Salam kepada semua pembaca blog saya, malam ni kita 'out of topic' sekejap ye..
Hehe, sempena Ramadhan Al Mubarak yang akan menjengah tak sampai seminggu lagi, apa kata kita mula berkira-kira collect dan share resipi mudah untuk menu berbuka puasa kita nanti.
Seronok sebenarnya bila kita masak sendiri juadah utama untuk berbuka nanti, pilih dan tengoklah mana-mana resipi yang korang minati. Resipi ini semua memang collection saya dalam satu 'file', saya collected dari pelbagai sumber dan ada juga resipi sendiri. Jadi, feel free juga pada korang untuk cuba resipi-resipi ini. Jom jamu mata yg mana satu pilihan hati korang :-)
RESIPI-RESIPI MUDAH
1) NASI AYAM 'CLAYPOT'
Bahan-bahan (A)
11/2
sudu besar minyak masak
2 ulas
bawang putih, dicincang
2 ulas
bawang merah, dicincang
20g
ikan masin, dihiris
Bahan-bahan (B)
250g
kepingan ayam
15g
halia muda, dihiris
4
keping cendawan cina kering direndam dan dipotong 4
1 sudu
besar kicap pekat
1 sudu
besar sos tiram
1 sudu
teh minyak bijan
Cara-cara:
· Guna
kaserol yang dalam,tumis Bahan A pada tahap HIGH selama 2-3 minit.
· Masukkan
ikan masin, tumis selama 1 minit dan kacau sekali-sekala.
· Campur
Bahan B dan masak selama 1-5 minit
• Masuk beras dan air, tutup dan masak pada tahap HIGH selama 7-8 minit dan medium selama 18-20 minit, kacau hanya sekali.
2) NASI BUQARI
Resepi
ini asalnya dari Timur Tengah
Bahan-bahan
3 pot
beras - basuh dan toskan air
1/2
ekor ayam - dipotong sederhana besar
sebiji
terung bulat yg kecil - potong bulat
1/2
biji ubi kentang - potong dadu
bunga
kobis - potong biasa
2 inci
karet - di potong memanjang dan kurus2
garam
sedikit
aji nomoto jika suka
Bahan menumis
5 ulas
bawang merah
1 ulas
bawang putih
1/2
inci halia
1 sudu
makan rempah campuran - boleh dapat di supermarket, warnanya perang
bunga
lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih - anggaran sendiri
Cara-cara
· Tumis bawang,halia,bunga lawang,kayu
manis,buah
pelaga,bunga cengkih - hingga
kekuningan, masukkan rempah campuran.
· Kemudian
masukkan ayam dan sedikit air,
biar ayam ½ masak, masukkan terung, ubi
dan
bunga kobis, garam dan aji.
· Tambah
air mengikut sukatan beras, bila
air mendidih masukkan beras.
· Masak
hingga nasi masak sepenuhnya,
akhir sekali masukkan karet , kacau nasi
agar ia
tidak melekat dan cantik.
3) Nasi Goreng AYAM
Bahan-Bahan
2
mangkuk nasi (digaul rata dengan sedikit garam)
1 sudu
besar serbuk perasa ayam
200g
udang (dibersihkan)
200g
isi ayam (dipotong kecil)
2 sudu
besar kicap cair
2 biji
telur
2 sudu
besar sayur campuran
1 sudu
kecil serbuk lada putih
minyak
secukupnya
1
batang daun bawang (dihiris)
Cara Cara
· Panaskan
sedikit minyak lalu goreng
ayam. Kemudian masukkan udang dan
telur.
· Masukkan
nasi dan gaul hingga rata.
•. Masukkan kicap cair, serbuk perasa ayam
dan serbuk
lada putih.
· Masukkan
sayur campuran dan daun
bawang.
4) NASI PAPRIK
Bahan-bahan:
5
pinggan nasi putih panas
1/2
kilo isi ayam/daging
6 biji
cili api, dihiris
3 ulas
bawang merah, dimayang halus
2 ulas
bawang putih, dimayang
1/2
btg serai dihiris
5 sudu
sos cili
2 sudu
sos tomato
1 sudu
sos tiram
3 btg
kacang panjang dipotong
2 sudu
bawang goreng
Garam
secukup rasa
sedikit
minyak masak
Cara memasak:
· Panaskan
minyak dan tumis bawang
merah dan bawang putih. Bila kekuningan,
masukkan cili
api.
- Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram,
serai dan sedikit air selepas
menggelegak,
masukkan isi ayam/daging.
· Masukkan
garam secukup rasa kemudian
kacang panjang dan nasi putih. Goreng
selama 3
minit.
• Hidangkan.
5) NASI TOMATO
Bahan-bahan
3 tin
susu beras - direndam lebih kurang 15 minit
5 sudu
besar susu cair
1/2
tin tomato heinz
Bahan untuk menumis:
5 ulas
bawang merah - dimayang
5 ulas
bawang putih - dimayang
sedikit
buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang
sedikit
halia - dimayang
daun
pandan
sedikit
minyak sapi
Cara-cara
· Tumis
minyak sapi, masukkan bahan-bahan yang hendak ditumis bila sudah naik bau
masukkan tomato serta susu cair kemudian masukkan beras dan air.
· Bila
nasi sudah kering masukkan pula kismis jika anda suka.
6) Makaroni Bakar
Bahan-bahan
1 paket macaroni (dicelur dalam air panas sehingga kembang dan ditoskan)
¼ kati daging cincang
1 tin susu cair/ideal milk(besar)
1 tin air
4 bji telur (dipukul)
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia
(semua ditumbuk)
sedikit daun sup dan daun bawang
sedikit bawang goreng
3 sudu rempah daging
minyak utk menumis
Cara Membuatnya
· Tumis
bawang dan rempah hingga kuning.
· Masukkan
daging cincang dan goreng
sehingga sebati.
· Masukkan
makaroni dalam bekas
pembakar dan tuangkan adunan daging.
· Pecahkan
telur dan pukul sedikit kemudian
tuang atas macaroni. Ratakan (jgn dikacau)
Hias dengan daun sup dan bawang goreng.
BAKAR dgn api yg sederhana.
7) MEE GORENG THAI
1 kg
Mee Thai Mah (Mee Chendol seakan-akan mee laksa tetapi pendek)
200gm
isi ayam dipotong kecil
200gm
udang sederhana (buang kulit)
Bahan Kisar
15
biji cili padi (dikisar halus)
4 ulas
bawang putih (dikisar halus)
1
batang lobak dihiris halus
50 sen
daun bawang (di potong 2")
30 sen
daun kucai
3
kelopak kobis cina (Pek Chye) hiris
15
helai daun selasih
2 sudu
makan kicap
2 sudu
makan sos tiram
3 sudu
makan sos ikan thai
garam
& serbuk perasa secukupnya
sedikit
air jika perlu
sedikit
minyak untuk menumis
Cara-cara
· Panaskan
minyak. Tumis bahan kisar
hingga garing & masukkan isi ayam &
udang.
· Setelah
setengah masak, masukkan semua
sos, garam & serbuk perasa dan kacau rata.
· Masukkan
sayur & mee, sedikit air jika
perlu dan gaul rata.
• Hidangkan semasa panas.
8) MEE HAILAM
Bahan-bahan
1 kg
mie/kueh teow/mee hoon (6/8 orang)
6 biji
bawang putih (tumbuk/penyekkan)
rencah
ayam/udang/sotong
sos
tiram
garam
secukup rasa
6 biji
cili api
3 sudu
besar tepung jagung (cairkan dalam setengah cawan air sejuk)
sayur
(kobis bunga/sawi/carrot/baby corn)
Cara-cara
· Tumiskan
bawang putih dan cili api. Kalau
dah garing letakan rencah, kemudian letak
air
3 cawan dan garam secukupnya.
· Masukkan
sos tiram setengah botol kecil.
• Kemudian masukkan air tepung jagung utk
pekatkan kuah.
· Masukkan
sayur2 an dan mie.
9) SPAGHETTI SEAFOOD
Bahan-bahan
1
packet Spaghetti direbus
2 ekor
sotong dipotong kecil
400 gm
udang hidup
6 ulas
bawang putih dihiris
2 sudu
kecil serbuk lada hitam
2 biji
lada besar dihiris (capsicum)
5 biji
lada merah dihiris
minyak
zaitun 1 cawan
garam
secukup rasa
Cara-cara
· Gorengkan
bawang putih, lada besar dan
cili merah selama 8-10 minit.
· Masukkan
udang dan sotong.
· Kemudian
masukkan lada sula, garam dan
serbuk lada hitam.
· Masukkan
spaghetti dan goreng selama 10
minit.
· Hiaskan
dengan daun parsley.
