Thursday, July 12, 2018




Perkongisan Dr Hamid Arshat Mengenai Diabetes, Makanan Yang Disyorkan Dan Yang Patut Dielakkan






Situasi tahap kesihatan rakyat Malaysia sekarang ini lebih cenderung menghidap penyakit Diabetis atau lebih dikenali dengan nama kencing manis akibat pengambilan gula yang berlebihan, pemilihan pemakanan yang salah dan juga tidak mengamalkan gaya hidup sihat. 

Menerusi perkongisan daripada Dr Hamid Arshat, beliau menjelaskan mengenai penyakit kencing manis ini, jenis-jenis makanan yang perlu dielakkan serta makanan yang disyorkan sebagai langkah mencegah penyakit ini.


Berikut adalah perkongsian daripada beliau.

1. Lebih kurang 18 % penduduk malaysia mengidap penyakit kencing manis (diabetes). Lebih 10 % lagi dalam kaedaan ‘ prediabetic’ dan bolih jadi pesaki diabetes jika tidak mengabil langkah2 mencegah.

Seseorang disahkan mengidap diabetes apabila kandungan gula glukos dalam darah melebihi 8 mmol/L, setelah puasa melebihi 6 jam. Normal ialah antara 4 – 8 mmol/L. Air kencingnya pun didapati mengandungi gula; jesteru digelar penyakit kencing manis.

2. Terdapat 3 jenis diabetes:

a. Type 1 diabetes, juga digelar’ juvenile diabetes’, sering menimpa sebelum umor 20 tahun. Sel2 beta dalam panreas yang mengeluarkan insulin rosak. Pesakit perlu suntikan insulin.

b. Type 2 diabetes. Biasa menimpa orang dewasa, biassnya umor 40 tahun keatas. Sumber insulin cukup tapi berlaku insulin resistant, metabolisma gula glukos gagal.

c. Diabetes waktu hamil atau gestational diabetes sebab peningkatan hormon2 ketika hamil.

Pesakit2 saya yang hamil ada diabetes, saya stabilkan dengan ubat metformin tanpa guna insulin melainkan dia memang type 1 diabetes.

3.  
Type 1 diabetes terus begantung kepada insulin. Tiada pilihan main.
Type 2 diabetes dan diabetes waktu hamil boleh dikawal dan biasanya dikaitkan dengan kegemokkan, makan berlebihan karboheidrat dan manisan dan pengidap PCOS.

Jika tidak terkawal, dalam jangka panjang banyak kerosakkan organ2 bolih berlaku : rosak buah pinggang, mata, saraf, jantung, saluran2 darah yang menyebabkan gangrene dan lain2.

4. Langkah2 mengawal dan mencegah diabetes:

a. Ikuti nasihat doktor yang merawat. Jika diarah makan ubat saperti Metformin atau lain, perlu patuh. Pantau kandungan gula dalam darah, mudah dilakukan dirumah setelah diajar olih kakitangan klinik. Buat beberapa ujian, lepas puasa, lepas makan dan dua jam lepas makan.

b. Kawal pemakanan khususnya gula, karboheidrat dan manisan. Nasi, mee, roti, kuih2, nasi lemak, roti canai, ais krim dan lain2 kesemuanya mengandungi karboheidrat dan gula.
Kurangkan amount makan.
Makan ikut jadual, sarapan, makan tengah hari dan malam.
Lebihkan sayur2, buah2 dan lauk dari protein.

c. Makanan-makanan yang perlu dikurangkan :
  • Jauhkan minuman soda, juz dalam tin, kotak atau botol, kandungan gula terlalu tinggi.
  • Jauhkan makanan yang mengandongi gluten saperti, wheat, wheat germ, barley dan rye. Gluten mencetuskan inflammation dan neningkatkan hormone steroids, tahap gula pun naik.
  • Jauhkan susu lembu tanpa pasteur kerana kandungan A1 casein yang sama tindakan saperti gluten. Tukar kepada susu kambing.
  • Jauhkan Minyak soya, canola dan corn. Minyak kelapa dan sawit lebih baik.
  • Jauhkan produk2 GMO saperti soya dan jagung diimport dari luar negara.
  • Jauhkan semua minuman arak dan beer.

d. Makanan-makanan yang disyorkan :
  • Makanan2 yang mengandungi fiber. (Sayur tempatan sawi, kangkong, pucuk2 ubi, keledek dan paku, nenas, oats.)  

  • Makanan2 mengandongi chromium, broccoli, raw cheese, kacang hijau dan panjang.
  • Makanan2 mengandongi magnesium, bayam, almond, yogart
  • Protein, ikan2 berminyak, salmon, mackerel, tuna, daging lembu tanpa lemak, ayam organic, dhal.
  • Lemak yang baik, Minyak kelapa
  • Makanan yang rendah gula, nuts, biji labu, sunflower, berries, avocado. 

e. Supplement, gantian gula, herba.

Beberapa jenis makanan tambahan dan herba tempatan yang bertindak menurunkan glukos dalam darah;

1. Kayu Manis (cinnamon), kajian menunjukkan ia mengurangkan glukos, LDL cholesterol dan triglycerides, disamping meningkatkan HDL cholesterol dalam darah.



2. Peria (bitter gourd). Kajian menunjukkan peria bolih mengawal glukos dalam darah dan meningkatkan insulin sensitivity. Ia juga bolih bantu mencegah komplikasi diabetes saperti rosak buah pinggang, rosak mata, saraf dan salurdarah. Dipasaran terdapat jualan kapsul dan tablet peria.



