Tuesday, February 14, 2017

AMALAN MURAH REZEKI

AMALAN BERSEDEKAH

Firman Allah s.w.t.yang bermaksud :

"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya.” (Surah At-Talaq ayat 2-3)
.




 

Pernah tak rasa macam rezeki tu macam susah sangat nak masuk? Buat apa pun, usaha macam mana pun tetap rasa susah, sempit, rasa sesak. Pernah x selama ini terfikir dan terlintas di hati kita, bahawa dosa yang kita lakukan samada terhadap Allah dan sesama manusia selama ini menjadi faktor atau penyebab ‘sempit’ dan ‘terhalang’nya rezeki Allah dari rezeki kita?
.
Dalam usaha mencari rezeki di atas dunia ini, jangan sampai menjauhkan kita daripada beribadah dan mengingati Allah. Kita perlu bertawakal kepada Allah dengan hakikat tawakal yang sebenarnya. Kita mesti berusaha dan berikhtiar tetapi meletakkan pergantungan sepenuhnya kepada Allah. Kalau dapat apa yang kita inginkan, bersyukurlah. Kalau sebaliknya, bersabarlah dan berbaik sangka dengan Allah. Yang penting, kita mesti tahu meletakkan kepentingan antara dunia dan akhirat. Salah satu amalan baik yg mudah utk kita buat ialah bersedeqah. Banyak mana pun sedeqah kita, tetapkan lah dgn niat yg ikhlas dan redha.
.
Macam dalam lirik lagu, Syamsul Yusof dan Mawi, Kalah Dalam Menang, yang berbunyi,

"Orang kita ha kata nak senang kena banyak simpan duit, tapi Islam kata nak senang kena banyak keluarkan duit, sedekah, amal jariah, senyuman itu juga satu dakwah"
dan ianya terbukti di mana, 3 amalan yang di bawa mati adalah, sedekah, ilmu yang bermanfaat, dan doa anak yang soleh. 

*Sedeqah penolak bala'.
*Sedeqah pembuka rezeki.
*Sedeqah menyucikan hati.
.




Bersedeqahlah. Bersedekah cara paling simple kalau tak punyai wang berpuluh kt tgn.. bagi haiwan makan.. jumpa kucing dkt kedai makan renung kita dgn pandangan simpati, bagilah atau kongsikan sikit ayam ke ikan kita ke utk kucing tu.. bukan mintak banyak pun.. ganjarannya di bawa semasa hidup dan setelah mati.
.
Berusaha dan berikhtiarlah, kerana ia sunnatullah. Tetapi ingat, ia tidak akan dapat mengatasi takdir Allah S.W.T.



Zainora Hayari
016-5215057
Shaklee Independent Distributor
COD Ipoh, COD Sg Pulai, COD Kampar 
Perak


No comments:

Post a Comment