10) Mee Hoon Nam Pla
Bahan-bahan
80 g
mee hoon (dicelur)
40 g
dada ayam
20 g
udang kering
20 g
tauge
1 biji
telur
1 sudu
besar sos ikan
Garam
secukup rasa
Bahan-bahan tumbuk
3 biji cili padi dan 1/2 biji bawang besar
Cara membuatnya
• Panaskan
minyak masak dan tumiskan
udang kering, cili padi, telur, dada ayam
dan bawang
besar.
• Masukkan
mee hoon dan digaul rata.
• Kemudian masukkan tauge, garam dan sos
ikan. Masak
selama 5 minit.
11) AYAM GORENG BERMADU
Bahan-bahan
1 ekor
ayam seberat 1.5kg (dipotong lapan)
minyak
untuk menggoreng
120g
gajus
Perasa
1 sudu
teh serbuk lada hitam
2 sudu
besar madu
2 sudu
besar kicap
Cara-cara
· Gaul ayam bersama serbuk lada hitam,
madu dan kicap.Perap selama
1 jam.
· Panaskan
minyak dan goreng ayam itu
sehingga garing.
· Kemudian
goreng pula gajus itu dan ketika
menghidangkannya,tabur gajus itu ke atas
ayam
dan hiaskan dengan hirisan
timun.Hidangkan panas-panas.
12) Fish Fillet Sos Cendawan
Bahan-Bahan
4
keping fish fillet
1/2
camca garam
2
camca serbuk lada hitam
2 sudu
makan jus limau nipis
1 sudu
makan mentega
1 sudu
makan kunyit
Bahan Sos Cendawan
50
gm bawang -cincang kasar
100gm cendawan butang-hiris tipis
75
ml susu cair
1
camca lada sulah
1 sudu
makan mentega
Sedikit
gara
Cara Cara
· Lumur fillet dengan garam, lada hitam, kunyit dan jus limau nipis. Perap 30 minit.
Panaskan mentega, goreng fillet hingga kekuningan.
Untuk menyiapkan sos:
· Panaskan
mentega, tumis bawang cincang
dan cendawan hingga layu.
· Masukkan
susu cair, kacau rata. Masukkan
garam dan lada sulah.
· Masak
hingga mendidih, siram dan tuang
ke atas fillet.
13) Gulai Tempoyak Ikan Kembung
Bahan-bahan:
71 kg
ikan kembung (dipotong dua)
1 ikat
taugeh kasar
1
cawan tempoyak
1
batang serai 10 biji cili padi
Serbuk
kunyit
Garam
Cara memasak:
· Masukkan
ikan yang telah dicuci ke dalam
periuk bersama cili padi yang telah dikisar
dan
serai yang telah dititik.
· Tempoyak
dibancuh dengan sedikit air
supaya tidak terlalu pekat.
· Masukkan
serbuk kunyit dan garam
· Apabila
mendidih, masukkan taugeh.
• Sedia untuk dihidang.
14) IKAN KUKUS CINA
Bahan-bahan
1 ekor
ikan bawal / kembung
1 sudu
makan minyak masak
Tumbuk
2 sudu
makan tauchu
1 biji
cili merah (dihiris)
ulas
bawang putih (dicincang)
Perasa 1 sudu makan kicap manis
Cara-cara
· Tumiskan
bahan-bahan yang hendak ditumis.
· Kemudian
salutkan pada ikan dan kukus selama 10 minit.
15) IKAN TENGGIRI MASAK TAUCU
Bahan-bahan
3
keping ikan tenggiri
3 sudu
makan taucu
3 biji
cili merah (dihiris)
3 biji
lada hijau (dihiris)
1 biji
bawang besar dipotong bulat
1/2
inci halia (dihiris)
2 ulas
bawang putih (dihiris)
1/2
mangkuk air asam jawa
sedikit
serbuk kunyit
minyak
garam
secukup rasa
Cara-cara
· Lumurkan
ikan dengan serbuk kunyit dan
garam. Goreng hingga garing.
· Panaskan
minyak, tumis cili merah, cili
hijau, bawang besar, halia dan bawang
putih.
· Masukkan
taucu, setelah itu masukkan air
asam jawa dan perasa biar sampai
mendidih.
· Masukkan
ikan tenggiri, angkat dan
hidangkan.
16) CHILI KETAM
Bahan-bahan
1 kg
ketam yang sederhana
garam
dan gula secukupnya
daun
bawang untuk hiasan
Air asam jawa
Tumbuk
5 ulas
bawang putih
5 sudu
makan cili kisar
Cara-cara
· Bersihkan
ketam dan goreng sebentar.
