarkan pada Januari 2018. Ianya ternyata memiliki kebaikan, manfaat dan keistimewaannya sendiri untuk jantung, otak dan hati. Coenzyme Q10 adalah komponen yang penting untuk penghasilan tenaga di dalam sel. Ia berada di dalam mitokondria, stesen janakuasa sel.





Coenzyme Q10 tinggi dalam sel otak, jantung, dan hati. Ia menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari. Ia juga adalah antioksida yang berkesan, melindungi sel daripada dirosakkan oleh radikal bebas. 

Walaubagaimanapun, tahap Coenzyme Q10 menurun apabila usia kita meningkat dan penggunaan statin untuk menurunkan kolesterol menyebabkan tahap Coenzyme Q10 semakin rendah di dalam tubuh. 

Dengan peningkatan tahap tenaga yang lebih baik, kita mempunyai lebih ketajaman mental, berasa lebih bertenaga dan dapat melakukan lebih banyak perkara dalam satu hari. Serlahkan kehidupan anda dengan Coenzyme Q10, penjana tenaga utama kita.


Coenzyme Q10 Foods - The 7 Richest Natural CoQ10 S


Percaya tak dengan pengambilan CoQ-trol Plus dalam botol pertama atau dengan konsisten akan menampakkan kesan positif untuk kesihatan anda?

1. Serangan Jantung
Satu kajian klinikal mendapati bahawa orang yang mengambil suplemen CoQ10 setiap hari dalam masa 3 hari selepas serangan jantung berkemungkinan kurang mendapat serangan jantung dan kesakitan dada.

2. Tekanan Darah Tinggi
Dalam satu kajian, selepas mengkaji 12 kajian klinikal, penyelidik menyimpulkan bahawa CoQ10 berpotensi untuk menurunkan tekanan darah sistolik sehingga 17 mm Hg dan tekanan darah diastolik oleh 10 mm Hg, tanpa kesan sampingan yang ketara.

3. Otot
Kajian menunjukkan bahawa CoQ10 boleh mengurangkan kesakitan otot yang berkaitan dengan rawatan statin.

4. Diabetes
Suplemen CoQ10 boleh meningkatkan kesihatan jantung dan gula dalam darah serta membantu menguruskan tekanan darah tinggi untuk orang yang ada menghidap diabetes.

5. Pembedahan jantung
Penyelidikan klinikal menunjukkan bahawa CoQ10 boleh mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, menguatkan fungsi jantung, dan mengurangkan kejadian jantung yang tidak teratur (aritmia) semasa fasa pemulihan pembedahan jantung.

6. Migrain
Sesetengah kajian menunjukkan bahawa CoQ10 mungkin mengurangkan kekerapan sakit kepala ini.


Rujukan:

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

==================================================
Jika anda berminat untuk vitamin dan supplement Shaklee atau berminat untuk menambah pendapatan, boleh hubungi saya bila-bila masa di sini:


1. LIKE fanpage Mummyqasehfahim Shoppe
    https://www.facebook.com/Mummyqasehfahim/

2. PM saya di FB, Zainora Hayari
    https://www.facebook.com/zainora.hayari

3. Emel: zainora_79@yahoo.com

4. SMS/Whatsapp saya di 016-5215057

 

No comments: