Monday, January 9, 2017

APA YANG KITA DAPAT DARIPADA FILEM 3 IDIOTS AMIR KHAN

Baru-baru ni, saya ada menonton semula Filem Bollywood lakonan Amir Khan.. sy sukakan karya beliau dan jugak beliau as actor, hihiiii. Kalau kita masih ingat dalam sorotan filem "3 Idiots" pasti kita akan ingat di mana satu watak yang bernama Ranchodas Shamaldas Chanchad yang cuba mencabar autoriti pensyarahnya di dalam kelas. Maka pengetua kolej tersebut, Viru Sahastrabdue menyuruh dia menjadi guru ganti bagi kelas tersebut. Lalu Ranchodas menulis dua patah perkataan yang tiada disebut dalam mana-mana buku kejuruteraan dan mengarahkan seisi kelas mencari apakah makna dua perkataan tersebut. Hasilnya tiada seorang pun dapat menemui maknanya, dan ternyata dua patah perkataan tersebut hanyalah nama dua orang sahabatnya yang diubah agar berbunyi kejuruteraan.


Menonton filem 3 Idiots rasanya boleh membuatkan kita belajar banyak perkara. Dalam filem ini dikisahkan 3 orang yang bersahabat akrab, sehingga pada satu waktu mereka melalui banyak masalah bersama. Persahabatan adalah yang utama. Selain itu banyak pelajaran yang boleh didapati di dalam filem ini. Mencuba dan terus mencuba, memang dijadikan manusia itu dalam keadaan lemah dan ingin mengetahui sesuatu yang baru, apatah lagi perkara itu merupakan idea kebijaksanaan dalam perjalanan kehidupan.


Perkara yang dapat disimpulkan adalah sifat manusia yang diciptakan Allah dengan rasa ingin belajar, mencuba dan berteori dengan sesuatu yang baru dan tidak pernah dipelajari. Maka kerana itu hendaklah kita merenung firman Allah Taala yang meminta kita agar "fasiru fil ardh" iaitu berjalan di muka bumi melihat alam dan kesan akibat bila mana manusia mula mendustakan Allah. Dengan itu manusia akan belajar, berteori dan mengambil iktibar akan peringatan Allah Taala dalam setiap perkara yang berlaku sepanjang singkapan alam kehidupan manusia.
 


 


ALL IS WELL! Tak kira apa jua masalah atau ujian yang melanda, senyumlah... Have fun. Senyuman kita mungkin dapat membahagiakan orang lain. 
 
 
Zainora Hayari  
  Shaklee Independent Distributor 
  Ipoh, Kuala Kangsar, Gopeng, Kampar, Perak. 
 
 

No comments:

Post a Comment