Saturday, December 23, 2017

SKINCARE YOUTH SHAKLEE



YOUTH Skincare Set


Wowww! Barang baik yg ditunggu tunggu.. tazabar, akan berada di pasaran tak lama lagi. 

Produk Skin Care ini dijamin bebas dari bahan kimia berbahaya yang boleh menyebabkan kanser dan pelbagai masalah kesihatan. 

Regimen penjagaan kecantikan dalam program Skincare YOUTH SHAKLEE mengandungi 4 langkah asas :
Langkah pertama: 
• Membersih dengan YOUTH LUMINOUS GEL OIL CLEANSER


Langkah kedua: 
• Menutup pori yang sudah dibersihkan dengan YOUTH PERFECTING SKIN TONER


Langkah ketiga: 
• Memulih dan memperbaiki kulit dengan YOUTH ACTIVATING SERUM


Langkah keempat: 
• Melembap dan memberi nutrisi kepada kulit dengan YOUTH AGE DEFENSE MOISTURIZER pada waktu siang dan YOUTH


Untuk pengetahuan semua, SKINCARE YOUTH ini diuji secara klinikal dan secara dermatologi. Selain itu ia turut diuji oleh pakar mata (Ophthalmologist) untuk membuktikan bahawa skincare ini selamat untuk mata dan tidak merengsakan walaupun pada mata yang sensitif.

Ingin menjadi pengguna terawal menggunakan produk YOUTH ini? 

Boleh call atau whastapp nombor kami seperti di bawah. Jom kita sembang sembang.


Zainora Hayari
Shaklee Independent Distributor
COD Ipoh, COD Sg Pulai, COD Kampar
Perak
   

Tuesday, October 17, 2017

CARA ANAK BERTENAGA SEMASA BERPUASA

Salam dan selamat pagi semua,

Hari ni saya nak share tips dan cara bagaimana melatih anak-anak kita bertenaga semasa berpuasa

Mudah sahaja ibu-ibu dan ayah semua. 

Mari saya kongsikan bagaimana cara saya memberi tenaga untuj anak-anak saya semasa bersahur ataupun hari biasa sebelum ke sekolah. Saya share dengan korang semua melalui video ini. 




Beginilah cara saya membekalkan tenaga kepada anak anak. Mealshake ini memang sunber protein terbaik untuk anak anak kerana ianya mengandungi 19 jenis vitamin A- Z, mineral dan ‘Trace Mineral’. 





Di samping itu Mealshake ni jugak 
  • Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
  • Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel semasa proses membesar.
  • Sesuai untuk tumbesaran anak-anak dan juga ibu-ibu yang sedang mengandung.
  • Mengandungi vitamin B-complex , iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
  • Sesuai untuk mereka yang mahukan kulit yang cantik dan halus mulus.
  • Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
  • Sesuai untuk kanak-kanak serta orang dewasa yang sering sembelit.




Semoga kita sama-sama mendapat kebaikan daripada set ini, in shaa Allah. 


Zainora Hayari

Shaklee Independent Distributor
COD Ipoh, COD Sg Pulai, COD Kampar
Perak

Monday, October 16, 2017

CARA CARA MINUM ESP DENGAN MUDAH

Assalamualaikum semua.

Beginilah cara-cara saya minum ESP di office. Mudah je tau. Yang penting, sediakan stok ESP di office, mug/tumbler dan air sejuk atau panas.

Minum time breakfast, lepas tu tak perlu makan pagi yang heavy.

Kebaikan ESP ni banyak sangat, antaranya :-

1. Kenyang
2. Bertenaga sehingga petang
3. Boleh control berat badan sebab tidak perlu ambil breakfast heavy macam Nasi Lemak, Mee Kari, Mee Bandung dan sebagainya.
4. For sure kulit korang akan bertambah gebu dan mulus.
5. Untuk Ibu-ibu mengandung, sumber protein terbaik untuk kandungan anda.
6. Untuk Ibu menyusu, sumber protein terbaik untuk badan anda dan sebagai 'milk booster', kualiti tinggi.
7. Untuk yang ada parut jerawat, inilah masanya nak clearkan bekas jerawat.. berkesan tau.

Dan banyak lagi kebaikan ESP ini untuk semua golongan.

Jom tengok cara bancuh dan minum ESP dengan mudah dan segera. Selamat menonton!