· Tumis
bahan kisar hingga garing.
• Masukkan air asam jawa, garam dan gula.
· Selepas
itu, masukkan ketam dan gaul
hingga rata.
· Hiaskan
dengan daun bawang.
17) KERABU MANGGA SOTONG
Bahan-bahan
1
cawan sotong mesin
½
cawan mangga masam – dihiris
2 biji
bawang merah – dihiris
1 sudu
besar daun bawang – dihiris halus
1½
sudu kecil udang kering
¼
cawan gajus
5 biji
cili padi – dihiris halus
1 sudu
besar jus limau
2 sudu
besar gula
1 biji
cili merah – untuk hiasan.
Sedikit
daun ketumbar – untuk hiasan
Cara-cara
· Campurkan
semua bahan-bahan kecuali bahan untuk hiasan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
•. Tambahkan gula atau garam mengikut rasa. Hiaskan dengan cili potong dan daun
ketumbar. Sedia untuk dihidangkan.
18) Kerabu Tauge
Bahan-bahan
200 g
tauge dicelur
20 ml
perahan limau nipis
50 g
bunga kantan dihiris
30 g
daun ketumbar dihiris
100 g
bawang besar dihiris
50 g
cili merah dihiris
50 g
isi kerang yang direbus
30 g
udang kering disangrai
50 g
kerisik
Garam
secukup rasa
Cara membuatnya
· Satukan
semua bahan dan gaul sebati. Hidangkan segera.
19) SAMBAL TERUNG
Bahan-bahan
2 biji
terung panjang (dipotong tiga dan dibelah dua)
1 biji
bawang besar (untuk hiasan)
1 tangkai
cili merah (untuk hiasan)
Tumbuk
10
tangkai cili kering
3 ulas
bawang kecil
1 ulas
bawang putih (dimayang halus)
segenggam
udang kering
Perasa
garam
secukup rasa
2 sudu
makan minyak makan
2 sudu
makan kicap pekat manis
Cara-cara
· Panaskan
minyak dan goreng bawang putih sehingga garing.
· Masukkan
bahan yang telah dikisar tadi bersama udang kering,kacau sehingga naik minyak.
· Masukkan
terung bersama secawan air dan tutup sehingga terung empuk.
· Kacau
lagi supaya semuanya sebati dan masukkan kicap pekat manis bersama garam.
· Akhir
sekali masukkan bawang besar bersama cili merah dan boleh dihidangkan.
20) CENDAWAN CHEESE OMELETTE
Bahan-bahan
4 biji
telur
cheddar
shredded Cheese
button
mushroom
black pepper
powder
1 susu
makan susu cair
Cara-cara
· Potong
button mushroom - sederhana tebal.
· Pecahkan
telur, campur sedikit susu cair atau susu segar.
· Kacau
rata (macam telur dadar).
· Panaskan
kuali (letak minyak sedikit
sahaja tapi rata satu kuali).
· Dah
panas, goreng mushroom then masukkan telur. Jangan api besar.Jangan terbalikan
telur. Apabila agak garing bahagian bawah, dan bahagianatas dah kering,
taburkan shredded cheese atas telur, lipat dua.
· Taburkan
black pepper atasnya - kalau tak suka tak payah letak.
21) Ayam masak rendang berlada
Bahan-Bahan
1 ekor
ayam - dipotong sederhana
20
tangkai lada kering - dikisar
10
ulas bawang kecil - dikisar
6 ulas
bawang putih - dikisar
3 cm
halia - dikisar
3 cm
kunyit hidup - dikisar
3 cm
langkuas - dikisar
4
batang serai - dikisar
500 ml
santan
4
helai daun limau perut
2
helai daun kunyit
2
helai daun salam
Sedikit
minyak untuk menumis
secukup
garam
Cara Cara
· Panaskan minyak kemudian tumis bahan
bahan yang
telah dikisar hingga garing.
· Masukkan
ayam, santan dan garam
secukup rasa.
· Gaul ayam dengan bahan tumisan tadi
hingga sebati. Biarkan ianya
mendidih
hingga ayamnya betul-betul masak.
· Akhir
sekali masukkan daun kunyit, daun
salam dan daun limau perut.
· Taburkan
bawang goreng sebelum
menghidangkannya.