3. Alpa Lipoic acid.
Ini satu jenis antioxidant yang dapat membantu metabolisma glukos, meningkatkan insulin sensitiviti dan mencegah kerosakkan saraf (diabetic neuropathy). Sumber utama broccoli, bayam dan tomato.


4. Fish oil 1000 mg setiap hari.
Ia bantu tingkatkan insulin sensitivity dan kurangkan inflamasi. Bertindak mengawal kolesterol dan meningkatkan HDL. Kesannya bantu kawal diabetes.




5. Gantian gula.
a. Sweetener P3. Berasal dari gula tebu. Diperoses dengan Nano technology. Glycemic index sifar (zero). Boleh didapati dipasar dan supermarket, Mydin dan lain lain. Sesuai untuk gantian gula. Satu produk tempatan, usaha bumiputera.


b. Stevia. Sejenis tumbuhan kecil berasal dari amerika selatan. Daunnya sangat manis tetapi sangat rendah nilai glycemic index. Pengganti gula. Dapat kawal glukos dalam darah. Sesuai sebagai gantian gula.

6. Minuman Teh hijau (green tea)
Teh hijau punyai banyak khasiat kesihatan kerana kandungan antioxidant – polyphenols dan catechins. Dianggap satu minuman yang dapat membantu memanjangkan umur kerana memperlahan kematian sel2 dan tisu-tisu. Ian juga mengawal glukos dan kolesterol dalam darah. Minumlah 5 cawan setiap hari.




7. Herba tempatan.
Saya dapati beberapa jenis herba-herba tempatan ada berkesan mengawal glukos dan kolesterol dalam darah. Misalnya daun betawali, ulam raja, hempedu bumi, sambung nyawa, ginseng, pecah kaca dan lain2.




Daun-daun yang menghijau boleh dimakan sebagai ulam. Atau direbus dengan air panas. Atau dikeringkan dan jadikan air teh.




Exercise, kawal kegemukan, rehat dan tidur.
Sangat penting lakukan exercise 30-40 minit setiap hari untuk menggunakan glukos sebagai bahan tenaga.




Cukupkan tidur 5 – 7 jam setiap hari. Dan beri masa untuk merehatkan tubuh dan mental kita.







Semoga diberkati Allah hidup kita. Aamin


Sumber : Dr Hamid Arshat


Jika anda berminat untuk vitamin dan supplement Shaklee atau berminat untuk menambah pendapatan, boleh hubungi saya bila-bila masa di sini:


1. LIKE fanpage Mummyqasehfahim Shoppe
    https://www.facebook.com/Mummyqasehfahim/


2. PM saya di FB, Zainora Hayari
    https://www.facebook.com/zainora.hayari

3. Emel: zainora_79@yahoo.com

4. SMS/Whatsapp saya di 016-5215057


 


Friday, May 11, 2018

RESIPI MUDAH UNTUK BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya, hari ni kita 'out of topic' sekejap ye.

Yeah, sempena Ramadhan Al Mubarak yang akan menjengah tak sampai seminggu lagi, apa kata kita mula berkira-kira kumpul dan share resipi mudah untuk menu berbuka puasa kita nanti.

Seronok sebenarnya bila kita masak sendiri juadah utama untuk berbuka nanti, pilih dan tengoklah mana-mana resipi yang korang minati. 

Resipi ini semua memang collection saya dalam satu 'file', saya kumpul dari pelbagai sumber dan ada juga resipi sendiri. Jadi, feel free juga pada korang untuk cuba resipi-resipi ini. 


Jom jamu mata yg mana satu pilihan hati korang :-)





RESIPI-RESIPI MUDAH


1) NASI AYAM 'CLAYPOT'




Bahan-bahan (A)
11/2 sudu besar minyak masak
2 ulas bawang putih, dicincang
2 ulas bawang merah, dicincang
20g ikan masin, dihiris

Bahan-bahan (B)
250g kepingan ayam
15g halia muda, dihiris
4 keping cendawan cina kering direndam dan dipotong 4
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh minyak bijan

Cara-cara:
-    Guna kaserol yang dalam,tumis Bahan A pada tahap HIGH selama 2-3 minit.
-    Masukkan ikan masin, tumis selama 1 minit dan kacau sekali-sekala.
-    Campur Bahan B dan masak selama 1-5 minit 
-    Masuk beras dan air, tutup dan masak pada tahap HIGH selama 7-8 minit dan 
     medium selama 18-20 minit
-    Kacau hanya sekali.



2) NASI BUQARI

 

Resepi ini asalnya dari Timur Tengah

Bahan-bahan
3 pot beras - basuh dan toskan air
1/2 ekor ayam - dipotong sederhana besar
sebiji terung bulat yg kecil - potong bulat
1/2 biji ubi kentang - potong dadu
bunga kobis - potong biasa
2 inci karet - di potong memanjang dan kurus2
garam
sedikit aji nomoto jika suka

Bahan menumis
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu makan rempah campuran - boleh dapat di supermarket, warnanya perang
bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih - anggaran sendiri

Cara-cara
· Tumis bawang,halia,bunga lawang,kayu manis,buah pelaga,bunga cengkih - hingga kekuningan, masukkan rempah campuran.
·  Kemudian masukkan ayam dan sedikit air, biar ayam ½ masak, masukkan terung, ubi dan bunga kobis, garam dan aji.
·    Tambah air mengikut sukatan beras, bila air mendidih masukkan beras.
· Masak hingga nasi masak sepenuhnya, akhir sekali masukkan carrot, kacau nasi agar ia tidak melekat dan cantik.