 BOLEH HUBUNGI KAMI DI SINI UNTUK SEBARANG PERTANYAAN.
KAMI JUGA MENYEDIAKAN KHIDMAT COD DI KAWASAN BERHAMPIRAN

Zainora Hayari
016-5215057
Shaklee Independent Distributor
COD Ipoh, COD Sg Pulai, COD Kampar
Perak
        FB: http://www.facebook.com/Mummyqasehfahim/

Monday, October 2, 2017

SISTEM IMUN BADAN

Dunia sekarang penuh dengan "penyakit". Jika kita lihat di sekeliling kita, ada saja orang sakit. Tidak mengenal usia, baik muda mahupun tua. Kanak-kanak pun tidak terkecuali. Muda-muda lagi dah ada kencing manis, darah tinggi, gout dan macam-macam lagi. Yang paling kritikalnya, sudah ada yang menderita kanser walaupun umur baru 2 tahun, 10 tahun dll. Kenapa ianya berlaku? Apakah punca penyebabnya? Badan manusia terdedah kepada radikal bebas daripada dua sumber utama iaitu daripada dalaman dan luaran. Radikal bebas boleh terbentuk sebagai hasil (by-product) daripada reaksi sel badan kita. Ia juga boleh terbentuk daripada terdedahnya kita kepada faktor persekitaran seperti asap rokok, pencemaran udara dan sinaran UV atau radiasi. Sedikit radikal bebas yang terhasil, boleh berganda menghasilkan lebih banyak radikal bebas lagi.
.

Akibatnya, sistem imun menjadi lemah dan mudah mendapat penyakit berkaitan seperti kanser. Sel- sel badan juga menjadi lebih cepat tua sebelum usia. Semuanya kerana sistem pertahanan badan kita tidak kuat. Cara hidup dan cara pemakanan yang tidak sihat juga penyumbang besar untuk mendorong penyakit singgah ke badan kita.
.

Macam mane nk kuatkan sistem imun badan kita? Antaranya kita tambahkan antioksidan dalam diet seharian supaya sistem badan kita mampu untuk neutralkan radikal bebas. Antioksidan juga mampu menghalang pembentukan rantaian radikal bebas (rantaian maknanya radikal bebas berganda menghasilkan lebih banyak radikal bebas lagi) dan sudah tentu ia berfungsi meningkatkan sistem imun. Sistem imun yang kuat, mampu memperlahankan kemusnahan sel akibat pengoksidaan. Kita bukan sahaja boleh melawan dan menghindari penyakit merbahaya malah badan yang penuh dengan sel yang sihat menjamin anda awet muda daripada usia sebenar!
.

Jika kita ingin pastikan makanan antioksida anda lengkap dan cukup, pastikan ada Carotomax dalam sajian. Makan carotomax dan anda sebenarnya telah mempunyai khasiat daripada rasberi, pisang, aprikot, ikan salmon dan limau gedang(grapefruit).
.

Mampukah manusia menghasilkan vitamin C dalam tubuh badan? Jawapannya TIDAK. Badan manusia tidak boleh menghasilkan vitamin C sendiri. Sifat vitamin C adalah larut air. Means ia tidak dapat disimpan dengan lama di dalam badan manusia kerana ia akan hilang sedikit demi sedikit secara berterusan. Vitamin C tidak bersifat toksik jadi ia tidak merbahaya jika diambil berlebihan (kesannya cuma anda mungkin akan mengalami sedikit cirit birit). Tambahan kepada kandungan 500mg vitamin C, Sustained Released Vita C Shaklee juga mengandungi sebanyak 120mg Bioflavonoids Complex daripada lemon, oren dan limau gedang (grapefruit). Apa tugas bioflavonoid? Ia mampu untuk tingkatkan keberkesanan vitamin C dalam badan kita, di samping mampu melegakan inflamasi, dan menentang infeksi bakteria serta radikal bebas.
.

Vitamin E Shaklee dikenali sebagai Vita-E Complex. Mengapa perkataan complex? Ini kerana vitamin E Shaklee berbeza dengan vitamin E biasa yang anda boleh dapati di kedai. VIta-E Complex adalah vitamin E paling LENGKAP di pasaran. Diperbuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum. Sumber ini sangat kaya dengan khasiat vitamin E dan saintis Shaklee berjaya mengekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabungkan dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama, delta). Ini baru vitamin E semulajadi. Vita-E Complex juga mengandungi 10mg selenium semulajadi.
.





