Wednesday, March 19, 2014

JERAWAT DAN PUNCA JERAWAT

JERAWAT
========
Jerawat atau acne vulgaris merupakan perkara yang biasa berlaku pada remaja yang akhir baligh disebabkan oleh perubahan hormon badan. Bagaimanapun jerawat yang teruk mungkin disebabkan oleh pelbagai sebab seperti jangkitan kuman (penyakit, alahan dan salah penjagaan kulit.)

Sekiranya jerawat berlaku dengan teruk, ia perlu dirawat untuk mengelakkan berlakunya parut yang berkekalan.

Jerawat adalah suatu keadaan di mana pori–pori kulit tersumbat sehingga menimbulkan ruang nanah yang merebak. Seorang pengkaji mengatakan rasanya tidak ada seorang pun di dunia ini yang melewati masa hidupnya tanpa jerawat.





PUNCA JERAWAT

Penting utk mengetahui penyebab dan punca jerawat yang hinggap di wajah.. jika ini terjadi, bukanlah sebab produk semata-mata. Jom kita baca info ini;

Penyebab dan Punca Jerawat;

(1) Jerawat di Dahi


Suhu/haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan mungkin terlampau letih dalam erti kata lain tekanan atau Stress.


Tips: Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air kosong dgn banyak.

(2) Jerawat di Hidung


Jika jerawat singgah dikawasan hidung mungkin haba perut yang tidak stabil dan sistem penghadaman yang bermasalah/sukar utk buang air besar.

Tips: Banyakkan makan buah-buahan/sayuran utk membantu sistem penghadaman bekerja dengan lebih baik. Kalau perut bersih, muka pun bersih.


(3) Jerawat di Dagu




Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah. Selalunya petanda utk datang period.

Tips: manjakan diri dengan bau-bauan aromeraterapi yang boleh membantu merelekskan dan mengimbangi hormon.


(4) Jerawat di Pipi


Berkemungkinan fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Juga berkait rapat dengan masalah paru-paru.


Tips: Amalkan gaya hidup sihat. Sentiasa lah berada dalam persekitaran yang bersih. Jauhi rokok dan asap rokok.

Shaklee mempunyai rangkaian produk yg sesuai dan sangat berkesan untuk masalah jerawat seperti di atas. Antara yang boleh disyorkan ialah :-



                          DAN/ATAU


Ke dua dua cadangan di atas boleh di ambil berasingan atau bersama-sama. Penerangan lanjut akan di berikan apabila anda berminat utk pm atau call kami. Segala tips, panduan dan maklumat penting akan diberikan secara percuma hanya untuk pelanggan kami.


Jangan ketinggalan, dapatkan daripada kami sekarang di :-

Click di sini untuk pesanan anda = Order Set Jerawat


          Zainora Hayari 016-5215057
   Shaklee Independent Distributor 
 area Ipoh, Kuala Kangsar, Gopeng, 
                 Kampar, Perak.
               FB: Mummyqasehfahim
  Blog:https://qasehdaania.blogspot.com 
      (mohon click at "Join This Site" ye)

Saturday, March 8, 2014

ALL ABOUT MH 370

Sesungguhnya semua rakyat di Malaysia amat merasai tragedi minggu ini.. Sedih, hiba, risau dan segala macam perasaan bercampur baur. Biarpun sebilangannya bukanlah saudara mara, tetapi di atas keprihatinan sesama manusia semua bersatu padu mengirimkan doa agar pesawat ini kembali semula. Pesawat MH 370 telah didapati hilang signal daripada radar yg berlepas daripada Kuala Lumpur menuju ke Beijing. Saya merasa amat sedih dan sebak, janganlah berlaku sesuatu yang buruk kepada mereka di dalam pesawat. 


Pihak berkuasa tempatan dengan bantuan daripada pihak berkuasa Vietnam, China, Singapore dan FBI US telah berganding bahu dalam misi mencari dan menyelamatkan pesawat ini. 
Semoga lebih banyak petunjuk diperolehi drpd siasatan yg dilakukan dan semuanya di dalam keadaan yang baik. Kami rakyat Malaysia tetap menyokong segala usaha yg dilakukan oleh pihak berkuasa Malaysia dan antarabangsa. 


