Penyakit gastrik merupakan penyakit yang kian berleluasa. Alhamdulillah dengan izin Allah, penyakit gastrik boleh dirawat dan tidak seharusnya menyebabkan anda risau. Sebelum rawatan dimulakan, punca penyakit gastrik harus diketahui supaya kita dapat mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan kehilangan lapisan mukus pelindung perut.
PUNCA GASTRIK
Gastrik selalunya disebabkan oleh mengambil ubat-ubatan yang tertentu secara berlebihan. Ubat-ubatan tersebut adalah seperti ubat aspirin atau NSAID (non-steroidal anti-inflammatory). Selain itu, penyalahgunaan alkohol dan jangkitan bakteria Helicobacter pylori di dalam perut boleh menyebabkan proses keradangan dinding perut. Gastrik turut boleh disebabkan oleh anaemia, refluks hempedu, penyalahgunaan dadah, meminum racun, stres ekstrem dan jangkitan virus tertentu.
SIMPTOM GASTRIK
Ramai pesakit gastrik tidak mengalami sebarang simptom. Namun, kewujudan penyakit gastrik akan tetap menyebabkan kerosakan kepada dinding perut dan seterusnya menyebabkan kesan-kesan buruk yang lebih serius seperti pendarahan di dinding perut.
Selalunya, pesakit gastrik akan mengalami simptom seperti sakit perut, hilang selera makan, rasa loya dan muntah-muntah.
Jika penyakit gastrik bertambah sehingga berlakunya ulser perut dan pendarahan di dinding perut, pesakit boleh mengalami masalah najis berdarah yang berwarna hitam atau muntah darah.
Simptom tersebut menandakan penyakit gastrik itu sudah menjadi tahap yang sangat serius dan pesakit tersebut harus dibawa ke klinik atau hospital secepat mungkin.
RAWATAN MODEN
Sebelum rawatan gastrik dapat dimulakan, siasatan dan diagnosis harus dilakukan terlebih dahulu.
Ujian darah lengkap dilakukan untuk mengetahui sama ada pesakit kehilangan darah yang banyak atau anaemik.
Najis turut diperiksa untuk mengesan jika mempunyai sebarang kesan darah. Dalam sesetengah kes, kamera kecil perlu dimasukkan ke perut (endoscopy) untuk diagnosis yang tepat.
Malah, ujian kultur bakteria di dinding perut dilakukan untuk mengesan kehadiran bakteria H. pylori yang boleh menyebabkan keradangan dinding perut.
Rawatan moden gastrik memerlukan pesakit untuk mengelak daripada punca-punca sakit gastrik.
Sebagai contoh, jika penyakit gastrik berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan tertentu, maka pesakit harus berhenti mengambil ubat tersebut.
Kemudian, ubat anti-asid seperti Omeprazole dan Famotidine akan diberi kepada pesakit untuk bertindak terhadap kandungan asid yang berlebihan.
Jika didapati bahawa kuman H.pylori adalah punca utama gastrik, rawatan akan melibatkan pemberian ubat antibiotik untuk melawan jangkitan kuman tersebut.
RAWATAN GASTRIK DENGAN SHAKLEE
Ini adalah antara rawatan alternatif yang boleh kita ambil tanpa kandungan dadah dan sedatif yang tinggi. Bersama setiap vitamin dan minuman berprotein yang boleh membantu merawat pesakit gadtrik. Kita lihat testimoni pengguna Shaklee untuk rawatan gastrik ini.
Menarik bukan? Jika inginkan maklumat, penerangan dan konsultasi percuma sangat digalakkan anda untuk menghubungi saya. Kita sembang-sembang sambil cuba membantu masalah anda. 😃
Zainora Hayari 016-5215057
Shaklee Independent Distributor
area Ipoh, Kuala Kangsar, Gopeng,
Kampar, Perak.
FB: Mummyqasehfahim
Blog:https://qasehdaania.blogspot.com (mohon click at "Join This Site" ye)
1 comment:
I believe everything published made a lot of sense.
However, think on this, what if you added a little information? I
am not saying your information is not solid., however what if you added something that makes people
desire more? I mean "BAGAIMANA MERAWAT GASTRIK" is a little boring.
You ought to glance at Yahoo's home page and note how they create post titles to get viewers to click.
You might try adding a video or a picture or two to grab people excited about everything've written. Just my opinion, it might bring your posts a little bit more interesting.
Post a Comment