Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya,
hari ni kita 'out of topic' sekejap ye.
Yeah, sempena Ramadhan Al Mubarak yang
akan menjengah tak sampai seminggu lagi, apa kata kita mula berkira-kira kumpul
dan share resipi mudah untuk menu berbuka puasa kita nanti.
Seronok sebenarnya bila kita masak sendiri
juadah utama untuk berbuka nanti, pilih dan tengoklah mana-mana resipi yang
korang minati.
Resipi ini semua memang collection saya dalam satu 'file', saya kumpul dari pelbagai sumber dan ada juga resipi sendiri. Jadi, feel free juga pada korang untuk cuba resipi-resipi ini.
Jom jamu mata yg mana satu pilihan hati korang :-)
RESIPI-RESIPI MUDAH
Bahan-bahan (A)
11/2 sudu besar minyak masak
2 ulas bawang putih, dicincang
2 ulas bawang merah, dicincang
20g ikan masin, dihiris
Bahan-bahan (B)
250g kepingan ayam
15g halia muda, dihiris
4 keping cendawan cina kering direndam dan dipotong 4
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh minyak bijan
Cara-cara:
- Guna kaserol yang dalam,tumis Bahan
A pada tahap HIGH selama 2-3 minit.
- Masukkan ikan masin, tumis selama
1 minit dan kacau sekali-sekala.
- Campur Bahan B dan masak selama
1-5 minit
- Masuk beras dan air, tutup dan masak
pada tahap HIGH selama 7-8 minit dan
medium selama 18-20 minit
- Kacau hanya sekali.
2) NASI BUQARI
Resepi ini asalnya dari Timur Tengah
Bahan-bahan
3 pot beras - basuh dan toskan air
1/2 ekor ayam - dipotong sederhana besar
sebiji terung bulat yg kecil - potong bulat
1/2 biji ubi kentang - potong dadu
bunga kobis - potong biasa
2 inci karet - di potong memanjang dan
kurus2
garam
sedikit aji nomoto jika suka
Bahan menumis
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu makan rempah campuran - boleh dapat
di supermarket, warnanya perang
bunga lawang, kulit kayu manis, buah
pelaga, bunga cengkih - anggaran sendiri
Cara-cara
· Tumis bawang,halia,bunga lawang,kayu
manis,buah pelaga,bunga cengkih - hingga kekuningan, masukkan rempah
campuran.
· Kemudian masukkan ayam dan sedikit air,
biar ayam ½ masak, masukkan terung, ubi dan bunga kobis, garam dan aji.
· Tambah air mengikut sukatan beras, bila
air mendidih masukkan beras.
· Masak hingga nasi masak sepenuhnya,
akhir sekali masukkan carrot, kacau nasi agar ia tidak melekat dan cantik.
3) NASI GORENG AYAM
Bahan-Bahan
2 mangkuk nasi (digaul rata dengan sedikit
garam)
1 sudu besar serbuk perasa ayam
200g udang (dibersihkan)
200g isi ayam (dipotong kecil)
2 sudu besar kicap cair
2 biji telur
2 sudu besar sayur campuran
1 sudu kecil serbuk lada putih
minyak secukupnya
1 batang daun bawang (dihiris)
Cara Cara
Panaskan sedikit minyak lalu goreng
ayam. Kemudian masukkan udang dan telur.
- Masukkan nasi dan gaul hingga rata.
- Masukkan kicap cair, serbuk perasa ayam
dan serbuk lada putih.
- Masukkan sayur campuran dan daun bawang.
4) NASI PAPRIK
Bahan-bahan:
5 pinggan nasi putih panas
1/2 kilo isi ayam/daging
6 biji cili api, dihiris
3 ulas bawang merah, dimayang halus
2 ulas bawang putih, dimayang
1/2 btg serai dihiris
5 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
3 btg kacang panjang dipotong
2 sudu bawang goreng
Garam secukup rasa
sedikit minyak masak
Cara memasak:
- Panaskan minyak dan tumis bawang merah
dan bawang putih. Bila kekuningan, masukkan cili api.
- Masukkan sos cili, sos tomato, sos
tiram,serai dan sedikit air selepas menggelegak masukkan isi ayam/daging.
- Masukkan garam secukup rasa kemudian
kacang panjang dan nasi putih. Goreng selama 3 minit.
- Hidangkan.