No photo description available.

Nutriferon berfungsi untuk menguatkan sistem imun dengan menggalakkan penghasilan interferon semulajadi di dalam tubuh badan kita. Tahukah anda, bahawa sesetengah penyakit yang berkaitan dengan lemah sistem imun memerlukan interferon untuk dicucuk ke dalam tubuh badan. Walaubagaimanapun, interferon yang dicucuk ke dalam tubuh badan mungkin mempunyai kesan sampingan kepada tubuh badan. Berbeza dengan Nutriferon ini, kandungan semulajadi di dalam setiap sachet dapat menggalakkan penghasilan interferon secara semulajadi tanpa memerlukan suntikan.
.

Nutriferon adalah suplemen yang berfungsi sebagai penggalak kepada sistem imun tubuh @ immune booster. Ianya merupakan supplemen yang hebat dan efektif, ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.Nutriferon bekerja dalam dua cara~segera mengaktifkan sistem pertahanan imuniti dan juga menggerakkan “pasukan cari dan musnah’ dalam sistem imuniti badan. Menurut kajian terbaru, NutriFeron telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi (NK) – menyokong lebih banyak perkembangan untuk sistem sains imunisasi ini.
.


Image may contain: text

 
Ini lah antara yg boleh kita ambil untuk meningkatkan sistem imun badan kita. Pilih yang mana pekenan di hati, atau grab semuanya untuk kesihatan tubuh badan berpanjangan. Yg mana selalu dijangkiti selsema, demam, batuk, asma dll boleh segera hubungi saya untuk penerangan lanjut.

Anda boleh click link ini untuk teruskan order set imun badan. Jom klik, semudah ABC urusan pembelian anda sehingga sampai ke rumah.
Image result for down arrow
https://goo.gl/wVcygc

Atau hubungi saya di sini, sedia untuk membantu anda.


Zainora Hayari
016-5215057
Shaklee Independent Distributor
COD Ipoh, COD Sg Pulai, COD Kampar
Perak
        FB: http://www.facebook.com/Mummyqasehfahim/

 

Tuesday, August 8, 2017

BERCUTI DI PERTH, AUSTRALIA DAN ITINERARI PERCUTIAN KE PERTH


Salam semua, hari ni saya nak share percutian kami di Perth, Australia. Baru berkesempatan untuk write up percutian kami di Perth. Kami bercuti selama 5 hari bermula 26 Oktober 2016 sehingga 30 Oktober 2016. Masa ni baru bermula musim Bunga, cuaca cerah dan berangin, suhu dalam 17-24'c. Sejuk smpi ke tulang hitam jgk bila menjelanb petang dan malam. Jom tengok musim-musim di Perth Australia.


Musim di Australia:
Musim panas (summer): Disember-Februari
Musim luruh (autumn): Mac-Mei
Musim sejuk (winter): Jun-Ogos
Musim bunga (spring): September-November


Time Zone:
Tak perlu setting jam or handphone masing-masing.. 
Di Kuala Lumpur pukul 5 ptg, di Perth juga pukul 5 ptg.
 



Bermula daripada kami beli ticket tambang murah Air Asia, sewa kereta di Avis, sewa apartment di AirBnB dan rancang trip megikut kesesuaian kami sekeluarga di sana. Makanan penuh 1 beg, almaklumlah kami bawak anak-anak dan baby, jadi semua kena cukup dan halal. Vitamin dan supplement Shaklee tak dilupakan, penting untuk dibawa.



PERBELANJAAN PERCUTIAN KE PERTH:



Tidak menyusahkan malah dapat mengikut keperluan budget kami sekeluarga. Dari Ipoh kami ke KLIA dan simpan kereta di KLIA airport. Bayaran untuk 5 hari 4 malam dalm RM140.00 yang kami rasa ok dan yang penting senang keluar masuk beg-beg, stroller dan brg keperluan kami. Kami pergi ber-6, husband-saya-Hajjah Maimunah-kids 2 orang dan infant 1 orang. Kami park kereta di sini.




Gambar kami sekeluarga di dalam KLIA 2.
 

Pintu Gate ke Perth P1 - P21.
 

Kami sekeluarga di dalam flight.
 

