Wednesday, September 24, 2014

CARA MENINGKATKAN METABOLISME BADAN

Hari ni entri kita sangat menarik.

Bagaimana untuk kita tingkatkan metabolisme badan kita seharian. Seperti yang kita ketahui, badan kita akan mengalami perlambatan tingkat metabolisme mengikut umur. 

Jika kanak-kanak sangat tinggi kadar metabolisme mereka, manakala jika anda berumur di bawah 25 tahun.. kadar metabolisme anda juga masih kekal elok dan tinggi. 

Tetapi jika berumur 26 dan ke atas? Di tambah lagi untuk wanita yang sudah berkahwin dan telah melahirkan anak? Adakah anda di dalam kategori metabolisme yang mempunyai kadar semakin lambat? Perlu menjalani senaman yang agak lama? Betul tak? Setuju dengan saya kan.. Hehee

Baiklah, entri kali ini saya ingin perkenalkan minuman yg mudah dibancuh dan sangat senang dibawa ke mana saja. Minuman ini mampu meningkatkan kadar metabolisme kita seharian. 

Jika kadar metabolisme tinggi di dalam badan, tiada alasan untuk badan kita bertambah berat dan semakin berat. 

Ini dia saya perkenalkan, Cinch Energy Tea Mix!! Bancuh sahaja dengan air suam, air kosong atau air sejuk bersama ketulan ais.

Kadar pembakaran kalori atau lemak setiap individu adalah berbeza.
.
Rahsia untuk tingkatkan metabolisma badan adalah dengan mengamalkan Shaklee Cinch Tea Mix.
Antara kelebihan Cinch Tea adalah untuk tingkatkan metabolisma badan.
.
Waktu yang paling disarankan bagi mereka yang mahu kurus cepat adalah dengan ambil 1 sachet sebelum memulakan senaman.
.
Bila anda amalkan Cinch Tea untuk kurus, proses penurunan berat badan akan jadi lebih cepat.
Tapi bukanlah dalam sehari boleh hilang 5kg kan..
.
Antara sebab kenapa berat badan boleh turun adalah kandungan Cinch Tea Mix iaitu Teh Hijau ( Green Tea) tanpa gula yang membantu meningkatkan metabolisma badan anda.
.
Pakar Diet Sihat terkenal, Kevin Zahri juga menyarankan untuk mengamalkan teh hijau 4-5 kali sehari.
.
 

Memang sedap!! 
.
 

Terbaik! 


Cinch Energy Tea Mix


Cinch Energy Tea Mix dibancuh dengan ais

Shaklee Cinch Energy Tea Mix


Testimoni Pelanggan

 


Berminat? Hubungi saya di 016-5215057 untuk mendapatkan minuman bertenaga anda. Pasti anda gembira dengan perubahan positif ini.  


 Zainora Hayari
016-5215057
Shaklee Independent Distributor
COD Ipoh, COD Sg Pulai, COD Kampar
Perak
        FB: http://www.facebook.com/Mummyqasehfahim/











Sunday, September 14, 2014

RAWATAN GIGI SUSU

Hari ini, saya berkesempatan membawa Qaseh (anak sulong) berjumpa dengan Doktor Gigi di Klinik Kesihatan Pergigian Buntong, Perak. Nak dijadikan cerita pulak, kawan lama saya yang dah lama saya tak jumpa bertugas di sini. ALhamdulillah syukran, ketemu juge saya dengan kawan sekolah saya. Happy sangat pagi ni.. Hehehe

Ok, dari dalam kereta lagi Qaseh tak habis-habis bertanya kepada saya dan daddynye, sakit tak bila kita cabut gigi? Itu je lah soalan dia dari dalam kereta sehingga sampai ke pintu tingkat 2 klinik kesihatan. AKhirnya jumpa juga saya dengan Cik Mai kita, kawan sekolah lama saya. Lepas kami berbual _ lama jugak kot sebab excited jumpa kan.. hahaa, tibalah giliran Qaseh untuk membuat rawatan gigi susunya. Dah goyang pun gigi dia, even dah tumbuh pun gigi kekal dia dua batang.. itu lah yang merisaukan saya risau gigi Qaseh nanti tak cantik bila tumbuh nanti.. hikhik, selebihnya jom kita tengok gambar puteri saya dengan doktor giginya (kawan saya)..



** Baru duduk di kerusi



** Meninjau-ninjau ade ke tak picagari.. hakhakhak, nervous puteri saya ni..



** kawan saya sedang cuba bersembang dengan Qaseh



**gusi sedang di paste kan dengan perasa strawberry



** dah selesai cabut 1 batang gigi susu Qaseh, hihi



** mummy yg happy dengan Cik Mai kita..

Jom kita tengok info dulu apakah gigi susu dan susunannya..

Gigi susu akan lengkap 20 batang pada ketika anak berumur di antara 2 hingga 5 tahun. Gigi susu kebiasaannya akan rapuh atau tanggal bermula usia 6 tahun dan ke atas dan akan digantikan dengan gigi kekal. Ketika tempoh masa gigi susu ini, akan biasa kita lihat ada ruang di antara gigi mereka. Ruang ini bertujuan untuk memberi laluan kepada gigi kekal yang akan tumbuh, di mana kebiasaannya gigi kekal ini akan bersaiz lebih besar dari gigi susu. 

gigi-susu-baik-edited


Susunan gigi yang rapat memang jarang dijumpai pada kitaran masa gigi susu. Tetapi bila ia terjadi, kemungkinan gigi kekalnya akan tumbuh berselisih kerana ruangnya tidak mencukupi. Jom kita periksa gigi susu anak kita untuk ketahui apakah susunan gigi mereka. Jika kita sudah nampak gigi kekal tumbuh berselisih dengan gigi susu anak kita, lebih baik kita bawa mereka segera berjumpa dengan doktor gigi. Buat pemeriksaan dan lakukan rawatan yang sepatutnya.

gigi-susu-tdk-baik_edited

Mari kita rawat gigi anak-anak kita dan gigi sendiri. Senyuman manis lebih berseri.