5) NASI TOMATO
Bahan-bahan
3 tin susu beras - direndam lebih kurang
15 minit
5 sudu besar susu cair
1/2 tin tomato heinz
Bahan untuk menumis:
5 ulas bawang merah - dimayang
5 ulas bawang putih - dimayang
sedikit buah pelaga, kulit kayu manis,
bunga cengkih dan bunga lawang
sedikit halia - dimayang
daun pandan
sedikit minyak sapi
Cara-cara
- Tumis minyak sapi, masukkan bahan-bahan
yang hendak ditumis bila sudah naik bau, masukkan tomato serta susu
cair kemudian masukkan beras dan air.
- Bila nasi sudah kering masukkan pula
kismis jika anda suka.
6) MAKARONI BAKAR
Bahan-bahan
1 paket macaroni (dicelur dalam air panas
sehingga kembang dan ditoskan)
¼ kati daging cincang
1 tin susu cair/ideal
milk(besar)
1 tin air
4 bji telur (dipukul)
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci halia
(semua ditumbuk)
sedikit daun sup dan daun bawang
sedikit bawang goreng
3 sudu rempah daging
minyak utk menumis
Cara Membuatnya
- Masukkan daging cincang dan goreng sehingga
sebati.
- Masukkan makaroni dalam bekas pembakar
dan tuangkan adunan daging. Gaul rata.
- Masukkan susu, kacau rata.
Pecahkan telur dan pukul sedikit kemudian tuang atas macaroni. Ratakan (jgn dikacau)
Hias dengan daun sup dan bawang goreng.
BAKAR dgn api yg sederhana.
Pecahkan telur dan pukul sedikit kemudian tuang atas macaroni. Ratakan (jgn dikacau)
Hias dengan daun sup dan bawang goreng.
BAKAR dgn api yg sederhana.
7)
MEE GORENG THAI
Bahan - bahan
1 kg Mee Thai Mah (Mee Chendol seakan-akan
mee laksa tetapi pendek)
200gm isi ayam dipotong kecil
200gm udang sederhana (buang kulit)
Bahan Kisar
15 biji cili padi (dikisar halus)
4 ulas bawang putih (dikisar halus)
1 batang lobak dihiris halus
50 sen daun bawang (di potong 2")
30 sen daun kucai
3 kelopak kobis cina (Pek Chye) hiris
15 helai daun selasih
2 sudu makan kicap
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan sos ikan thai
garam & serbuk perasa secukupnya
sedikit air jika perlu
sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara
- Panaskan minyak. Tumis bahan kisar
hingga garing & masukkan isi ayam, udang.
- Setelah setengah masak, masukkan semua
sos, garam & serbuk perasa dan kacau rata.
- Masukkan sayur & mee, sedikit
air jika perlu dan gaul rata.
- Hidangkan semasa panas.
8) MEE HAILAM
Bahan-bahan
1 kg mie/kueh teow/mee hoon (6/8 orang)
6 biji bawang putih (tumbuk/penyekkan)
rencah ayam/udang/sotong
sos tiram
garam secukup rasa
6 biji cili api
3 sudu besar tepung jagung (cairkan dalam
setengah cawan air sejuk)
sayur (kobis bunga/sawi/carrot/baby corn)
Cara-cara
Tumiskan bawang putih dan cili api.
Kalau dah garing letakan rencah, kemudian letak air 3 cawan dan garam
secukupnya.
- Masukkan sos tiram setengah botol kecil.
- Kemudian masukkan air tepung jagung utk
pekatkan kuah.
- Masukkan sayur2 an dan mie.
9) SPAGHETTI SEAFOOD
Bahan-bahan
1 packet Spaghetti direbus
2 ekor sotong dipotong kecil
400 gm udang hidup
6 ulas bawang putih dihiris
2 sudu kecil serbuk lada hitam
2 biji lada besar dihiris (capsicum)
5 biji lada merah dihiris
minyak zaitun 1 cawan
garam secukup rasa
Cara-cara
· Gorengkan bawang putih, lada besar dan
cili merah selama 8-10 minit.
· Masukkan udang dan sotong.
· Kemudian masukkan lada sula, garam
dan serbuk lada hitam.
· Masukkan spaghetti dan goreng selama 10
minit.
· Hiaskan dengan daun parsley.
10) MEE HOON NAMPLA
10) MEE HOON NAMPLA
Bahan-bahan
80 g mee hoon (dicelur)
40 g dada ayam
20 g udang kering
20 g tauge
1 biji telur
1 sudu besar sos ikan
Garam secukup rasa
Bahan-bahan
tumbuk : 3 biji cili padi dan 1/2 biji bawang besar
Cara
membuatnya
-Panaskan minyak masak dan tumiskan udang
kering, cili padi, telur, dada ayam dan bawang besar.
- Masukkan mee hoon dan digaul rata.
- Kemudian masukkan tauge, garam dan sos
ikan.
- Masak selama 5 minit.
11) AYAM GORENG MADU
Bahan-bahan
1 ekor ayam seberat 1.5kg (dipotong lapan)
minyak untuk menggoreng
120g gajus
Perasa
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu besar madu
2 sudu besar kicap
Cara-cara
-Gaul ayam
bersama serbuk lada hitam, madu dan kicap. Perap selama 1 jam.
-Panaskan minyak dan goreng ayam itu
sehingga garing.
-Kemudian goreng pula gajus itu dan
ketika menghidangkannya, tabur gajus itu ke atas ayam dan hiaskan dengan hirisan
timun.
-Hidangkan panas-panas.
12) FISH FILLET SOS CENDAWAN
Bahan-Bahan
4 keping fish fillet
1/2 camca garam
2 camca serbuk lada hitam
2 sudu makan jus limau nipis
1 sudu makan mentega
1 sudu makan kunyit
Bahan Sos
Cendawan
50 gm bawang -cincang kasar
100gm cendawan butang-hiris tipis
75 ml susu cair
1 camca lada sulah
1 sudu makan mentega
Sedikit gara
Cara Cara
- Lumur fillet dengan garam, lada hitam,
kunyit dan jus limau nipis. Perap 30 minit.
- Panaskan mentega, goreng fillet hingga
kekuningan.
Untuk menyiapkan sos:
- Panaskan mentega, tumis bawang cincang
dan cendawan hingga layu.
- Masukkan susu cair, kacau rata. Masukkan
garam dan lada sulah.
- Masak hingga mendidih, siram dan tuang
ke atas fillet.
13) GULAI TEMPOYAK IKAN KEMBUNG
Bahan-bahan:
71 kg ikan kembung (dipotong dua)
1 ikat taugeh kasar
1 cawan tempoyak
1 batang serai 10 biji cili padi
Serbuk kunyit
Garam
Cara memasak:
- Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam
periuk bersama cili padi yang telah dikisar dan serai yang telah dititik.
- Tempoyak dibancuh dengan sedikit air
supaya tidak terlalu pekat.
- Masukkan serbuk kunyit dan garam
- Apabila mendidih, masukkan taugeh.
- Sedia untuk dihidang.
14) IKAN KUKUS CINA
Bahan-bahan
1 ekor ikan bawal / kembung
1 sudu makan minyak masak
Tumbuk
2 sudu makan tauchu
1 biji cili merah (dihiris)
ulas bawang putih (dicincang)
Perasa 1 sudu makan kicap manis
Cara-cara
· Tumiskan bahan-bahan yang hendak
ditumis.
· Kemudian salutkan pada ikan dan kukus
selama 10 minit.
15) IKAN TENGGIRI MASAK TAUCU
Bahan-bahan
3 keping ikan tenggiri
3 sudu makan taucu
3 biji cili merah (dihiris)
3 biji lada hijau (dihiris)
1 biji bawang besar dipotong bulat
1/2 inci halia (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1/2 mangkuk air asam jawa
sedikit serbuk kunyit
minyak
garam secukup rasa
Cara-cara
· Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan
garam. Goreng hingga garing.
· Panaskan minyak, tumis cili merah,
cili hijau, bawang besar, halia dan bawang putih.
· Masukkan taucu, setelah itu
masukkan air asam jawa dan perasa biar sampai mendidih.
· Masukkan ikan tenggiri, angkat dan
hidangkan.
16) CHILI KETAM
Bahan-bahan
1 kg ketam yang sederhana
garam dan gula secukupnya
daun bawang untuk hiasan
Air asam jawa
Tumbuk
5 ulas bawang putih
5 sudu makan cili kisar
Cara-cara
- Bersihkan ketam dan goreng sebentar.
- Tumis bahan kisar hingga garing.
- Masukkan air asam jawa, garam dan gula.
- Selepas itu, masukkan ketam dan gaul
hingga rata.
- Hiaskan dengan daun bawang.
17) KERABU MANGGA SOTONG
Bahan-bahan
1 cawan sotong mesin
½ cawan mangga masam – dihiris
2 biji bawang merah – dihiris
1 sudu besar daun bawang – dihiris halus
1½ sudu kecil udang kering
¼ cawan gajus
5 biji cili padi – dihiris halus
1 sudu besar jus limau
2 sudu besar gula
1 biji cili merah – untuk hiasan.