Alhamdulillah kami selamat melepasi imigresen Perth. Kami isi semua form yang diberikan dan declare semua barang yang kami bawak.. makanan dalam tin ada sup ayam dan curry kambing semua kami declare. Ada jugak pegawai imigresen bertanya mengenai ini dan kami terangkan ianya untuk makanan baby, hihi LEPASSS. Alhamdulillah.
 

Selamat keluar, saya terus menuju ke counter AVIS www.avis.com (untuk claim kereta yang telah saya booking sebelum ini). Saya print semua details dan tunjukkan pada counter. Yeah dapat kunci.
 

Keluar daripada airport, kami terus menuju ke car park AVIS untuk dapatkan kereta. Memang sangat mudah urusannya.
 


Selepas dapat kereta kami pun memulakan perjalanan ke apartment yang telah dibook dia www.airbnb.com

Ini dia.. kami di depan apartment dan dalam apartment. Harga yang saya dapat cukup baik untuk kami sekeluarga dan selesa apartmentnya.




Petang di sana dalam jam 6-7 ptg dah gelap dan semua dah tutup kedai. Hanya terdapat kedai makan dan supermarket Coles dan sebagainya yang buka. Jadi sampai rumah kami siap mandi semua dan cari makan. Restoran pertama yg kami jumpa dan singgah untuk dinner adalah restoren Turkish ini.





Keesokannya bermula la perjalanan kami ke tempat tempat yang menarik yang telah kami rancang.

1) Caversham Wildlife Park 


  • Open everyday from 9am - 5.30pm (except 25 Dec) 
  • AUD28 (adult), AUD12.50 (children 3 - 14 years) 
  • Wombat, koala, kangaroo etc
  • Estimated visit time: minimum 3 hours to cover all parks
  • Website: Caversham Wildlife Park 
 









Meet the koalas.

Dan nak jumpa koala ni menyebabkan kami terpaksa beratur panjang sebab ramai betul orang nak bergambar dengan koala. Masa lawatan juga singkat sebab koala nak tidur katanya. Kalau tak cukup rehat diorang boleh mati. Sesi yang available adalah seperti berikut:

  • 09.00am - 09.30am
  • 11.30am - 12.30pm
  • 02.30pm - 03.00pm
  • 04.00pm - 04.30pm









Farm Shows...

Haa.. farm shows ni pun menarik. Dalam kandang ni, kami dapat melihat cara-cara bulu kambing biri-biri dipotong. Dalam show ni jugak, presenter memilih 4 orang kanak-kanak comel dipilih untuk  menyusukan anak kambing biri-biri (billy) yang juga comel-comel.. hehe.. dan yang terpilih itu Fahim, hihi boboy kami. Siapa cepat habiskan susu botol yang diberikan kepada biri-biri baby, he is the winner. Fahim won 1st place.. hehe ok lah pendedahan kepada kanak-kanak.




Feed the kangaroo...

Okay, benda wajib dibuat bila datang sini adalah memberi makan kepada kangaroo. Sesi memberi makan adalah sepanjang hari. Makanan kangaroo (dedak) juga disediakan secara percuma di situ. Boleh bagi diorang makan sampai kenyang. Tidak dibenarkan beri kangaroo makan makanan dari luar ya. Bawak makanan kangaroo keluar juga tidak dibenarkan.




Meet Wombat and friends...

Di dalam kawasan Caversham ni ada bermacam-macam aktiviti yang menarik. Antaranya adalah Meet Wombat and Friends. Kawan-kawan wombat ada banyak, seperti ular, serangga dan lain-lain. 

Dalam sehari ada 3 sesi sahaja, so manage your time okay!
  • 11.00 am
  • 02.00 pm
  • 03.45 pm  






2) The Margaret River Chocolate Co.

Sebenarnya, ada dua kilang coklat oleh company ni satu di Margaret River dan satu lagi terletak di Swan Valley berhampiran Perth City. Kalau tak silap aku, mereka start beroperasi sejak tahun 1999 lagi dan telah memenangi pelbagai anugerah coklat di seluruh dunia. Kami mencuba chocolate sample yang diletakkan di atas meja je. Cukup banyak ye kami makan sebagai menggantikan 'lunch' pada ketika itu, maklumla free! Haha!

Di dalam kilang ni terdapat jugak sebuah cafe, namanya Chocolate Cafe, so kalau ada sesiapa yang feeling-feeling nak minum hot chocolate dan makan scones tu boleh la lepak kat situ sambil menikmati pemandangan ladang yang terbentang luas. Ha memang best!

