Pengurusan kewangan.
Di awal-awal buat business, saya selalu
jugak ambil duit company untuk kegunaan sendiri. Kadang2 guna duit pun
untuk belian barang company jugak tapi resit selalu entah ke mana.
Memang tak bagus kan mcm ni, kerana ia akan membuatkan akaun tak cantik,
mana perginya duit tu lebih lagi jika tiada resit. Jadi apa perlu kita
lakukan? Mana duit yang kita perlu simpan, yang perlu rolling dan untuk
kegunaan sendiri?
Okey, saya share sikit permulaan saya uruskan akaun
business. Contoh, saya ada saving dalam bank RM2000, saya ambik RM1000
untuk rolling bisnes dan RM1000 simpan dulu untuk kecemasan.
Duit kecemasan tu macam nak bayar bil, isi minyak, makan (bukan bermewah-mewah).
Duit kecemasan tu macam nak bayar bil, isi minyak, makan (bukan bermewah-mewah).
Kemudian, dari RM1000 tadi, saya laburkan jadi modal dan beli stok
habis RM1000. Dan saya akan target semua stok akan terjual dan dapat
balik paling kurang RM1500-2000.
Target sales itu sangat penting.
Lagi cepat target kita, lagi cepat kita dapat besarkan modal kita tanpa
perlu meminjam. Dari 1k jadi 2k, tambah lagi duit kecemasan 1k. Boleh
lah topup dekat duit rolling ataupun buat saving.
Okey, di atas
tadi saya dah cerita pasal rolling modal, jadi ingat.. key point nya ialah
Jangan Membazir! Beli untuk simpan stok yang lakukeras bg customer
korang. Lepas tu, usaha dan usaha untuk simpan duit setiap minggu plus
work hard/smart dari awal bisnes tau, In Shaa Allah berjaya. Even
keuntungan dan bonus growth sikit, takpe.. asalkan ianya terus growth
dan lama kelamaan ianya akan terus membesar.
Lagi satu, korang perlu
untuk simpan resit dan kategorikan resit, tampal dekat kertas A4 dan
filing kan. Amalkan masuk resit dalam kotak bila sampai rumah, bila ada
waktu lapang atau kalau korang ada staff, minta dia tampal resit dekat
A4. Di sini kita akan nampak duit keluar untuk segala perbelanjaan
business kita hatta utk utiliti bil.
Dan apa saja yang kita
lakukan untuk business kita, ianya berbalik kepada NIAT kita, saya
memang mulakan perniagaan untuk mencari nafkah sampingan dan teruskan
kehidupan yang serba mencabar ni. Bukan untuk glamor glamor dan luaskan
empire. Jika ada hutang.. cuba langsaikan secepat mungkin. Sebab, hutang
itu yang akan membebankan dan menolak rezeki kalau kita lewa-lewakan
pembayaran.
Paling cantik dan bagus, asingkan kan duit sendiri
dengan duit akaun business.
Bukak 1 akaun semasa (current account) untuk
company sendiri. Segala perbelanjaan, pendapatan, bonus, etc.. kita
hanya guna akaun semasa sahaja. Jadi bg korang yang mcm saya ada 2 kerja
ni, kita tak campur adukkan pendapatan dr dua kerja ni. Business hanya
untuk akaun business sahaja. Jadi kita tak terguna lah duit yang ada
dalam akaun simpanan kita sendiri.
Sekian dari saya yang masih lagi
belajar dan memantapkan business sendiri. Jika ada nak share yg lebih
baik, saya amat sudi untuk baca semua sharing teknik daripada korang
semua.
Jika
anda berminat untuk vitamin dan supplement Shaklee atau berminat untuk
menambah pendapatan, boleh hubungi saya bila-bila masa di sini:
1. LIKE fanpage Mummyqasehfahim Shoppe
2. PM saya di FB, Zainora Hayari
3. Emel: zainora_79@yahoo.com
4. SMS/Whatsapp saya di 016-5215057