Wednesday, November 19, 2014

MUMMY IMPIKAN KAMU JADI AL-HAFIZ! 8 STRATEGI ANAK HAFAL AL-QURAN

Salam pembaca budiman, jom kita AMIN kan doa (tajuk di atas dahulu sebelum meneruskan pembacaan blog saya) untuk kesejahteraan anak-anak kita semua.

Bila kita ajar anak-anak kecil kita dengan sepotong doa' tidak kira doa makan ke, doa sebelum tidur ke, doa bangun pagi ke.. jika mereka dapat menghafalnya tentu kita sebagai ibu bapa amat berasa gembira dan bertuah kan.. sebab mereka dapat menghafalnya mengikut apa yang kita ajarkan. 

Lagi-lagi jika kita dapat melihat anak-anak menghafal walaupun 1 juzuk ayat dengan sempurna, wahhh bestnya perasaan kita bukan. Jom mama dan papa semua, Al-Quran itu satu mukjizat dan sesiapa sahaja yang boleh menguasainya dengan kesungguhan dan strategi yang betul.


16 Strategi Anak Hafal Al-Quran :

1) Mulakan Dari Awal

Mula perkenalkan Al-Quran sejak dari alam rahim lagi. Ibubapa hendaklah membaca AL-Quran kepada janin untuk didengari. Ataupun paling tidak, pasangkan audio surah AL-Quran untuk didengari. Apabila lahir, bacalah surah-surah pendek dengan mereka.

 

2) Kad Imbasan

Pada seusia 6 bulan, ajarkan si manja dengan huruf-huruf jawi menggunakan kad imbasan agar dia terbiasa dengannya.

 


3) Sebut

Apabila mereka meningkat ke usia 1 atau 2 tahun, bolehlah menyuruh mereka menyebut bunyi-bunyi itu. Slowly, perkenalkan jenis-jenis baris iaitu baris atas, bawah, tanwin, dan sebutan yang betul.
 


4) Surah Mudah

Mulakan dengan surah mudah dan pendek untuk mereka hafal. Contohnya Al-Fatihah, 3 Kul dan lain-lain.



5) Baca Dahulu

Biar si manja menguasai pembacaannya dulu sebelum mula menghafal, pastikan bacaan mereka betul.

 


6) Sabar

Bersabarlah dengan kerenah mereka, dia masih kecil dan sukar untuk memberikan tumpuan yang lama. Maka selang selikan hafazan dengan aktiviti lain.



7) Berdoa

Kita sebagai ibubapa sentiasalah berdoa kepada Allah swt agar anak-anak kita dikurniakan minda yang mudah mengingati dan hati yang cerah agar mudah baginya menghafaz Al-Quran seterusnya menjadi mukmin yang soleh dan solehah.

                                


8) Makanan

Antara makanan yang boleh meningkatkan daya ingatan anak-anak ialah:-
   * Badam
   * Kismis
   * Minyak Ikan (Omega)
   * Kurma
   * Madu
   * Habbatus Sauda
   * Minyak Zaitun
   * Buah Tin
   * Za'faran
   * Buah Delima

                             
                             


Jika anda inginkan sebarang konsultansi percuma mengenai vitamin tambahan yang diperlukan, tanpa segan silu moh pm atau call saya di sini, saya sedia membantu anda.


Zainora Hayari 016-5215057

Shaklee Independent Distributor

Ipoh, Kuala Kangsar, Gopeng, Kampar, Perak.

FB: http://www.facebook.com/Mummyqasehfahim/

No comments:

Post a Comment