  



3) Watertown Brand Outlet (formerly Harbour Town Factory Outlet)

Watertown memang dikenali ramai samada para penduduk tempatan, apatah lagi para pelancong. Kompleks beli-belah secara terbuka (open air) ini sangat sesuai untuk dijadikan tempat wajib datang di Perth,WA ini. Stuktur kompleks dua tingkat dan dalam susun bulatan, memudahkan para pembeli untuk bergerak bebas didalam kompleks ini. 

Makanan HALAL di Watertown? Terdapat beberapa kedai makan yang Halal di sana, sebagai contoh ISPA Kebab.

SOLAT di Watertown? 
Para penziarah usah gusar memikirkan waktu untuk mengerjakan solat. Ini kerana terdapat tempat solat (Praying Room) disediakan di Watertown. Bagusnya adalah tempat solat lelaki dan wanita diasingkan. Cuma perlu berkongsi tempat wudhu sahaja. DILARANG sama sekali mengambil wudhu di dalam tandas. Ianya bahaya, kerana licin dan tidak manis dipandang oleh orang bukan Islam. Berdakwah secara HIKMAH. Insya Allah. Tempat solat atau Musolla Watertown terletak di dalam Pejabat Pengurusan dan Ruang Pelancong (Tourism Lounge), bersebelahan tandas. Untuk memasuki Watertown Tourism Lounge, perlu melalui pintu cermin automatik dibahagian luar kompleks Watertown. 










4) Kailis Fish and Chips

Ini tempat wajib pergi kalau datang Fremantle.. memang fresh dan sedap seafood menu di sini. Kami order set Fish and Chip, dan set Calimari, Fish and Chip.









5) Araluen Botanic Garden

Jangan lepaskan peluang untuk ke Araluen untuk melihat bunga Rose besar-besar.. 3-4 kali ganda dari Rose di Malaysia dan bunga tulip yang sedang rancak berkembang sekarang ya! Jaraknya dari bandar lebih kurang 40-50km dan mengambil masa kira-kira 40 minit perjalanan. Kawasan ini adalah kawasan berbukit. Pemandangan sepanjang jalan mmg cantik sekali, dapat tengok rumah2 di lereng bukit dan kebun buah2an.

Tak dapat nak ceritakan betapa indahnya bunga2 dan tumbuh2an di taman ini, membuatkan kita sedar betapa hebatnya ciptaan Tuhan.. mari saya tunjukkan sedikit sebanyak bunga-bunga rose yang gedabak besar dan cantik sangat.







6) The Pinnacles

Hangover bay: dekat je dari Pinnacles
Lancelin Sand Dunes
Lancelin Beach: kami solat kat taman sebelah Lancelin Beach. Tandas dia lengkap ada air dan siap ada shower lagi.
BigW (supermarket jual Corelle murah. Di supermarket lain ada jual juga tapi BigW banyak pilihan)









7) Kings Park and Botanical Garden 

Di Kings Park ni u guys akan jumpa pelbagai spesis tumbuhan dan pokok liar yang tumbuh, di samping pemandangan yang cantik. Korang nak berkelah pun boleh tau, bawak mini tikar lipat. Angin memang sejuk di sini, sebab kedudukannya yang terletak tinggi daripada banyak kawasan di sini.













8) E-SHED MARKET

Di E-Shed market ni banyak kedai-kedai yang menjual barangan cenderamata, banyak blog mengatakan beli di kedai Megabes sebab murah, tapi saya sarankan, kalau boleh masuk sini pusing semua kedai dan survey harga dulu, tapi pengalaman kami, kedai di Megabes tu memang agak murah harga barang berbanding di pasar sini. Berbaloi beli t-shirt di Megabes.






Berakhir lah percutian kami yang manis ini, di masa akan datang kami plan ke Melbourne pulak.. in shaa Allah menjadi. Saya sertakan Itinerari percutian kami di Perth untuk kawan-kawan yang memerlukan. Terima kasih kerana sudi membaca. Di sini saya sertakan Itinerari kami semasa di Perth. Boleh gunakan jika berminat. Jumpa lagi.


ITINERARI PERCUTIAN KE PERTH  

http://qasehdaania.blogspot.my/
ITINERARI PERTH 1



ITINERARI PERTH 2