Sedikit daun ketumbar – untuk hiasan
Cara-cara
- Campurkan semua bahan-bahan kecuali
bahan untuk hiasan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
- Tambahkan gula atau garam mengikut rasa.
Hiaskan dengan cili potong dan daun ketumbar.
- Sedia untuk dihidangkan.
18) KERABU TAUGE
Bahan-bahan
200 g tauge dicelur
20 ml perahan limau nipis
50 g bunga kantan dihiris
30 g daun ketumbar dihiris
100 g bawang besar dihiris
50 g cili merah dihiris
50 g isi kerang yang direbus
30 g udang kering disangrai
50 g kerisik
Garam secukup rasa
Cara membuatnya
- Satukan semua bahan dan gaul sebati. Hidangkan segera.
19) SAMBAL TERUNG
Bahan-bahan
2 biji terung panjang (dipotong tiga dan
dibelah dua)
1 biji bawang besar (untuk hiasan)
1 tangkai cili merah (untuk hiasan)
Tumbuk
10 tangkai cili kering
3 ulas bawang kecil
1 ulas bawang putih (dimayang halus)
segenggam udang kering
Perasa
garam secukup rasa
2 sudu makan minyak makan
2 sudu makan kicap pekat manis
Cara-cara
· Panaskan minyak dan goreng bawang putih
sehingga garing.
· Masukkan bahan yang telah dikisar tadi
bersama udang kering,kacau sehingga naik minyak.
· Masukkan terung bersama secawan air dan
tutup sehingga terung empuk.
· Kacau lagi supaya semuanya sebati dan
masukkan kicap pekat manis bersama garam.
· Akhir sekali masukkan bawang besar
bersama cili merah dan boleh dihidangkan.
20) CENDAWAN CHEESE OMELETTE
Bahan-bahan
4 biji telur
cheddar shredded Cheese
button mushroom
black pepper powder
1 susu makan susu cair
Cara-cara
- Potong button mushroom - sederhana tebal.
- Pecahkan telur, campur sedikit susu cair
atau susu segar.
- Kacau rata (macam telur dadar).
- Panaskan kuali (letak minyak sedikit
sahaja tapi rata satu kuali).
- Bila dah panas, goreng mushroom then
masukkan telur. Jangan api besar. Jangan terbalikan telur.
- Apabila agak garing bahagian bawah,
dan bahagianatas dah kering, taburkan shredded cheese atas telur, lipat dua.
- Taburkan black pepper atasnya - kalau
tak suka tak payah letak.
21) AYAM MASAK RENDANG BERLADA
Bahan-Bahan
1 ekor ayam - dipotong sederhana
20 tangkai lada kering - dikisar
10 ulas bawang kecil - dikisar
6 ulas bawang putih - dikisar
3 cm halia - dikisar
3 cm kunyit hidup - dikisar
3 cm langkuas - dikisar
4 batang serai - dikisar
500 ml santan
4 helai daun limau perut
2 helai daun kunyit
2 helai daun salam
Sedikit minyak untuk menumis
secukup garam
Cara Cara
· Panaskan minyak kemudian tumis
bahan bahan yang telah dikisar hingga garing.
· Masukkan ayam, santan dan garam
secukup rasa.
· Gaul ayam dengan bahan
tumisan tadi hingga sebati. Biarkan ianya mendidih hingga ayamnya betul-betul masak.
· Akhir sekali masukkan daun kunyit,
daun salam dan daun limau perut.
· Taburkan bawang goreng sebelum
menghidangkannya.
22) KEPAK AYAM
BERBIJAN
Bahan-Bahan
8 keping kepak ayam
sedikit halia
sedikit minyak bijan
sedikit kicap
sedikit serbuk lada hitam
sedikit garam
sedikit gula
Cara Cara
- Perap kepak ayam dengan minyak bijan,
kicap, serbuk lada hitam, garam dan gula selama 6 jam di dalam peti sejuk.
- Panaskan minyak, masukkan halia. Apabila
kelihatan kering, masukkan minyak bijan, ayam yang telah diperap, gaul rata.
- Masukkan sedikit air, dan biarkan
mendidih selama 5 - 7 minit, atau sehingga ayam empuk.
23) AYAM
BERIANI
Bahan-bahan
1 ekor ayam dibelah empat
1 tin susu cair
2 sudu besar rempah beriani
1 sudu besar madu
sedikit daun pudina, tomato untuk hiasan
minyak sapi untuk menumis
Tumbuk
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
Sedikit halia
Cara-cara
- Bersihkan ayam dan goreng separuh masak.
- Tumis bahan yang telah ditumbuk hingga
ada bau.
