Wednesday, February 12, 2014

7 JENIS MAKANAN YANG PERLU DIELAK KETIKA BERDIET

Bila kita bercakap mengenai sesi diet, ramai beranggapan kita tidak perlu makan, atau hanya makan sekali sehari. Salah ye anggapan begitu. Hakikatnya kita perlu memilih diet yang betul dengan memilih menu yang betul dan baik. Keseimbangan makanan, latihan dan senaman dapat membantu kita mendapatkan berat badan dan tubuh yang diidamkan.




Oleh itu mari kita aturkan pola pemakanan dengan baik, makan tepat pada waktunya dan hindari beberapa jenis makanan di bawah :-


1) ROTI TAWAR
   ===========
Walaupun berdiet kita masih boleh menikmati roti, cuma pastikan roti itu bukan roti tawar biasa atau roti yang diisi dengan keju, coklat dan lain-lain. Roti yg disarankan adalah roti gandum! Kenapa? Roti ini banyak dengan seratnya dan rendah gula. Ia pasti membuatkan kita kenyang yang lebih lama.
Image result for roti tawar


2) KUDAPAN TINGGI GULA
    ====================




Cuba kita hindari pelbagai kuih muih, manisan, kek dan sebagainya. Ramai di antara kita membayangkan jika hanya mengambil snek seperti ini tidak memberi kesan pada kenaikan berat badan - ianya SALAH! Realitinya kita perlu bersenam dengan lebih kuat untuk membakar kalori yang datang berpakej dengan makanan tersebut. Disarankan lebihkan pengambilan buah-buahan sebagai snek seharian.



3) SUSU TINGGI LEMAK
    =================

Tanpa mengira usia, tubuh kita tetap memerlukan kalsium walaupun sedang bediet. Sumber kalsium paling mudah adalah daripada produk tenusu. Seeloknya pilihlah susu rendah lemak atau susu skim agar tidak menambah beban tubuh membakar lemak yang ada. Susu soya jugak pilihan yang baik.



4) KENTANG
   ========

Kentang boleh dikatakan sebagai pengganti nasi. Betulkah? Info ini tidak salah 100% kerana kentang yang dikukus boleh dimakan bagi yang berdiet. Namun, ramai juga yang tersalah perkiraan dengan info jni sehinggakan mengambil kentang goreng atau kentang bakar dengan pelbagai perisa tambahan. Kentang seperti ini amat tidak digalakkan sebaliknya yang dibakar, direbus dan dikukus memang menjadi pilihan. 



5) JUS BUAH DALAM TIN ATAU BOTOL
    ==============================


Jom kita gunakan cara yang semulajadi, minumlah jus buah-buahan yang dibuag sendiri tanpa gula dan pewarna tiruan yang terlebih. Biasanya produk buah-buahan dalam tin memang mengandungi gula dan pewarna yang tinggi di samping pelbagai bahan kimia. 


6) MINUMAN BERSODA
   ==================

Image result for minuman soda

Kesemua minuman bersoda mengandungi kadar gula yang terlalu tinggi dan ini memang tidak langsung digalakkan. Malah soda tidak membantu menurunkan berat badan meskipun dikatakan tidak mengandungi lemak. Soda juga membuat perut buncit. Seeloknya minumlah air putih samada sejuk atau panas.


7) MAKANAN RINGAN
   =================




Makanan ringan atau jajan. Sesekali tidak digalakkan walaupun anda tidak makan nasi. Ianya mengandungi kalori yang tinggi. Walaupun anda bersenam seminggu, ianya akan jadi sia-sia. Dengan disiplin dan aktiviti senaman, anda pasti dapat menurunkan berat badan dengan cara yang sihat.
"SELAMAT BERDIET, BERSENAM DAN MENGAMBIL MAKANAN YANG BETUL DAN SIHAT"

          Zainora Hayari 016-5215057
    Shaklee Independent Distributor  
area Ipoh, Kuala Kangsar, Gopeng, 
              Kampar, Perak.


No comments:

Post a Comment