22) Kepak
Ayam Berbijan
Bahan-Bahan
8
keping kepak ayam
sedikit
halia
sedikit
minyak bijan
sedikit
kicap
sedikit
serbuk lada hitam
sedikit
garam
sedikit
gula
Cara Cara
· Perap
kepak ayam dengan minyak bijan, kicap, serbuk lada hitam, garam dan gula selama
6 jam di dalam peti sejuk.
· Panaskan
minyak, masukkan halia. Apabila kelihatan kering, masukkan minyak bijan, ayam
yang telah diperap, gaul rata.
· Masukkan
sedikit air, dan biarkan mendidih selama 5 - 7 minit, atau sehingga ayam empuk.
23) AYAM BERIANI
Bahan-bahan
1 ekor
ayam dibelah empat
1 tin
susu cair
2 sudu
besar rempah beriani
1 sudu
besar madu
sedikit
daun pudina, tomato untuk hiasan
minyak
sapi untuk menumis
Tumbuk
5 ulas
bawang merah
5 ulas
bawang putih
Sedikit
halia
Cara-cara
· Bersihkan
ayam dan goreng separuh
masak.
· Tumis
bahan yang telah ditumbuk hingga
ada bau.
· Masukkan
rempah beriani, cili, bawang
goreng yangtelah diramas, telur rebus,
madu dan
susu cair.
· Tambahkan
sedikit air. Kemudian
masukkan ayam.
· Tambah
garam untuk menyedapkan rasa.
Bila pecah minyak, baru padamkan api.
24) Udang Harimau Masak Keju
Bahan:
· 200 g udang harimau
· 1/2 liter minyak masak
Bahan kuah:
· 100 g marjerin
· 100 g susu sejat
· 3 tangkai daun kari, dihiris halus
· 1 biji cili padi, dihiris halus
· 1/3 camca teh keju Parmesan
· 1/4 camca teh garam
· 1 camca teh gula
Cara membuat:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng
terendam udang sehingga garing.
2. Panaskan kuali dan masukkan marjerin
sehingga cair.
3. Masukkan susu sejat tadi dan masak
menggunakan api perlahan sehingga
pekat.
4. Masukkan bahan lain dan panaskan.
Masukkan udang dan kacau sehingga
sebati.
25) Ayam Lemak Kuning
Bahan:
· 1 kg ayam, dipotong 12 keping
· 3 cawan santan pekat
· 3 cawan santan cair
· 3 batang serai, dititik
· 15 biji cili padi, dikisar
· 10 biji bawang kecil, dikisar
· 5 biji bawang putih, dikisar
· 3 keping asam keping
· Sedikit serbuk kunyit
· Sedikit garam,
· 3 biji ubi kentang, dipotong dadu
Cara membuatnya:
1. Panaskan periuk dan masukkan santan
cair, barang yang dikisar serta serbuk
kunyit.
2. Apabila mendidih, masukkan ayam, asam
keping, serai dan ubi kentang.
3. Apabila mendidih, masukkan santan
pekat kacau sebati dan masukkan garam
secukup rasa.
4. Apabila ayam dan ubi kentang masak,
boleh diangkat untuk hidangkan.
26) Udang Celur Bercili
Bahan:
· 10 biji cili kering
· 5 biji bawang kecil
· 5 ulas bawang putih
· 100 gram udang besar
· 5 cawan air
· Minyak
· 5 biji bawang besar
· Garam
· 1 camca teh gula
Cara membuat:
1. Kisar cili kering, bawang kecil, bawang
putih sehingga halus.
2. Bersihkan udang dan buang kulit.
3. Panaskan air sehingga mendidih
kemudian celur udang sehingga warnanya
jingga kemerahan.
4. Panaskan minyak dan tumis sehingga
bahan yang dikisar sehingga garing.
5. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
6. Masukkan udang dan kacau sehingga
sebati.
27) Ketam Masak Lemak
Bahan:
· 1/2 kg ketam
· 1/2 biji kelapa/serbuk santan
· 15 biji cili api/cili kering
· 5 ulas bawang merah
· 5 ulas bawang putih
· 2.5 sm kunyit
· 1 batang serai
· Garam
· Gula
Cara membuatnya:
1. Ketam dipotong dan dibersihkan.
2. Kelapa diperah dan diambil santannya
(asingkan patinya.)
3. Cili, bawang merah, bawang putih dan
kunyit ditumbuk.
4. Masukkan santan dan serai di dalam
periuk di atas api yang sederhana.
5. Masukkan bahan tumbuk dan kacau
sehingga mendidih.
6. Masukkan ketam dan masak sehingga
ketam berwarna jingga kemerahan.