Masukkan rempah beriani, cili, bawang
goreng yangtelah diramas, telur rebus, madu dan susu cair.
- Tambahkan sedikit air. Kemudian masukkan
ayam.
- Tambah garam untuk menyedapkan
rasa.
- Bila pecah minyak, baru padamkan api.
24)
Udang Harimau Masak Keju
Bahan:
· 200
g udang harimau
· 1/2
liter minyak masak
Bahan
kuah:
· 100
g marjerin
· 100
g susu sejat
· 3
tangkai daun kari, dihiris halus
· 1
biji cili padi, dihiris halus
· 1/3
camca teh keju Parmesan
· 1/4
camca teh garam
· 1
camca teh gula
Cara
membuat:
1. Panaskan minyak di
dalam kuali. Goreng terendam udang sehingga garing.
2. Panaskan
kuali dan masukkan marjerin sehingga cair.
3. Masukkan
susu sejat tadi dan masak menggunakan api perlahan sehingga pekat.
4. Masukkan
bahan lain dan panaskan.
5. Masukkan
udang dan kacau sehingga sebati.
25) Ayam Lemak Kuning
Bahan:
· 1
kg ayam, dipotong 12 keping
· 3
cawan santan pekat
· 3
cawan santan cair
· 3
batang serai, dititik
· 15
biji cili padi, dikisar
· 10
biji bawang kecil, dikisar
· 5
biji bawang putih, dikisar
· 3
keping asam keping
·
Sedikit serbuk kunyit
·
Sedikit garam,
· 3
biji ubi kentang, dipotong dadu
Cara
membuatnya:
1. Panaskan periuk dan masukkan
santan cair, barang yang dikisar serta serbuk kunyit.
2. Apabila mendidih, masukkan
ayam, asam keping, serai dan ubi kentang.
3. Apabila mendidih, masukkan
santan pekat kacau sebati dan masukkan garam secukup rasa.
4. Apabila ayam dan ubi kentang
masak, boleh diangkat untuk hidangkan.
26) Udang Celur Bercili
Bahan:
· 10
biji cili kering
· 5
biji bawang kecil
· 5
ulas bawang putih
· 100
gram udang besar
· 5
cawan air
·
Minyak
· 5
biji bawang besar
·
Garam
· 1
camca teh gula
Cara
membuat:
1. Kisar cili kering, bawang kecil, bawang
putih sehingga halus.
2. Bersihkan udang dan buang kulit.
3. Panaskan air sehingga mendidih kemudian celur
udang sehingga warnanya
jingga kemerahan.
4. Panaskan
minyak dan tumis sehingga bahan yang dikisar sehingga garing.
5. Tambahkan
garam dan gula secukup rasa.
6. Masukkan
udang dan kacau sehingga sebati.
27) Ketam Masak Lemak
Bahan:
· 1/2
kg ketam
· 1/2
biji kelapa/serbuk santan
· 15
biji cili api/cili kering
· 5
ulas bawang merah
· 5
ulas bawang putih
· 2.5
sm kunyit
· 1
batang serai
·
Garam
·
Gula
Cara membuatnya:
1. Ketam dipotong dan
dibersihkan.
2. Kelapa diperah dan diambil
santannya (asingkan patinya.)
3. Cili, bawang merah, bawang
putih dan kunyit ditumbuk.
4. Masukkan santan dan serai di
dalam periuk di atas api yang sederhana.
5. Masukkan bahan tumbuk dan
kacau sehingga mendidih.
6. Masukkan ketam dan masak
sehingga ketam berwarna jingga kemerahan.
7. Tambah garam secukup rasa dan
gula jika perlu.
28) Gulai Daging Nangka Muda
Bahan:
·
600g
daging bahagian atas
(topside)
·
150g
santan
·
5g serai,
diketuk
·
20g
lengkuas, diketuk
·
250g nangka muda, dibersihkan
dan dipotong kecil
Bahan
kisar:
·
200g cili
merah
·
100g
bawang kecil
·
20g halia
·
20g
kunyit hidup
Cara
membuatnya:
1. Rebus daging
di dalam periuk bersama bahan kisar dan biarkan ia empuk.
2. Kemudian masukkan santan, serai
dan lengkuas kacau sehingga mendidih.
3. Masukkan
nangka dan masak sehingga ia empuk dan berminyak.
Angkat dan hidangkan.
