Sunday, February 15, 2015

TANDA DAN GEJALA DIABETES



Diabetes Mellitus

Apakah itu diabetes?

Diabetes adalah salah satu penyakit kronik di mana ianya merupakan masalah yang besar di kebanyakan negara-negara di dunia. Di Malaysia satu kajian telah dilakukan pada tahun 2011 di mana di anggarkan lebih dari 3 juta rakyat Malaysia menghidapi diabetes.

Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar.

Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah kedalam sel dan tisu, di mana ia akan digunakan untuk membekalkan tenaga. Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat.

Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk tenaga dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.https://www.facebook.com/Mummyqasehfahim/


Terdapat dua jenis diabetes utama:

Jenis 1 - "Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (bergantung pada Insulin) 

  • Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja
  • Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin


Jenis 2 - "Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (tidak bergantung pada insulin)

  • Jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini.
  • Selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.


Bagaimanapun, terdapat satu lagi jenis kumpulan individu yang berada di sempadan tahap gula yang tinggi, yang dikenali sebagai Impaired Glucose Tolerance atau kumpulan IGT.



Apakah tanda-tanda amaran diabetes?

https://www.facebook.com/Mummyqasehfahim 

Penyakit diabetes sering berlaku secara senyap, terutamanya pada peringkat awal. Walau bagaimanapun, gejala yang biasa dialami ialah:

·         Haus/dahaga (haus yang berlebihan)
·         Letih
·         Berat badan menurun
·         Penglihatan kabur
·         Otot lemah
·         Gatal

https://www.facebook.com/Mummyqasehfahim

Lain-lain gejala termasuk:

·         Pengidap penyakit kulit yang berpanjangan
·         Luka yang lambat sembuh
·         Kencing yang kerap
·         Gatal pada bahagian kemaluan
·         Rasa kebas

Jangan bergantung kepada gejala untuk mengetahui anda adalah penghidap diabetes. Jalankan ujian di klinik kesihatan berdekatan.



Komplikasi diabetes

Diabetes adalah masalah kronik dan boleh mengganggu banyak organ bergantung kepada kawalan gula dalam darah. Tanpa pengurusan yang betul ianya boleh mendatangkan berbagai komplikasi seperti penyakit kardiovaskular, kegagalan buah pinggang, buta dan kerosakan saraf.



Langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan dari mendapat penyakit diabetes?

Diabetes boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat:

  • Makan makanan berkhasiat dan kalori terkawal dapat membantu mengawal tahap gula dalam darah, mengekalkan berat badan, mengawal paras kolesterol, mengurangkan tekanan darah tinggi dan mencegah penyakit jantung.
  • Senaman dapat memperbaiki kecergasan, membakar kalori dan oleh itu dapat mengurangkan lemak dalam badan dan mengawal berat badan anda. Senaman merendahkan kadar gula dalam darah dan membantu tubuh anda untuk menggunakan gula dalam darah dengan baik.

** Kajian menunjukkan obesiti mempunyai hubungkait dengan diabetes. Kekalkan berat badan yang unggul


Ini juga antara set yang boleh membantu kawalan gula daripada tahap gula yang tinggi, set ini juga banyak membantu pesakit diabetes menurunkan paras gula mereka menjadi normal. Harga memang agak mahal sedikit tetapi berbaloi dengan teknologi yang digunakan dan paling penting kesannya kepada para pesakit. 

https://www.facebook.com/Mummyqasehfahim/ 

ATAU

https://www.facebook.com/Mummyqasehfahim/ 

Jika anda ingin sebarang konsultansi percuma mengenai vitamin tambahan yang diperlukan, tanpa segan silu moh pm atau call saya di sini, saya sedia membantu anda. 

Zainora Hayari 016-5215057 
Shaklee Independent Distributor 
Ipoh, Kuala Kangsar, Gopeng, Kampar, Perak. 
FB: http://www.facebook.com/Mummyqasehfahim/




Thursday, February 12, 2015

SURAH-SURAH AMALAN YANG BAIK SEMASA HAMIL



Bagi masyarakat kita, ada amalan beberapa petua yang sangat bagus untuk diamalkan semasa mengandung, bukan saja untuk kesejahteraa ibu hamil, malah juga untuk bayi dalam kandungan dan juga semasa proses bersalin. Selain dari yang berbentuk fizikal  (regular check up, elakkan aktiviti lasak, makan makanan yang pedas) amalan dan petua popular lain ialah yang bersangkutan dengan kerohanian.