7. Tambah garam secukup rasa dan gula jika
perlu.
28) Gulai Daging Nangka Muda
Bahan:
- 600g daging bahagian atas(topside)
- 150g santan
- 5g serai, diketuk
- 20g lengkuas, diketuk
- 250g nangka muda, dibersihkan dan dipotong kecil
Bahan kisar:
- 200g cili merah
- 100g bawang kecil
- 20g halia
- 20g kunyit hidup
Cara membuatnya:
- Rebus daging di dalam periuk bersama bahan kisar dan biarkan ia empuk.
- Kemudian masukkan santan, serai dan lengkuas kacau sehingga mendidih.
- Masukkan nangka dan masak sehingga ia empuk dan berminyak.Angkat dan hidangkan.
29) Sambal Udang Terung Belanda
Bahan:
- 1kg udang harimau
- 100g bawang besar, dipotong bulat
- 200g cili merah
- 50g bawang kecil
- 2 biji tomato
- 3 camca besar minyak masak
- Garam secukup rasa
- 200g terung belanda
Cara membuatnya:
- Udang dibersihkan kemudian digoreng dengan garam. Angkat dan ketepikan
- Cili merah dikisar kasar bersama bawang kecil dan tomato. Ketepikan
- Panaskan minyak di dalam periuk, masukkan bawang besar, kacau sebentar. Masukkan bahan dikisar tadi dan tumis sehingga terbit bau wangi
- Masukkan garam secukup rasa, kacau sebentar. Masukkan udang dan kacau sehingga sebati. Akhir sekali masukkan terung belanda . Kacau rata sehingga masak. Angkat dan hidangkan
30) Jojeh Kebab
Bahan
- 1/2 cawan minyak zaitun
- 2 biji bawang besar, dipotong dadu
- 1/2 camca kecil kuma-kuma
- Garam secukup rasa
- 10g lada hitam, dicincang kasar
- 1kg ayam, dipotong kecil dan dibuang kulit
- 5 biji tomato, sederhana besar
Cara membuatnya
- Sediakan bahan perap, satukan minyak zaitun, bawang besar, kuma-kuma, garam dan lada hitam ke dalam mangkuk, gaul rata.
- Masukkan ayam yang dibersihkan tadi dan gaul rata. Perapkan ia semalaman di dalam peti sejuk.
- Sediakan pencucuk besi kebab dan cucukkan ketulan ayam satu persatu seperti sate. Kemudian cucukkan semua tomato ke dalam pencucuk besi yang berasingan.
- Bakar kedua-dua kebab ayam dan tomato di atas pemanggang api selama 5 hingga 10 minit. Balik-balikkan ia selalu.
- Kebab ini juga boleh dibakar di ketuhar pada suhu tinggi. Setelah kebab ayam dan tomato masak, angkat dan hidangkan bersama nasi beriani atau roti Arab.
*Resipi Jurumasak Masakan Timur Tengah, Hotel Nikko Kuala Lumpur, Chef Reza Seifi Balasi
31) Pasta Primavera
Bahan
- 500 g pasta
- 100 ml minyak zaitun
- 50 g bawang putih
- 50 gm kubis Romaine
- 150 g lada Benggala merah
- 150 g lada Benggala hijau
- 100 g bawang besar
- 400 g tomato, dibuang kulit
- 4 camca besar sos tomato
- 50 g daun selasih
- 10 g garam
Cara membuatnya
- Celur pasta sehingga masak, sejat dan ketepikan.
- Panaskan kuali, masukkan minyak zaitun dan tumis sebentar bawang putih. Kacau sebentar..
- Kemudian masukkan kubis Romaine, lada Benggala hijau dan merah, bawang besar, tomato dan biar ia masak 15 hingga 20 saat..
- Masukkan sos tomato, daun selasih dan kacau rata. Angkat dan ketepikan.
- Hidangkan pasta di dalam pinggan dan tuangkan kuah di atasnya..
SELAMAT MENCUBA
Jemput layari blog saya ye
ReplyDeletehttp://fareedahahmad.blogspot.com/2015/06/set-berpuasa-shaklee.html?m=1
terima kasih berkongsi
ReplyDeleteTq =)
ReplyDeleteBanyaknya resepi...buntu juga nk fikir menu 30 hari...tq sharing...
ReplyDeleteAlhamdulillah kawan-kawan, kita sharing mane yg mudah dan cepat utk dimasak hihi.. cuba ye
ReplyDelete