Thursday, October 2, 2014

MERAWAT RESDUNG DENGAN BERKESAN

ANDA kerap batuk, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung pula rasa berair dan tersumbat. Anda terasa yang anda demam. Apabila ubat-ubatan yang diambil tidak meredakan gejala-gejala demam biasa, bangun pagi akan mulai diiringi dengan sakit kepala dan rasa berat pada bahagian muka.

Selepas doktor mendengar sejarah gejala, memeriksa bahagian muka, dahi dan mungkin menjalankan sinaran-X pada bahagian sinus, anda disahkan menghidap penyakit sinusitis. Di kalangan masyarakat setempat, ia lebih popular sebagai resdung dan sangat biasa terjadi di kalangan rakyat negara ini. 

Resdung atau sinusitis merupakan satu masalah yang sangat lazim di seluruh dunia. Jika kita membuat ujian untuk penyakit resdung pada 10 orang normal, ujian tersebut akan mendapati bahawa 8 dariapda 10 orang tersebut ada mengalami masalah sinusitis ringan yang tidak perlu akan apa-apa rawatan. Di Malaysia, dianggarkan bahawa antara 60 hingga 65 peratus rakyat negara ini mengalami masalah resdung. Walaubagaimanapun, daripada jumlah ini kurang daripada 50 peratus sahaja yang datang untuk mendapatkan rawatan dan ramai yang tidak mahu berjumpa doktor untuk pemeriksaan kerana menganggap gejala sinusitis yang mereka alami hanyalah sekadar selesema atau alahan yang biasa-biasa sahaja.



Sebenarnya, penyakit resdung atau sinusitis adalah satu penyakit yang sukar untuk diatasi dan dihadapi oleh ramai orang termasuklah orang dewasa mahupun kanak-kanak. Menurut perubatan moden, resdung atau sinusitis merupakan keradangan yang berada di lapisan membran yang meliputi dinding ruang sinus. Ruang-ruang sinus pula merupakan beberapa ruang kosong yang berisi udara dan terletak di tengkorak di bahagian muka. Ruang tersebut turut diselaputi dengan mucus atau lendir dan mempunyai bukaan yang bersambung dengan kaviti (ruang) hidung. Dan punca berlakunya keradangan sinus selalunya adalah disebabkan oleh jangkitan kuman atau virus, alergik atau masalah sistem imun badan seseorang itu.


Aktiviti menyelam ataupun berenang merupakan antara beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko resdung selain asap rokok yang dikenal pasti sebagai pencetus radang hidung. Oleh itu, adalah sangat penting `mengharamkan' tabiat merokok di dalam persekitaran rumah mahupun kenderaan pesakit resdung, sekali gus mengelakkan tempat-tempat yang seumpamanya.


Serangan resdung berulang-ulang juga boleh berlaku. Puncanya mungkin disebabkan oleh faktor penyebab penyakit ini yang tidak dirawat sepenuhnya, lazimnya susunan tulang dalaman sinus yang tidak normal dan sempit. Dalam kes-kes begini, pembedahan endoskopi dilakukan. Pembedahan sinus endoskopi ini sama sekali tidak memerlukan belahan pada kulit kerana segala prosedurnya dilakukan di dalam rongga hidung. Sekiranya gejala resdung masih berterusan, kaedah baru ini akan dilakukan di mana rongga-rongga sinus terlibat akan dibuka menggunakan alat-alat khas di bawah penglihatan kamera skop.


Ini berbeza dari kaedah lama pembedahan di mana belahan terpaksa dibuat di sekeliling kawasan hidung. Walaupun begitu, gejala alahan hidung masih boleh terjadi selepas pembedahan dan hanya dapat dikawal melalui penggunaan ubat-ubatan. Cara terbaik untuk mencegah serangan resdung ialah dengan merawat gejala-gejala hidung dengan segera sebelum ia melarat. 


SIMPTOM RESDUNG
  • Batuk-batuk sehingga kerongkong dan anak tekak berasa gatal-gatal.
  • Telinga sering terasa tersumbat.
  • Lelehan air atau mukus keluar melalui hidung.
  • Gatal-gatal mata yang apabila digaru, semakin menjadi-jadi sehingga mengakibatkan masalah mata merah dan berair.
  • Bersin yang melampau dan terlalu kerap.
  • Simptom yang paling ketara adalah apabila hidung kerap tersumbat dengan lendir dan kahak sehingga amat sukar untuk dihembus keluar. Akibatnya, suara pengidap menjadi agak 'sengau' apabila berkata-kata.


PUNCA RESDUNG
  • Susunan tulang dalaman hidung yang sempit
  • Hidung bengkok
  • Mandi dan terjun di dalam air yang kotor
  • Jangkitan gigi atas
  • Ketumbuhan di dalam hidung
  • Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, maik dan kertas
  • Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.




KOMPLIKASI RESDUNG
  • Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
  •  Jangkitan otak (meningitis)
  •  Sakit tekak yang kronik
  •  Jangkitan tulang muka
  •  Memburukkan keadaan lelah
  •  Berdengkur yang kronik
  •  Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
  •  Alahan hidung atau hidung sensitif
  •  Selesema biasa yang melarat.


RAWATAN

Berdasarkan gejala pesakit dan hasil diagnosis, rawatan bersesuaian akan disyorkan.

  1. Antibiotik (10 hingga 14 hari bagi resdung akut)
  2. Ubat selesema
  3. Dekongestan; ubat titis atau semburan hidung
  4. Pembedahan hanya akan dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain tidak berkesan ataupun jika ada sesuatu yang menghalang sinus dan ia tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan.

Anda boleh juga mencuba set ini jika berminat, kerana ramai pelanggan kami telah mencuba set ini dan maklumbalas yang ditikberikan sangat positif. Rata-rata menyatakan bahawa "bersin setiap pagi dah tiada", "gatal-gatal hidung dan mata dah tak muncul lagi", "selsema juga cepat kering". Alhamdulillah syukur! Segalanya dengan bantuan Allah swt. Kita berikhtiar mencuba, set-set ini hanyalah vitamin supplement untuk badan kita sekaligus mempunyai tugas yg tersendiri di dalam setiap rongga badan kita. 





Zainora Hayari 016-5215057
  Shaklee Independent Distributor 
 Ipoh, Kuala Kangsar, Gopeng, Kampar, Perak.
        FB: http://www.facebook.com/Mummyqasehfahim/


Blog:https://qasehdaania.blogspot.com (mohon click at "Join This Site" ye)



No comments: