Monday, November 17, 2014

TIP MENJAGA KESIHATAN MATA DAN ELAK RABUN JAUH (MYOPIA) UNTUK ANAK

Perkembangan penglihatan anak-anak bermula dari dalam kandungan. Sebarang gangguan pada perkembangan sistem penglihatan seusai kandungan hingga waktu kritikal si manja berusia 8 hingga 9 tahun akan menyebabkan mata malas atau lebih dikenali sebagai ambliopia. Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya masalah rabun pada si kecil. 


 

Di sini ada beberapa tip yang digunakan untuk menjaga kesihatan mata dan untuk mengelakkan rabun jauh.

1. Kurangkan ativiti di dalam rumah yang membuatkan mata si manja melihat objek yang statik seperti aktiviti menonton televisyen, penggunaan smartphone, komputer tablet atau permainan video di TV. Had masa paling optimum ialah 30 minit.

 
2. Galakkan si manja melihat pemandangan hijau dan jauh. 

 

3. Galakkan aktiviti di luar rumah seperti bersukan, berbasikal, berenang dan memanah.
 
4. Galakkan si manja memakan makanan berkhasiat yang kaya karotein seperti lobak merah.

5. Jika si manja sedang membaca atau menulis, pastikan mereka duduk dalam postur tegak di kerusi dan meja yang bersesuaian. Elakkan meniarap atau berbaring untuk aktiviti ini.

6. Pastikan jarak buku dan mata ialah kira-kira 30cm.  


Jom kita terapkan semua tips di atas untuk anak-anak kita.

** sumber: pa&ma genius


Jika anda ingin sebarang konsultansi percuma mengenai vitamin tambahan yang diperlukan, tanpa segan silu moh pm atau call saya di sini, saya sedia membantu anda. 


Zainora Hayari 016-5215057

  Shaklee Independent Distributor 

 Ipoh, Kuala Kangsar, Gopeng, Kampar, Perak.


No comments:

Post a Comment