 

3) NASI GORENG AYAM

Bahan-Bahan   
2 mangkuk nasi (digaul rata dengan sedikit garam)
1 sudu besar serbuk perasa ayam
200g udang (dibersihkan)
200g isi ayam (dipotong kecil)
2 sudu besar kicap cair
2 biji telur
2 sudu besar sayur campuran
1 sudu kecil serbuk lada putih
minyak secukupnya
1 batang daun bawang (dihiris)

Cara Cara

    Panaskan sedikit minyak lalu goreng ayam. Kemudian masukkan udang dan telur.
-   Masukkan nasi dan gaul hingga rata.
-   Masukkan kicap cair, serbuk perasa ayam dan serbuk lada putih.
-   Masukkan sayur campuran dan daun bawang.



4) NASI PAPRIK 

 

Bahan-bahan:
5 pinggan nasi putih panas 
1/2 kilo isi ayam/daging 
6 biji cili api, dihiris 
3 ulas bawang merah, dimayang halus 
2 ulas bawang putih, dimayang 
1/2 btg serai dihiris 
5 sudu sos cili 
2 sudu sos tomato 
1 sudu sos tiram 
3 btg kacang panjang dipotong 
2 sudu bawang goreng 
Garam secukup rasa 
sedikit minyak masak 

Cara memasak:
- Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. Bila kekuningan, masukkan cili api. 
- Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram,serai dan sedikit air selepas menggelegak masukkan isi ayam/daging. 
-  Masukkan garam secukup rasa kemudian kacang panjang dan nasi putih. Goreng selama 3 minit.
-    Hidangkan. 



5) NASI TOMATO 

 

Bahan-bahan
3 tin susu beras - direndam lebih kurang 15 minit
5 sudu besar susu cair
1/2 tin tomato heinz

Bahan untuk menumis:
5 ulas bawang merah - dimayang
5 ulas bawang putih - dimayang
sedikit buah pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang
sedikit halia - dimayang
daun pandan
sedikit minyak sapi

Cara-cara

-  Tumis minyak sapi, masukkan bahan-bahan yang hendak ditumis bila sudah naik bau, masukkan tomato serta susu cair kemudian masukkan beras dan air.
-    Bila nasi sudah kering masukkan pula kismis jika anda suka.



6) MAKARONI BAKAR

 

Bahan-bahan
1 paket macaroni (dicelur dalam air panas sehingga kembang dan ditoskan) 
¼ kati daging cincang 
1 tin susu cair/ideal milk(besar) 
1 tin air 
4 bji telur (dipukul) 
5 biji bawang merah 
3 biji bawang putih 
1 inci halia 
(semua ditumbuk) 

sedikit daun sup dan daun bawang 
sedikit bawang goreng 
3 sudu rempah daging 
minyak utk menumis 

Cara Membuatnya
-  Tumis bawang dan rempah hingga kuning.
-  Masukkan daging cincang dan goreng sehingga sebati.
-  Masukkan makaroni dalam bekas pembakar dan tuangkan adunan daging. Gaul rata. 
-  Masukkan susu, kacau rata. 
  Pecahkan telur dan pukul sedikit kemudian tuang atas macaroni. Ratakan (jgn             dikacau)
   Hias dengan daun sup dan bawang goreng.
   BAKAR dgn api yg sederhana. 



7) MEE GORENG THAI


 

Bahan - bahan
1 kg Mee Thai Mah (Mee Chendol seakan-akan mee laksa tetapi pendek)
200gm isi ayam dipotong kecil
200gm udang sederhana (buang kulit)

Bahan Kisar
15 biji cili padi (dikisar halus)
4 ulas bawang putih (dikisar halus)
1 batang lobak dihiris halus
50 sen daun bawang (di potong 2")
30 sen daun kucai
3 kelopak kobis cina (Pek Chye) hiris
15 helai daun selasih
2 sudu makan kicap
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan sos ikan thai
garam & serbuk perasa secukupnya
sedikit air jika perlu
sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara

-  Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga garing & masukkan isi ayam,  udang.
- Setelah setengah masak, masukkan semua sos, garam & serbuk perasa dan kacau rata.
-  Masukkan sayur & mee, sedikit air jika perlu dan gaul rata. 
-  Hidangkan semasa panas.



8) MEE HAILAM

 

Bahan-bahan
1 kg mie/kueh teow/mee hoon (6/8 orang)
6 biji bawang putih (tumbuk/penyekkan)
rencah ayam/udang/sotong
sos tiram
garam secukup rasa
6 biji cili api
3 sudu besar tepung jagung (cairkan dalam setengah cawan air sejuk)
sayur (kobis bunga/sawi/carrot/baby corn)

Cara-cara

  Tumiskan bawang putih dan cili api. Kalau dah garing letakan rencah, kemudian letak air 3 cawan dan garam secukupnya.
- Masukkan sos tiram setengah botol kecil.
- Kemudian masukkan air tepung jagung utk pekatkan kuah.
- Masukkan sayur2 an dan mie.



9) SPAGHETTI SEAFOOD 

 

Bahan-bahan
1 packet Spaghetti direbus
2 ekor sotong dipotong kecil
400 gm udang hidup
6 ulas bawang putih dihiris
2 sudu kecil serbuk lada hitam
2 biji lada besar dihiris (capsicum)
5 biji lada merah dihiris
minyak zaitun 1 cawan
garam secukup rasa

Cara-cara

·  Gorengkan bawang putih, lada besar dan cili merah selama 8-10 minit.
·  Masukkan udang dan sotong.
·  Kemudian masukkan lada sula, garam dan serbuk lada hitam.
·  Masukkan spaghetti dan goreng selama 10 minit.
·  Hiaskan dengan daun parsley.



10) MEE HOON NAMPLA





10) MEE HOON NAMPLA

Bahan-bahan
80 g mee hoon (dicelur)
40 g dada ayam
20 g udang kering
20 g tauge
1 biji telur
1 sudu besar sos ikan
Garam secukup rasa

Bahan-bahan tumbuk : 3 biji cili padi dan 1/2 biji bawang besar

Cara membuatnya

-Panaskan minyak masak dan tumiskan udang kering, cili padi, telur, dada ayam dan bawang besar.
- Masukkan mee hoon dan digaul rata.
- Kemudian masukkan tauge, garam dan sos ikan. 
- Masak selama 5 minit. 



11) AYAM GORENG MADU 


 Bahan-bahan

1 ekor ayam seberat 1.5kg (dipotong lapan)

minyak untuk menggoreng

120g gajus

Perasa

1 sudu teh serbuk lada hitam

2 sudu besar madu

2 sudu besar kicap


Cara-cara

-Gaul ayam bersama serbuk lada hitam, madu dan kicap. Perap selama 1 jam.

-Panaskan minyak dan goreng ayam itu sehingga garing.

-Kemudian goreng pula gajus itu dan ketika menghidangkannya, tabur gajus itu ke atas ayam dan hiaskan dengan hirisan timun.
-Hidangkan panas-panas.



12) FISH FILLET SOS CENDAWAN




Bahan-Bahan   
4 keping   fish fillet
1/2 camca garam
2 camca   serbuk lada hitam
2 sudu makan   jus limau nipis
1 sudu makan   mentega
1 sudu makan   kunyit

Bahan Sos Cendawan

50 gm bawang -cincang kasar
100gm cendawan butang-hiris tipis
75 ml susu cair
1 camca lada sulah
1 sudu makan mentega
Sedikit gara


Cara Cara

- Lumur fillet dengan garam, lada hitam, kunyit dan jus limau nipis. Perap 30 minit. 
- Panaskan mentega, goreng fillet hingga kekuningan.

Untuk menyiapkan sos:
- Panaskan mentega, tumis bawang cincang dan cendawan hingga layu.
- Masukkan susu cair, kacau rata. Masukkan garam dan lada sulah.
- Masak hingga mendidih, siram dan tuang ke atas fillet.



13) GULAI TEMPOYAK IKAN KEMBUNG


Bahan-bahan:
71 kg ikan kembung (dipotong dua) 
1 ikat taugeh kasar 
1 cawan tempoyak 
1 batang serai 10 biji cili padi 
Serbuk kunyit 
Garam 

Cara memasak:
- Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam periuk bersama cili padi yang telah dikisar dan serai yang telah dititik.
- Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat.
- Masukkan serbuk kunyit dan garam
- Apabila mendidih, masukkan taugeh.
- Sedia untuk dihidang. 



14) IKAN KUKUS CINA 

 

Bahan-bahan
1 ekor ikan bawal / kembung
1 sudu makan minyak masak

Tumbuk
2 sudu makan tauchu
1 biji cili merah (dihiris)
ulas bawang putih (dicincang) 


Perasa 1 sudu makan kicap manis


Cara-cara
· Tumiskan bahan-bahan yang hendak ditumis.
· Kemudian salutkan pada ikan dan kukus selama 10 minit.




15) IKAN TENGGIRI MASAK TAUCU 


Bahan-bahan
3 keping ikan tenggiri
3 sudu makan taucu
3 biji cili merah (dihiris)
3 biji lada hijau (dihiris)
1 biji bawang besar dipotong bulat
1/2 inci halia (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1/2 mangkuk air asam jawa
sedikit serbuk kunyit
minyak
garam secukup rasa

Cara-cara
· Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga garing.
· Panaskan minyak, tumis cili merah, cili hijau, bawang besar, halia dan bawang putih.
· Masukkan taucu, setelah itu masukkan air asam jawa dan perasa biar sampai mendidih. 
· Masukkan ikan tenggiri, angkat dan hidangkan.




16) CHILI KETAM 



Bahan-bahan
1 kg ketam yang sederhana
garam dan gula secukupnya
daun bawang untuk hiasan
Air asam jawa

Tumbuk
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar dipotong bulat
5 sudu makan cili kisar

Cara-cara
-   Bersihkan ketam dan goreng sebentar.
-   Tumis bahan kisar hingga garing. 
-   Masukkan air asam jawa, garam dan gula.
-   Selepas itu, masukkan ketam dan gaul hingga rata.
-   Hiaskan dengan daun bawang.