29) Sambal Udang Terung Belanda
Bahan:
·
1kg udang
harimau
·
100g
bawang besar, dipotong bulat
·
200g cili
merah
·
50g
bawang kecil
·
2 biji
tomato
·
3 camca
besar minyak masak
·
Garam
secukup rasa
·
200g
terung belanda
Cara
membuatnya:
1 . Udang
dibersihkan kemudian digoreng dengan garam. Angkat dan ketepikan
2 . Cili merah
dikisar kasar bersama bawang kecil dan tomato. Ketepikan
3. Panaskan
minyak di dalam periuk, masukkan bawang besar, kacau sebentar. Masukkan bahan dikisar tadi dan
tumis sehingga terbit bau wangi
4 . Masukkan
garam secukup rasa, kacau sebentar. Masukkan udang dan kacau sehingga sebati.
Akhir sekali masukkan terung belanda. Kacau rata sehingga masak. Angkat dan
hidangkan
30) Jojeh Kebab
Bahan
·
1/2 cawan minyak zaitun
·
2 biji bawang besar, dipotong dadu
·
1/2 camca kecil kuma-kuma
·
Garam secukup rasa
·
10g lada hitam, dicincang kasar
·
1kg ayam, dipotong
kecil dan dibuang kulit
·
5 biji tomato, sederhana besar
Cara membuatnya
1. Sediakan bahan perap, satukan minyak zaitun, bawang besar, kuma-kuma,
garam dan lada hitam ke dalam mangkuk, gaul rata.
2. Masukkan ayam yang dibersihkan tadi dan gaul rata. Perapkan
ia semalaman di dalam peti sejuk.
3. Sediakan pencucuk besi kebab dan cucukkan ketulan ayam satu persatu
seperti sate. Kemudian cucukkan semua tomato ke dalam pencucuk besi yang
berasingan.
4. Bakar kedua-dua kebab ayam dan tomato di atas pemanggang api selama 5
hingga 10 minit. Balik-balikkan ia selalu.
5. Kebab ini juga boleh dibakar di ketuhar pada suhu tinggi. Setelah kebab
ayam dan tomato masak, angkat dan hidangkan bersama nasi beriani atau roti
Arab.
*Resipi Jurumasak Masakan Timur Tengah, Hotel Nikko Kuala Lumpur, Chef
Reza Seifi Balasi
31) Pasta Primavera
·
500 g pasta
·
100 ml minyak zaitun
·
50 g bawang putih
·
50 gm kubis Romaine
·
150 g lada Benggala merah
·
150 g lada Benggala hijau
·
100 g bawang besar
·
400 g tomato, dibuang kulit
·
4 camca besar sos tomato
·
50 g daun selasih
·
10 g garam
Cara membuatnya
1.
Celur pasta sehingga masak, sejat dan ketepikan.
2. Panaskan kuali,
masukkan minyak zaitun dan tumis sebentar bawang putih. Kacau sebentar.
3. Kemudian masukkan kubis Romaine, lada Benggala hijau dan merah, bawang
besar, tomato dan biar ia masak 15 hingga 20 saat..
4.
Masukkan sos
tomato, daun selasih dan kacau rata. Angkat dan ketepikan.
5.
Hidangkan pasta di
dalam pinggan dan tuangkan kuah di atasnya.
32. Daging Masak Lada Hitam
Bahan-bahan
1/2 kg
daging (dihiris nipis)
1 labu
bawang besar
3 ulas
bawang putih
1/2 inci
halia dan sedikit lada hitam
1 sudu
kecil serbuk kunyit
3 sudu
besar sos tiram
2 sudu
besar kicap pekat
Brokoli
Carrot
kicap manis
sesedap rasa
sedikit
garam
3 sudu
besar sos cili
1 sudu
besar sos tomato
Cara-cara
- Tumbuk
lada hitam hingga hancur, barulah tumbuk halia, bawang putih dan bawang besar hingga lumat.
- Kemudian
gaulkan bahan tumbuk tadi dengan daging yang telah dihiris nipis.
- Masukkan
sos tiram, sos tomato, cili, kicap pekat, kicap manis, kunyit dan garam.
- Gaul rata
dan perap dahulu daging tersebut selama 2 jam sebelum di masak, makin lama
perap makin sedap ya.
- Panaskan
minyak dan goreng daging hingga empuk, tambahkan sedikit air.
- Setelah
masak, boleh dihias dengan hirisan daun bawang, lada, daun sup, dan
hirisan bawang.