We hope for the best!! Please come back! 😂

Tuesday, March 4, 2014

BAGAIMANA MERAWAT GASTRIK

Penyakit Gastrik atau Gastritis merujuk kepada keradangan pada lapisan dinding perut. Di dalam perut, terdapat satu lapisan mukus semulajadi yang melindungi dinding perut daripada bahan kimia berasid semulajadi yang sangat diperlukan untuk proses penghadaman makanan di dalam perut. Keradangan dinding perut berlaku apabila terdapat bahan asing yang menghakis lapisan mukus pelindung di permukaan perut.


Penyakit gastrik merupakan penyakit yang kian berleluasa. Alhamdulillah dengan izin Allah, penyakit gastrik boleh dirawat dan tidak seharusnya menyebabkan anda risau. Sebelum rawatan dimulakan, punca penyakit gastrik harus diketahui supaya kita dapat mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan kehilangan lapisan mukus pelindung perut.


PUNCA GASTRIK

Gastrik selalunya disebabkan oleh mengambil ubat-ubatan yang tertentu secara berlebihan. Ubat-ubatan tersebut adalah seperti ubat aspirin atau NSAID (non-steroidal anti-inflammatory). Selain itu, penyalahgunaan alkohol dan jangkitan bakteria Helicobacter pylori di dalam perut boleh menyebabkan proses keradangan dinding perut. Gastrik turut boleh disebabkan oleh anaemia, refluks hempedu, penyalahgunaan dadah, meminum racun, stres ekstrem dan jangkitan virus tertentu.



SIMPTOM GASTRIK

Ramai pesakit gastrik tidak mengalami sebarang simptom. Namun, kewujudan penyakit gastrik akan tetap menyebabkan kerosakan kepada dinding perut dan seterusnya menyebabkan kesan-kesan buruk yang lebih serius seperti pendarahan di dinding perut.

Selalunya, pesakit gastrik akan mengalami simptom seperti sakit perut, hilang selera makan, rasa loya dan muntah-muntah.

Jika penyakit gastrik bertambah sehingga berlakunya ulser perut dan pendarahan di dinding perut, pesakit boleh mengalami masalah najis berdarah yang berwarna hitam atau muntah darah.

Simptom tersebut menandakan penyakit gastrik itu sudah menjadi tahap yang sangat serius dan pesakit tersebut harus dibawa ke klinik atau hospital secepat mungkin.



RAWATAN MODEN

Sebelum rawatan gastrik dapat dimulakan, siasatan dan diagnosis harus dilakukan terlebih dahulu.

Ujian darah lengkap dilakukan untuk mengetahui sama ada pesakit kehilangan darah yang banyak atau anaemik.

Najis turut diperiksa untuk mengesan jika mempunyai sebarang kesan darah. Dalam sesetengah kes, kamera kecil perlu dimasukkan ke perut (endoscopy) untuk diagnosis yang tepat.

Malah, ujian kultur bakteria di dinding perut dilakukan untuk mengesan kehadiran bakteria H. pylori yang boleh menyebabkan keradangan dinding perut.

Rawatan moden gastrik memerlukan pesakit untuk mengelak daripada punca-punca sakit gastrik.

Sebagai contoh, jika penyakit gastrik berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan tertentu, maka pesakit harus berhenti mengambil ubat tersebut.

Kemudian, ubat anti-asid seperti Omeprazole dan Famotidine akan diberi kepada pesakit untuk bertindak terhadap kandungan asid yang berlebihan.

Jika didapati bahawa kuman H.pylori adalah punca utama gastrik, rawatan akan melibatkan pemberian ubat antibiotik untuk melawan jangkitan kuman tersebut.


RAWATAN GASTRIK DENGAN SHAKLEE



Ini adalah antara rawatan alternatif yang boleh kita ambil tanpa kandungan dadah dan sedatif yang tinggi. Bersama setiap vitamin dan minuman berprotein yang boleh membantu merawat pesakit gadtrik. Kita lihat testimoni pengguna Shaklee untuk rawatan gastrik ini. 



Menarik bukan? Jika inginkan maklumat, penerangan dan konsultasi percuma sangat digalakkan anda untuk menghubungi saya. Kita sembang-sembang sambil cuba membantu masalah anda. 😃

      Zainora Hayari 016-5215057
  Shaklee Independent Distributor 
 area Ipoh, Kuala Kangsar, Gopeng, 
               Kampar, Perak.
        FB: Mummyqasehfahim
Blog:https://qasehdaania.blogspot.com (mohon click at "Join This Site" ye)