Dengan itu timbullah banyak amalan2, zikir2 serta surah2 yang bagus untuk diamalkan semasa mengandung, antaranya:

SURAH
KEBAIKAN
    * Surah Yusuf
untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
    * Surah Luqman
untuk anak yang cerdik   
    * Surah Yaasin
untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
    * Surah Maryam
untuk memudahkan bersalin
    * Surah al-Hujurat
untuk membanyakkan susu ibu

DOA SEMASA HAMIL

"Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."


Semasa mengandung juga digalakkan menjaga lidah, menjaga sikap, menjaga perangai, menjaga hati dan sebagainya, agar anak yang dikandung beroleh segala kebaikan dan keberkatan.


Malah, termasuk juga si bapa, digalakkan memperbanyakkan amalan sunat, mengaji, bersedekah, bersabar, tenang dan gembira agar proses mengandung dan bersalin berlangsung dengan selamat dan anak yang bakal lahir akan terjaga emosinya dan mendapat rangsangan awal.
madani QF


Orang2 tua juga ada petua tersendiri untuk ibu mengandung seperti tidak boleh makan benda-benda sejuk dan berangin, tak boleh memburu binatang, tak boleh siang ikan, tak boleh potong binatang, bawa paku dan sebagainya. Tapi biasanya benda ni orang dah tak pakai sebab tidak berapa relevan lagi di zaman moden serba canggih ni. Iyalah, kalau dah mak yang masak hari2, tak boleh potong binatang, bagaimana nak makan sayur setiap hari? Kita bukan herbivor. Tapi bagus jugak kan alasan ni dipakai untuk upah tukang masak (makan luar ler hehe).


Walau bagaimanapun, agak sayang juga kerana amalan itu cuma dIamalkan semasa mengandung sahaja. Kalau tak mengandung, usahkan nak mengaji, al-Quran pun dah lupa letak di mana. Usahkan nak baca surah Yusuf (yang masa mengandung sehari dalam 10kali baca sebab nak anak hensem), surah al-Ikhlas pun baca masa solat je. Pastu mulut pun ikut lepas sedap dia je, masa mengandung bukan main lagi jaga, takut2 terkena pada anak.


Mungkin sebab itulah Allah berikan nikmat syahid kepada ibu yang meninggal semasa melahirkan anak. Bukan saja pengorbanan sakit melahirkan, tapi juga banyaknya amalan semasa mengandung. Agak2 kalau time lain, memang tak layak langsung nak dapat syahid, tapi masa mengandung memang solehah habis.


Alangkah menariknya jika amalan2 tersebut dapat dilakukan secara berterusan, bukanlah sebab kita sebagai ibu, tapi kerana kita juga sebagai hamba. Allah menyukai amalan yang istiqamah – amalan yang sedikit tapi berterusan. Lagipun, dengan meniatkan amalan2 semasa mengandung untuk dapatkan anak yang begini-begini, dapatlah anak yang begini-begini, tapi apakah kita pernah terfikir akan pahala yang kita dapat kerana niat yang bukan Lillahi Taala?

Madani QF
Tapi bagus juga la, sekurang2nya ada juga masa dalam hidup ni yang mana kita fokus terhadap ibadat dan menjaga akhlak kan. Kalau masa lain tu tak tentu lagi.


Sebetulnya, ini hanyalah apa yang saya dapat juga daripada pembacaan buku-buku, majalah dan artikel berkaitan. Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita ibu2 ni untuk melakukan suatu amalan yang istiqamah dan sentiasa dapat dicontohi oleh anak2 kita, dan yang penting membanteras amalan2 yang tidak ada kena mengena dengan hakikat kehidupan sebenar (amalan2 khurafat, etc.) dan roket sains.

Jika anda ingin sebarang konsultansi percuma mengenai vitamin tambahan yang diperlukan, tanpa segan silu moh pm atau call saya di sini, saya sedia membantu anda. 

Zainora Hayari 016-5215057 
Shaklee Independent Distributor 
Ipoh, Kuala Kangsar, Gopeng, Kampar, Perak. 
FB: http://www.facebook.com/Mummyqasehfahim/