17) KERABU MANGGA SOTONG 



Bahan-bahan
1 cawan sotong mesin
½ cawan mangga masam – dihiris
2 biji bawang merah – dihiris
1 sudu besar daun bawang – dihiris halus
1½ sudu kecil udang kering
¼ cawan gajus
5 biji cili padi – dihiris halus
1 sudu besar jus limau
2 sudu besar gula
1 biji cili merah – untuk hiasan.
Sedikit daun ketumbar – untuk hiasan

Cara-cara
-  Campurkan semua bahan-bahan kecuali bahan untuk hiasan ke dalam mangkuk dan gaul rata. 
- Tambahkan gula atau garam mengikut rasa. Hiaskan dengan cili potong dan daun ketumbar. 
-   Sedia untuk dihidangkan.




18) KERABU TAUGE


 

Bahan-bahan
200 g tauge dicelur
20 ml perahan limau nipis
50 g bunga kantan dihiris
30 g daun ketumbar dihiris
100 g bawang besar dihiris
50 g cili merah dihiris
50 g isi kerang yang direbus
30 g udang kering disangrai
50 g kerisik
Garam secukup rasa

Cara membuatnya
     - Satukan semua bahan dan gaul sebati. Hidangkan segera.




19) SAMBAL TERUNG




Bahan-bahan
2 biji terung panjang (dipotong tiga dan dibelah dua)

1 biji bawang besar (untuk hiasan)

1 tangkai cili merah (untuk hiasan)



Tumbuk
10 tangkai cili kering

3 ulas bawang kecil

1 ulas bawang putih (dimayang halus)

segenggam udang kering



Perasa
garam secukup rasa

2 sudu makan minyak makan

2 sudu makan kicap pekat manis



Cara-cara
·   Panaskan minyak dan goreng bawang putih sehingga garing.

· Masukkan bahan yang telah dikisar tadi bersama udang kering,kacau sehingga naik minyak.

·   Masukkan terung bersama secawan air dan tutup sehingga terung empuk.

·   Kacau lagi supaya semuanya sebati dan masukkan kicap pekat manis bersama garam.

·   Akhir sekali masukkan bawang besar bersama cili merah dan boleh dihidangkan.



20) CENDAWAN CHEESE OMELETTE 

 

Bahan-bahan
4 biji telur
cheddar shredded Cheese
button mushroom
black pepper powder
1 susu makan susu cair

Cara-cara
-  Potong button mushroom - sederhana tebal.
-  Pecahkan telur, campur sedikit susu cair atau susu segar.
-  Kacau rata (macam telur dadar).
-  Panaskan kuali (letak minyak sedikit sahaja tapi rata satu kuali).
- Bila dah panas, goreng mushroom then masukkan telur. Jangan api besar. Jangan terbalikan telur.
- Apabila agak garing bahagian bawah, dan bahagianatas dah kering, taburkan shredded cheese atas telur, lipat dua.
-   Taburkan black pepper atasnya - kalau tak suka tak payah letak.



21) AYAM MASAK RENDANG BERLADA





Bahan-Bahan   
1 ekor ayam - dipotong sederhana
20 tangkai lada kering - dikisar
10 ulas bawang kecil - dikisar
6 ulas bawang putih - dikisar
3 cm halia - dikisar
3 cm kunyit hidup - dikisar
3 cm langkuas - dikisar
4 batang serai - dikisar
500 ml santan
4 helai daun limau perut
2 helai daun kunyit
2 helai daun salam
Sedikit minyak untuk menumis
secukup garam   

Cara Cara
·  Panaskan minyak kemudian tumis bahan bahan yang telah dikisar hingga garing.
·    Masukkan ayam, santan dan garam secukup rasa.
· Gaul ayam dengan bahan tumisan tadi hingga sebati. Biarkan ianya mendidih hingga ayamnya betul-betul masak.
·    Akhir sekali masukkan daun kunyit, daun salam dan daun limau perut.
·    Taburkan bawang goreng sebelum menghidangkannya.




22) KEPAK AYAM BERBIJAN



Bahan-Bahan   
8 keping  kepak ayam
sedikit halia
sedikit minyak bijan
sedikit kicap
sedikit serbuk lada hitam
sedikit garam
sedikit gula   


Cara Cara
- Perap kepak ayam dengan minyak bijan, kicap, serbuk lada hitam, garam dan gula selama 6 jam di dalam peti sejuk.
-  Panaskan minyak, masukkan halia. Apabila kelihatan kering, masukkan minyak bijan, ayam yang telah diperap, gaul rata.
-    Masukkan sedikit air, dan biarkan mendidih selama 5 - 7 minit, atau sehingga ayam empuk.



23) AYAM BERIANI



Bahan-bahan

1 ekor ayam dibelah empat
1 tin susu cair
2 sudu besar rempah beriani
1 sudu besar madu
sedikit daun pudina, tomato untuk hiasan
minyak sapi untuk menumis

Tumbuk
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
Sedikit halia

Cara-cara
- Bersihkan ayam dan goreng separuh masak.
- Tumis bahan yang telah ditumbuk hingga ada bau.
  Masukkan rempah beriani, cili, bawang goreng yangtelah diramas, telur rebus, madu dan susu cair.
- Tambahkan sedikit air. Kemudian masukkan ayam.
- Tambah garam untuk menyedapkan rasa. 
- Bila pecah minyak, baru padamkan api.



24) Udang Harimau Masak Keju




Bahan:
·  200 g udang harimau
·  1/2 liter minyak masak 


Bahan kuah:
·  100 g marjerin
·  100 g susu sejat
·  3 tangkai daun kari, dihiris halus
·  1 biji cili padi, dihiris halus
·  1/3 camca teh keju Parmesan
·  1/4 camca teh garam
·  1 camca teh gula 


Cara membuat: 

1. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng terendam udang sehingga garing.
2. Panaskan kuali dan masukkan marjerin sehingga cair. 
3. Masukkan susu sejat tadi dan masak menggunakan api perlahan sehingga pekat. 
4. Masukkan bahan lain dan panaskan. 
5. Masukkan udang dan kacau sehingga sebati. 




25) Ayam Lemak Kuning




Bahan:
·  1 kg ayam, dipotong 12 keping
·  3 cawan santan pekat
·  3 cawan santan cair
·  3 batang serai, dititik
·  15 biji cili padi, dikisar
·  10 biji bawang kecil, dikisar
·  5 biji bawang putih, dikisar
·  3 keping asam keping
·  Sedikit serbuk kunyit
·  Sedikit garam,
·  3 biji ubi kentang, dipotong dadu 


Cara membuatnya: 

1. Panaskan periuk dan masukkan santan cair, barang yang dikisar serta serbuk kunyit. 
2. Apabila mendidih, masukkan ayam, asam keping, serai dan ubi kentang. 
3. Apabila mendidih, masukkan santan pekat kacau sebati dan masukkan garam secukup rasa. 
4. Apabila ayam dan ubi kentang masak, boleh diangkat untuk hidangkan.




26) Udang Celur Bercili





Bahan:
·  10 biji cili kering
·  5 biji bawang kecil
·  5 ulas bawang putih
·  100 gram udang besar
·  5 cawan air
·  Minyak
·  5 biji bawang besar
·  Garam
·  1 camca teh gula 


Cara membuat: 

1. Kisar cili kering, bawang kecil, bawang putih sehingga halus. 
2. Bersihkan udang dan buang kulit. 
3. Panaskan air sehingga mendidih kemudian celur udang sehingga warnanya 
    jingga kemerahan. 
4. Panaskan minyak dan tumis sehingga bahan yang dikisar sehingga garing. 
5. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. 
6. Masukkan udang dan kacau sehingga sebati.






27) Ketam Masak Lemak 







Bahan:
·  1/2 kg ketam
·  1/2 biji kelapa/serbuk santan
·  15 biji cili api/cili kering
·  5 ulas bawang merah
·  5 ulas bawang putih
·  2.5 sm kunyit
·  1 batang serai
·  Garam
·  Gula 


Cara membuatnya: 
1. Ketam dipotong dan dibersihkan. 
2. Kelapa diperah dan diambil santannya (asingkan patinya.) 
3. Cili, bawang merah, bawang putih dan kunyit ditumbuk. 
4. Masukkan santan dan serai di dalam periuk di atas api yang sederhana. 
5. Masukkan bahan tumbuk dan kacau sehingga mendidih. 
6. Masukkan ketam dan masak sehingga ketam berwarna jingga kemerahan. 
7. Tambah garam secukup rasa dan gula jika perlu. 



28) Gulai Daging Nangka Muda


Bahan:
·         600g daging bahagian atas 
(topside)
·         150g santan
·         5g serai, diketuk
·         20g lengkuas, diketuk
·         250g nangka muda, dibersihkan dan dipotong kecil

Bahan kisar:
·         200g cili merah
·         100g bawang kecil
·         20g halia
·         20g kunyit hidup

Cara membuatnya:
1.     Rebus daging di dalam periuk bersama bahan kisar dan biarkan ia empuk.
2.     Kemudian masukkan santan, serai dan lengkuas kacau sehingga mendidih.
3.     Masukkan nangka dan masak sehingga ia empuk dan berminyak.
      Angkat dan hidangkan.


29) Sambal Udang Terung Belanda

Bahan:
·         1kg udang harimau
·         100g bawang besar, dipotong bulat
·         200g cili merah
·         50g bawang kecil
·         2 biji tomato
·         3 camca besar minyak masak
·         Garam secukup rasa
·         200g terung belanda


Cara membuatnya:
1  .     Udang dibersihkan kemudian digoreng dengan garam. Angkat dan ketepikan
2  .     Cili merah dikisar kasar bersama bawang kecil dan tomato. Ketepikan
3.     Panaskan minyak di dalam periuk, masukkan bawang besar, kacau sebentar. Masukkan bahan dikisar tadi dan tumis sehingga terbit bau wangi
4  .  Masukkan garam secukup rasa, kacau sebentar. Masukkan udang dan kacau sehingga sebati. Akhir sekali masukkan terung belanda. Kacau rata sehingga masak. Angkat dan hidangkan




30) Jojeh Kebab


Bahan
·         1/2 cawan minyak zaitun
·         2 biji bawang besar, dipotong dadu
·         1/2 camca kecil kuma-kuma
·         Garam secukup rasa
·         10g lada hitam, dicincang kasar
·         1kg ayam, dipotong kecil dan dibuang kulit
·         5 biji tomato, sederhana besar


Cara membuatnya
1.   Sediakan bahan perap, satukan minyak zaitun, bawang besar, kuma-kuma, garam dan lada hitam ke dalam mangkuk, gaul rata.
2.    Masukkan ayam yang dibersihkan tadi dan gaul rata. Perapkan ia semalaman di dalam peti sejuk.
3.  Sediakan pencucuk besi kebab dan cucukkan ketulan ayam satu persatu seperti sate. Kemudian cucukkan semua tomato ke dalam pencucuk besi yang berasingan.
4.   Bakar kedua-dua kebab ayam dan tomato di atas pemanggang api selama 5 hingga 10 minit. Balik-balikkan ia selalu.
5.  Kebab ini juga boleh dibakar di ketuhar pada suhu tinggi. Setelah kebab ayam dan tomato masak, angkat dan hidangkan bersama nasi beriani atau roti Arab.