33. Lemak Siput Sedut
Bahan
1 kg siput sedut [potong belakangnya..basuh dan toskan]
1 kg siput sedut [potong belakangnya..basuh dan toskan]
2 cawan
santan cair ]
2 santan
pekat ] 1 biji kelapa
1 biji ubi
keladi [potong kecil dan rebus...dan toskan]
1 helai
daun kunyit [koyakkan]
Bahan Mesin
20 tangkai cili api (ikut pedas)
3 ulas
bawang kecil
garam
serbuk
kunyit
Cara:
1. Masukkan
semua bahan kecuali santan pekat dalam periuk dan didehkan perlahan-lahan sehingga
mendidih.
2. Masukkan
santan pekat dan biarkan mendidih sekali lagi.
3. Angkat
dan hidangkan bersama nasi putih.
34. Lemak Pucuk Ubi
BAHAN2NYA:-
Pucuk ubi
kayu
Santan
50g ikan
bilis
5 biji cili
api
1 inci
kunyit hidup
3 ulas
bawang merah
1 ulas
bawang putih
Garam
CARA2NYA:-
- pucuk ubi
dipotong @disimpul, kemudian dicelur sebentar
- cili
api,kunyit dan bawang ditumbuk kasar
- kemudian
tumbuk ikan bilis pula.
- satukan
pucuk ubi dan bhn yg dikisar.
- masukkan
santan, garam dan kacau sehingga mendidih
- boleh la
ditutup api dapur.
35. Sup
Kaki Ayam
Bahan-bahan:
1.
Sup bunjut
2.
Kaki ayam (banyak mana yang korang nak makan)
3.
Kulit kayu manis
4.
Air secukupnya
5. 1 Biji Bawang merah kecik, 3 Ulas bawang putih, 1cm halia (kuantiti
bergantung kepada saiz hidangan anda)
6.
Garam dan Kiub pati ayam
7.
Daun sup dan daun bawang
8.
Sedikit minyak untuk menumis
Cara penyediaan:
- Blend atau tumbuk lumat bawang merah kecik,
bawang putih, halia.
- Masukkan sedikit minyak ke dalam periuk dan
tumis bahan tadi sehingga nampak kekuningan bersama dengan kulit kayu
manis.
- Next, masukkan kaki ayam, sup bunjut, kiub
pati ayam dan tambah air dan sehingga tenggelam kesemua kaki ayam tadi.
Reneh dengan api perlahan.
- Akhir sekali, setelah sup telah lama direneh,
masukkan garam secukup rasa (masinkan sedikit jika ingin makan bersama
nasi), daun bawang dan daun sup.
36.Sotong Masak Kicap
Bahan
750 gram sotong
750 gram sotong
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 tangkai cili hijau
1 tangkai cili merah
1 biji bawang besar
2 sudu cili kisar
Kicap lemak manis Jalen
Bahan Tumbuk:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara cara:
Panaskan sotong di dalam kuali. Masak
sehingga air sotong keluar. Angkat dan toskan. Ianya bertujuan supaya
masakan kita tidak berkuah dengan air sotong.
Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang dan bahan tumbuk sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan kacau rata sehingga cili benar benar masak.
Masukkan sotong dan kacau rata. Masukkan pula kicap diikuti dengan cili cili hidup dan bawang besar.
Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang dan bahan tumbuk sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan kacau rata sehingga cili benar benar masak.
Masukkan sotong dan kacau rata. Masukkan pula kicap diikuti dengan cili cili hidup dan bawang besar.
37. Sambal Tumis Telur
Bahan bahan
5 ulas bawang
merah
3 ulas bawang
putih
1 biji bawang
besar - hiris
4 sudu besar cili
kering kisar
Sedikit
belacan
Garam
Gula
Air asam
jawa
Telur - rebus,
kupas dan goreng
Cara
cara:
- Panaskan
minyak.
- Tumis bawang merah dan bawang putih yang
dimesin sehingga garing dan wangi.
- Masukkan cili
kisar dan goreng dengan api perlahan sehingga betul betul garing.
- Masukkan gula terlebih dahulu supaya
sambal berwarna merah cantik.
- Masukkan garam, sedikit belacan dan air
asam jawa.
- Kalau terlalu pekat, tambahkan air
sedikit demi sedikit.
- Masukkan telur yang telah direbus.
- Didihkan dan sedia untuk santap.
