Wednesday, November 19, 2014

PERKEMBANGAN ANAK 5 TAHUN: MELANGKAH DENGAN PENUH YAKIN

Assalamualaikum semua pembaca setia blog saya, hari ini saya terpanggil untuk share beberapa perkembangan anak-anak yang berusia 5 tahun. Anak ke dua saya juga akan melangkah yakin pada tahun depan seusai umurnya 5 tahun. Jom kita tengok serba sedikit apakah perkembangan anak-anak kita pada usia ini. Kadang kita 'over expect' dengan si manja kita, tapi rupa-rupanya belum mencapai usia lagi.

 shaklee Ipoh, Perak

Pada usia ini, anak-anak kita semakin yakin dengan dirinya sendiri. Bagi yang sudah memulakan tadika, dia sudah bergaul dengan rakan dan mempunyai kumpulan rakan baiknya sendiri. Aktiviti in group sangat disarankan untuk membuang sikap malu yang kadang-kadang tak bertempat. Di bawah ini adalah perkembangan yg biasanya dicapai oleh si manja kita 5 tahun:-

a) Pergerakan

  * Adik boleh berjalan di atas papan pengimbang dan boleh mengimbang badan dengan baik.
  * Makin cepat melompat tali skipping dan meluncur dengan papan skateboard.
  * Boleh lempar dan tangkap bola bersaiz kecik dan sederhana.
  * Berdiri sebelah kaki selama 10 saat.
  * Boleh melakukan sit up sebanyak 3 kali.
  * Suka bermain hide and seek dan lompat tenteng. 

Shaklee Ipoh, perak 


b) Koordinasi tangan-mata 

  * Boleh memasang tali kasut ke dalam lubangnya ikut urutan tetapi masih belum boleh mengikatnya.
  * Boleh pegang pensel dengan betul.
  * Potong dan tampal kertas ikut pelbagai bentuk dan saiz.
  * Aktiviti mewarna lebih kemas di mana warna yang digunakan tidak melebihi garisan.
  * Jari-jari semakin fleksibel semasa bermain dengan anak patung, melukis atau blok binaan.

Shaklee Ipoh, Perak


c) Bahasa

  * Si manja kini boleh bertutur dengan lebih fasih dan lancar menggunakan perkataan yang sesuai dan tepat.
  * Boleh kuasai kira-kira 3000 perkataan.
  * Boleh diperkenalkan kepada 8-9 perkataan sehari.
  * Memahami perkataan berlawanan.
  * Sentiasa berminat untuk mempelajari perkataan baru.
  * Boleh ingat cerita dan boleh ceritakan semula.
  * Sudah menguasai semua alphabet.

Shaklee Ipoh, Perak 

d) Pembelajaran.

  * Kenal bentuk seperti bulat, empat segi, dan pelbagai lagi seperti yang diajar.
  * Mula mengerti dan peka kepada perbezaan 2 objek yang terletak sebelah menyebelah.
  * Tahu mengenai sekarang, sebelum dan sebagainya.
  * Tahu makna di atas, di bawah, di hadapan, di dalam dan sebagainya.
  * Mencari penyelesaian kepada masalah yang mudah.



e) Sosial dan Emosi

  * Mengetahui apa yang betul dan salah.
  * Analisa logik yang semakin matang.
  * Boleh bertolak ansur dan diplomatik.
  * Suka menggambarkan apa yang ingin dilakukannya.
  * Suka bermain dengan rakan-rakan berbanding seorang.
  * Cenderung untuk menjalinkan persahabatan erat dengan rakan sama jantina.
  * Suka dipuji dan memberikan pujian.
  * Berupaya mencipta sesuatu yg baru dan kurang senang jika kawan-kawan tidak mengikutinya.



** Kata Pakar : 

Ibu bapa tidak perlu risau tentang perkembangan anak dan elakkan membandingkan anak sendiri dengan anak orang lain. 

Bagi meransang perkembangan anak, ibu bapa perlu bijak memainkan peranan mengajarnya. Elakkan terlalu menekan si kecil untuk belajar itu dan ini serta buat begitu dan begini; hanya kerana kita tidak mahu dia ketinggalan berbanding anak orang lain yang sebaya dengannya. Ada peratusan tinggi bahawa perkara yang bertentangan pula akan berlaku.


Jika anda inginkan sebarang konsultansi percuma mengenai vitamin tambahan yang diperlukan, tanpa segan silu moh pm atau call saya di sini, saya sedia membantu anda. 


Zainora Hayari 016-5215057

  Shaklee Independent Distributor 

 Ipoh, Kuala Kangsar, Gopeng, Kampar, Perak.

No comments:

Post a Comment