Monday, June 5, 2017

MENGENALI CIRI-CIRI ANAK LELAKI DAN PEREMPUAN

Khas untuk ibu bapa,

Jika situasi di mana anak sulung anda perempuan dan anda tidak mempunyai banyak masalah contohnya mengajar dia membaca dan dia juga ikut arahan anda tanpa banyak membantah. Bagaimanapun, situasi ini tidak sama berlaku pada anak kedua anda, lelaki. Dan anda mula membanding-bandingkan si adik lelaki ini dengan kakaknya.

Karakter mereka jauh berbeza dan anda mendapati lebih usaha untuk mengajar si adik. Kesannya, ramai ibu yang menganggap anak lelaki mereka itu tidak dengar kata, nakal, kurang gemar belajar, banyak bermain dan kurang tumpuan kepada sesuatu perkara.

Jom para ibu kita mendalami karakter anak lelaki dan perempuan. Ini penting bagi memastikan para ibu memahami karakter mereka agar dapat mendidik si hero kesayangan dengan cara lebih berkesan. Ingat, jangan samakan anak lelaki dengan anak perempuan!

 










Tahukah anda bahawa:

1. Anak tunggal selalunya lambat cakap. 

2. Anak perempuan cakap banyak 3 kali daripada lelaki

3. Bermain dengan anak-anak meningkatkan kegembiraan emosi mereka

4. Anak lelaki suka fizikal touch dengan bapak. Main ultramen, pergi padang. Kalau anak lelaki tak dapat fizikal touch, dia akan suka bergaduh dengan adik-adik dia.


5. Anak lelaki lebih mudah tersentuh hatinya berbanding anak perempuan. Memujuk anak lelaki yang menangis adalah lebih lama berbanding anak perempuan.

6.
Anak lelaki juga lebih menyukai kehadiran orang lain, terutama kelompok yang seusia dengannya. Tidak hairanlah, apabila menginjak dewasa mereka gemar membentuk persahabatan secara berkumpulan.

7. Interaksi antara ibu bapa dan anak dengan bermain akan membina bonding antara anak dan parent.

8. Anak-anak juga akan stress jika tidak keluar rumah. So cuba cari masa bawa anak keluar dari rumah.


9. Anak perempuan mempunyai potensi lebih besar dari sudut kemahiran berbahasa (verbal)


10. Dalam komunikasi pula, anak perempuan lebih cepat mengeluarkan kata-kata pertama berbanding anak lelaki.

11. Anak lelaki mempunya potensi yang lebih besar dari sudut kemahiran visuospatial (ruang). Asuh kelebihan ini dengan memberikan mereka peluang bersukan seperti bola sepak, menunggang basikal. Doktor galakan belikan anak basikal kerana ini akan meningkatkan skill mereka.

12. Kanak-kanak yang mempunyai kemahiran membaca akan mempunyai kemahiran bertutur dan berbahasa yang baik.


13. Anak perempuan lebih bijak menggunakan tangannya. Jadi tidak hairanlah apabila anak perempuan dilihat lebih cepat bermain dengan pelbagai alat permainan maenggunakan senduk dan garpu walaupun dalam usia yang terlalu kecil dan lebih cepat mampu menulis dengan rapi.

14. Anak perempuan juga lebih tertarik untuk memerhatikan wajah seseorang, khususnya wajah lembut para ibu. Mereka lebih bijak membaca emosi orang lain. 


15. Kanak-kanak yang sering berdamping rapat dengan bapa mereka didapati lebih berdaya saing dalam banyak hal. Lebih berkeyakinan diri, sayangkan diri sendiri, mudah menyesuaikan diri di sekolah, kemahiran interpersonal yang baik.


Jom share dengan kawan2x kita yg bergelar ibu bapa.....   


Untuk mendapatkan sebarang konsultansi mengenai produk Shaklee, boleh hubungi saya di sini. Untuk penjimatan harga produk dan juga set-set yang bagus hubungi saya di:

016-5215057


 Zainora Hayari
016-5215057
Shaklee Independent Distributor
COD Ipoh, COD Sg Pulai, COD Kampar
Perak
        FB: http://www.facebook.com/Mummyqasehfahim/

No comments:

Post a Comment