38. Ikan Bilis Masak Kicap
Bahan-bahannya:
1 cawan ikan bilis – di goreng garing
1 labu bawang besar di hiris
1 tangkai cili merah - di hiris
1 cawan ikan bilis – di goreng garing
1 labu bawang besar di hiris
1 tangkai cili merah - di hiris
1-2 tangkai cili hijau - di hiris
10 batang cili api di hiris atau di ketuk
2 sudu besar kicap manis
10 batang cili api di hiris atau di ketuk
2 sudu besar kicap manis
1 sudu kecik lada hitam kisar
Secubit garam untuk perasa (jika perlu)
Cara-caranya:
1. Ikan bilis yang di goreng garing di ketepikan.
2. Gunakan sedikit minyak sahaja dan tumiskan bawang hiris sehingga naik bau wangi.
Secubit garam untuk perasa (jika perlu)
Cara-caranya:
1. Ikan bilis yang di goreng garing di ketepikan.
2. Gunakan sedikit minyak sahaja dan tumiskan bawang hiris sehingga naik bau wangi.
3. Masukkan hirisan cili merah, cili hijau dan
cili api tadi.
4. Masukkan kicap manis dan lada hitam kisar serta gaul rata.
5. Tutupkan api.
4. Masukkan kicap manis dan lada hitam kisar serta gaul rata.
5. Tutupkan api.
6. Masukkan pula ikan bilis goreng tadi di gaul
rata.
Sedia untuk di hidang.
39. Sphagetti Carbonara
Bahan utama untuk
membuat Spaghetti Carbonara:
Minyak zaitun
1-2 bj Bawang
besar/benggala
3-4 bj bawang putih
(dipotong dadu)
1 sudu kecik serbuk
Lada hitam
1 kotak susu dutch lady
2-3 keping cheese
Lady's Choice atau apa apa brand
1 Tin prego pasta sauce
carbonara mushroom
1 bungkus daging
cincang,
Sosej ikut suka
(potong)
Garam
1 paket spaghetti untuk
direbus sampai empuk
Cara-cara membuatnya:
1) Panaskan minyak
zaitun, tumiskan bawang besar dan bawang putih. Bila dah agak garing
masukkan pula daging. Kacau-kacau sampai daging itu hancur.
2) Bila dah hancur,
bolehlah masukkan pula "prego pasta sauce carbonara mushroom". Letaklah
lada hitam sedikit, bila bau dah mula naik bolehlah curahkan air susu
kotak dutch lady.
Agak-agak sahaja,
Masukkan juga kepingan cheese. Kacau seketika.
3) Seterusnya,
masukkanlah segala perencah rasa nak letak. Contohnya, ayam, daging, sosej,
sotong ke. Apa-apa sahajalah. Selepas itu tunggu sampai ia mereneh.
4) Sambil buat sos
Spaghetti Carbonara, bolehlah buat spaghettinya pula.
5) Panaskan air dalam
periuk sehingga masak, letak sedikit garam. Bila ia betul-betul masak dan
panas barulah rendamkan spaghetti ke dalam periuk tambahkan sedikit minyak
zaitum. Lalu biarkan ia mereneh supaya spaghetti betul-betul masak.
5) Siap!
Bolehlah letak dalam pinggan untuk dimakan. Inilah resepi paling mudah
dan cepat masak untuk dibuat. Tak sampai setengah jam pun untuk
membuatnya.
Bahan-bahan
1 packet
mee kuning
1 biji
bawang merah besar – dihiris halus
3 ulas
bawang putih – dihiris halus
Minyak
masak
Bahan sos
(disatukan)
4 sudu
besar cili kisar
4 sudu sos
tiram
4 sudu
besar kicap lemak manis
2
sudu besar sos cili
1 cawan air
panas
Rencah-rencah
(ikut korang nak letak rencah apa)
2 biji
telur
Udang,
sotong, isi ayam – dibersihkan dan diperap bersama sos tiram dalam 20minit (tak
perap pun tak apa)
Fish cake
dan fish ball
Sayur sawi
Taugeh
Carrot
Daun sup
Bahan
hiasan (Tak nak hias pun tak kisah)
Bawang
goreng
Cara-cara
1- Panaskan
kuali dan minyak.Tumis bawang besar merah dan bawang putih hingga warna keemasan.
2- Setelah
itu, tumiskan cili kisar sehingga garing dan masak.
3- Masukkan
segala sos dan air. Masak hingga mendidih. Pastu
masukkan
bahan rencah. Masak atas api besar seketika.
4- Masukkan
mee kuning. Kacau rata kesemuanya.
5- Masukkan
telur, tunggu kejap kasi cantik kejadian telur tu kemudian baru gaul mee dengan
sebati bersama garam secukup rasa.
5- Dah
siap, sedia dihidangkan
SELAMAT MENCUBA
** Gambar gambar ada yang dari simpanan sendiri dan ada sumber dari www.google.com. Jika ada yang dari kawan-kawan pembaca terima kasih diucapkan.