*Resipi Jurumasak Masakan Timur Tengah, Hotel Nikko Kuala Lumpur, Chef Reza Seifi Balasi





31) Pasta Primavera



Bahan
·         500 g pasta
·         100 ml minyak zaitun
·         50 g bawang putih
·         50 gm kubis Romaine
·         150 g lada Benggala merah
·         150 g lada Benggala hijau
·         100 g bawang besar
·         400 g tomato, dibuang kulit
·         4 camca besar sos tomato
·         50 g daun selasih
·         10 g garam


Cara membuatnya
1.     Celur pasta sehingga masak, sejat dan ketepikan.
2.  Panaskan kuali, masukkan minyak zaitun dan tumis sebentar bawang putih. Kacau sebentar.
3.  Kemudian masukkan kubis Romaine, lada Benggala hijau dan merah, bawang besar, tomato dan biar ia masak 15 hingga 20 saat..
4.     Masukkan sos tomato, daun selasih dan kacau rata. Angkat dan ketepikan.
5.     Hidangkan pasta di dalam pinggan dan tuangkan kuah di atasnya.




32. Daging Masak Lada Hitam




Bahan-bahan
1/2 kg daging (dihiris nipis)
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia dan sedikit lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap pekat
Brokoli
Carrot
kicap manis sesedap rasa
sedikit garam
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato

Cara-cara 
- Tumbuk lada hitam hingga hancur, barulah tumbuk halia, bawang putih dan bawang besar hingga lumat. 
- Kemudian gaulkan bahan tumbuk tadi dengan daging yang telah dihiris nipis. 
- Masukkan sos tiram, sos tomato, cili, kicap pekat, kicap manis, kunyit dan garam. 
- Gaul rata dan perap dahulu daging tersebut selama 2 jam sebelum di masak, makin lama perap makin sedap ya.
- Panaskan minyak dan goreng daging hingga empuk, tambahkan sedikit air. 
- Setelah masak, boleh dihias dengan hirisan daun bawang, lada, daun sup, dan hirisan bawang.



33. Lemak Siput Sedut


Bahan 
1 kg siput sedut [potong belakangnya..basuh dan toskan]
2 cawan santan cair ]
2 santan pekat ] 1 biji kelapa
1 biji ubi keladi [potong kecil dan rebus...dan toskan]
1 helai daun kunyit [koyakkan]
 
Bahan Mesin 

20 tangkai cili api (ikut pedas)
3 ulas bawang kecil
garam
serbuk kunyit 

Cara: 
1. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalam periuk dan didehkan perlahan-lahan sehingga mendidih.
2. Masukkan santan pekat dan biarkan mendidih sekali lagi.
3. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.  


34. Lemak Pucuk Ubi

BAHAN2NYA:-
Pucuk ubi kayu
Santan 
50g ikan bilis 
5 biji cili api 
1 inci kunyit hidup
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Garam 

CARA2NYA:- 
- pucuk ubi dipotong @disimpul, kemudian dicelur sebentar 
- cili api,kunyit dan bawang ditumbuk kasar
- kemudian tumbuk ikan bilis pula.
- satukan pucuk ubi dan bhn yg dikisar.
- masukkan santan, garam dan kacau sehingga mendidih
- boleh la ditutup api dapur.



35. Sup Kaki Ayam



 Bahan-bahan:
1.   Sup bunjut
2.   Kaki ayam (banyak mana yang korang nak makan)
3.   Kulit kayu manis
4.   Air secukupnya
5. 1 Biji Bawang merah kecik, 3 Ulas bawang putih, 1cm halia (kuantiti bergantung kepada saiz hidangan anda)
6.   Garam dan Kiub pati ayam
7.   Daun sup dan daun bawang
8.   Sedikit minyak untuk menumis

Cara penyediaan:
  • Blend atau tumbuk lumat bawang merah kecik, bawang putih, halia.
  • Masukkan sedikit minyak ke dalam periuk dan tumis bahan tadi sehingga nampak kekuningan bersama dengan kulit kayu manis.
  • Next, masukkan kaki ayam, sup bunjut, kiub pati ayam dan tambah air dan sehingga tenggelam kesemua kaki ayam tadi. Reneh dengan api perlahan.
  • Akhir sekali, setelah sup telah lama direneh, masukkan garam secukup rasa (masinkan sedikit jika ingin makan bersama nasi), daun bawang dan daun sup.


36.Sotong Masak Kicap


 
Bahan
750 gram sotong
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 tangkai cili hijau
1 tangkai cili merah
1 biji bawang besar
2 sudu cili kisar
Kicap lemak manis Jalen
  
Bahan Tumbuk:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
  
Cara cara:
Panaskan sotong di dalam kuali. Masak sehingga air sotong keluar. Angkat dan toskan. Ianya bertujuan supaya masakan kita tidak berkuah dengan air sotong.

Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang dan bahan tumbuk sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan kacau rata sehingga cili benar benar masak.

Masukkan sotong dan kacau rata. Masukkan pula kicap diikuti dengan cili cili hidup dan bawang besar.
  



37. Sambal Tumis Telur


Bahan bahan 
5 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih 
1 biji bawang besar - hiris 
4 sudu besar cili kering kisar 
Sedikit belacan 
Garam 
Gula 
Air asam jawa 
Telur - rebus, kupas dan goreng 

Cara cara: 
- Panaskan minyak. 
- Tumis bawang merah dan bawang putih yang dimesin sehingga garing dan wangi.
- Masukkan cili kisar dan goreng dengan api perlahan sehingga betul betul garing. 
- Masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal berwarna merah cantik. 
- Masukkan garam, sedikit belacan dan air asam jawa. 
- Kalau terlalu pekat, tambahkan air sedikit demi sedikit. 
- Masukkan telur yang telah direbus.
- Didihkan dan sedia untuk santap.




38.  Ikan Bilis Masak Kicap


Bahan-bahannya:
1 cawan ikan bilis – di goreng garing
1 labu bawang besar di hiris
1 tangkai cili merah - di hiris
1-2 tangkai cili hijau - di hiris
10 batang cili api di hiris atau di ketuk
2 sudu besar kicap manis
1 sudu kecik lada hitam kisar
Secubit garam untuk perasa (jika perlu)

Cara-caranya:
1.  Ikan bilis yang di goreng garing di ketepikan.
2.  Gunakan sedikit minyak sahaja dan tumiskan bawang hiris sehingga naik bau wangi.
3.  Masukkan hirisan cili merah, cili hijau dan cili api tadi.
4.  Masukkan kicap manis dan lada hitam kisar serta gaul rata.
5.  Tutupkan api.
6.  Masukkan pula ikan bilis goreng tadi di gaul rata.
    Sedia untuk di hidang.


 


39. Sphagetti Carbonara




Bahan utama untuk membuat Spaghetti Carbonara:

Minyak zaitun
1-2 bj Bawang besar/benggala
3-4 bj bawang putih (dipotong dadu)
1 sudu kecik serbuk Lada hitam
1 kotak susu dutch lady
2-3 keping cheese Lady's Choice atau apa apa brand
1 Tin prego pasta sauce carbonara mushroom
1 bungkus daging cincang, 
Sosej ikut suka (potong)
Garam
1 paket spaghetti untuk direbus sampai empuk


Cara-cara membuatnya:
1) Panaskan minyak zaitun, tumiskan bawang besar dan bawang putih. Bila dah agak garing masukkan pula daging. Kacau-kacau sampai daging itu hancur.
2) Bila dah hancur, bolehlah masukkan pula "prego pasta sauce carbonara mushroom". Letaklah lada hitam sedikit, bila bau dah mula naik bolehlah curahkan air susu kotak dutch lady.
Agak-agak sahaja, Masukkan juga kepingan cheese. Kacau seketika.
3) Seterusnya, masukkanlah segala perencah rasa nak letak. Contohnya, ayam, daging, sosej, sotong ke. Apa-apa sahajalah. Selepas itu tunggu sampai ia mereneh.
4) Sambil buat sos Spaghetti Carbonara, bolehlah buat spaghettinya pula. 
5) Panaskan air dalam periuk sehingga masak, letak sedikit garam. Bila ia betul-betul masak dan panas barulah rendamkan spaghetti ke dalam periuk tambahkan sedikit minyak zaitum. Lalu biarkan ia mereneh supaya spaghetti betul-betul masak.
5) Siap! Bolehlah letak dalam pinggan untuk dimakan. Inilah resepi paling mudah dan cepat masak untuk dibuat. Tak sampai setengah jam pun untuk membuatnya. 




40. Mee Goreng Sedap


Bahan-bahan
1 packet mee kuning
1 biji bawang merah besar – dihiris halus
3 ulas bawang putih – dihiris halus
Minyak masak

Bahan sos (disatukan)
4 sudu besar cili kisar
4 sudu sos tiram
4 sudu besar kicap lemak manis
 2 sudu besar sos cili
1 cawan air panas 

Rencah-rencah (ikut korang nak letak rencah apa)
2 biji telur
Udang, sotong, isi ayam – dibersihkan dan diperap bersama sos tiram dalam 20minit (tak perap pun tak apa)
Fish cake dan fish ball
Sayur sawi
Taugeh
Carrot
Daun sup

Bahan hiasan (Tak nak hias pun tak kisah)
Bawang goreng

Cara-cara
1- Panaskan kuali dan minyak.Tumis bawang besar merah dan bawang putih hingga warna keemasan.
2- Setelah itu, tumiskan cili kisar sehingga garing dan masak.
3- Masukkan segala sos dan air. Masak hingga mendidih. Pastu
masukkan bahan rencah. Masak atas api besar seketika.
4- Masukkan mee kuning. Kacau rata kesemuanya. 
5- Masukkan telur, tunggu kejap kasi cantik kejadian telur tu kemudian baru gaul mee dengan sebati bersama garam secukup rasa.
5- Dah siap, sedia dihidangkan





SELAMAT MENCUBA


** Gambar gambar ada yang dari simpanan sendiri dan ada sumber dari www.google.com. Jika ada yang dari kawan-kawan pembaca terima kasih diucapkan.